SEARCH

Noire : Tentang Perempuan & Kecantikan Bukan Konvensional

Noire : Tentang Perempuan & Kecantikan Bukan Konvensional

Sukar hendak percaya, idea datang untuk menulis tercetus daripada mendengar alunan psikedelik Real Cool dendangan Noire...

Sering saya kaitkan alunan musik seperti psikedelik ini dengan Millennial. Entah mengapa, kerana pada saya golongan muda hari ini punya cita rasa musik seperti ini. Millennial kini saya perhati cukup bijak dalam semua benda. Bukan sekadar muzik, malah kata-kata, stail juga bermekap.

NOIRE

BUKAN SEKADAR CORETAN EYELINER BIASA. KELUAR DARI KOTAK, LAKAR MENGIKUT KREATIVITI.

SITTING EDITOR  : AMIRA AZMAN ARAHAN SENI : ASHURA HAKIM SOLEKAN : KHIR KHALID RAMBUT : CODY CHUA FOTOGRAFER : ZHONG LIN DIBANTU OLEH : WYN MODEL : NIA BAJU : COS AKSESORI : SWAROVSKI

Jika dahulu kita semua sukakan solekan ‘cantik’ tetapi hari ini saya lihat tidak lagi. Semuanya suka bereksperimentasi. Tidak lagi sekadar menyarung gincu merah jambu lembut keluar membeli-belah. Yang berhijab juga berani bereksperimentasi lebih kala bermekap.  Ramai juga memilih menyarung eyeliner tanpa harus menyarung solekan mata penuh dan berat jika hendak ke parti.

Unconventional beauty masih in

Percaya atau tidak, dalam hidup serba moden ini (yang kita yakin golongan muda ini sudah cukup matang dan bijak), masih ada terutama sekali golongan perempuan di luar sana yang memiliki tahap keyakinan diri rendah (walau secantik mana pun dia). Mereka mahu sentiasa nampak cantik dan sempurna di mata setiap yang memandang. Well girls, nobody’s perfect.

NOIRE

PILIH 1001 TEKSTUR OLAH SOLEKAN MATA SMOKEY NORMAL. SEPERTI SOLEKAN KHIR, PERCIK SAHAJA KEMAS SERBUK PIGMENTS.  SENI ITU YANG PENTING.

Tiada lagi istilah cantik ‘cantik’. Tiada lagi kedengaran “Hey, si jongang…” , “Babe, hidung besar? Eww.” Pedulikan ejekan atau kata-kata sinis ini. Setiap perempuan miliki kecantikannya sendiri. Lihat wanita-wanita seperti Anjelica Houston, Frida Kahlo dan Kristen McMenamy, mereka punya kelas tersendiri malah disanjungi lagi.

Adakah untuk menjadi seseorang yang berkuasa dan berkeyakinan tinggi bermakna harus berusaha untuk kelihatan cantik atau kecantikan itu harusnya datang dari dalam?”

Saya dulu tamat sahaja persekolahan, ada dilema dalam diri. Rasa keyakinan diri itu rendah yang amat, kalau tidak mengikut trend, kita lah orang yang paling tidak cantik itu. Jika saya boleh patah kembali 10 tahun yang lalu, saya pasti akan beritahu diri saya, berhenti membandingkan diri dengan orang lain, and live your life

Kalau tanya saya, kecantikan itu datang dari luar dan dalam. Klise, tapi itulah hakikatnya. Akan tetapi yang paling penting sebenarnya pembawakan diri. Jika tahap keyakinan kita tinggi, kita juga secara tidak langsung menjadi selesa dengan diri sendiri.

TAMPIL BERKUASA MENERUSI SOLEKAN 

NOIRE

BIBIR MUNGIL TAK BERMAKNA HANYA SEKADAR MENGGUNAKAN GINCU RONA MERAH MEMBARA. RONA GELAP NOIR JUGA MAMPU BIKIN EFEK SEBEGITU.

Jurusolek Khir memilih mainan rona noir sebagai pilihan rona utama buat spread saya kali ini. Katanya mahukan sesuatu yang berlainan. Sesuatu yang luar biasa. Seperti saya katakan tadi, Kecantikan bukan konvensional. Noir, sejenis rona hitam. Hitam dan kecantikan bagaikan bercanggah. Namun, jika tahu mengenakannya, pasti kamulah yang paling cantik sekali.

Intepretasi solekan Khir, bak kata empunya diri,

Be like me… if you can!!!”

NOIRES

PABILA SOLEKAN BIBIR DAH BERAT, BAHAGIAN LAIN PERLU DIABAIKAN. BIAR TAMPAK MULUS, TAPI JANGAN LUPA KONTUR PIPI. UNTUK BAGI ILUSI WAJAH LEBIH TIRUS. BOLEH JUGA, KALAU HENDAK BERMAIN DENGAN PEMBAYANG PIPI RONA KORAL UNTUK SI KULIT TAN SEPERTI NIA. TAMPAK LEBIH SEKSI SEMULA JADI.

Apabila bagi satu kanvas muka bersih, layangkan sahaja rona ini baik di mata mahupun bibir. Ia bagai memberi satu solekan statement penuh attitude. Sama ada berani ataupun tidak sahaja.

Ingin saya rumuskan, hari ini perempuan boleh menjadi lebih berkuasa. Sama ada menerusi pembawakan diri dan solekannya. Dan daripada solekan jugalah, boleh menyumbang kepada kamu yang masih mencari identiti diri. Di era serba moden ini, saya mahu mengajak golongan perempuan muda di luar sana untuk jangan takut mengekspresi diri. Lebih-lebih lagi menerusi solekan. Solekan itu peribadi. Setiap orang miliki stailnya tersendiri. Jangan ingat cantik itu semata-mata tentang ‘cantik’, cantik itu bebas mengikut luahan setiap individu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE