SEARCH

Sayang Dah Tak Ada, Cuma Nikmat Seks Sahaja yang Mengikat Pasangan Datuk & Datin Muda Ini

Sayang Dah Tak Ada, Cuma Nikmat Seks Sahaja yang Mengikat Pasangan Datuk & Datin Muda Ini

Tengah malam Jumaat. Norma mendapat panggilan telefon daripada teman datin mudanya, Datin S. Terfikir-fikir apakah sebabnya Datin S menghubungi, kebetulan Norma belum tidur baru selesai menonton siri kegemarannya Devious Maid, dia menjawab. “Datin S. You okay?” Tanya Norma. “Hi Norma. Yeah I’m okay. Nasib you belum tidur lagi. Kepala I buntu. I just need to talk,” jawab Datin S dalam nada risau.

Norma memang dah terbiasa menjadi tempat mengadu di kalangan teman-teman datin mudanya. Adatlah kerana Norma lebih tua daripada mereka maka dialah tempat mereka bertanya pendapat dan berbincang tentang semua hal – dari cerita suami, anak-anak, kehidupan dan kerjaya. Malam itu Datin S lah salah seorang daripada temannya yang mahu bersembang dengan Norma.

Norma tahu pembantu rumah Datin S sekarang balik kampung. Setiap tahun pabila tiba bulan puasa, ada antara pembantu rumah di kalangan teman-teman Norma akan meminta pulang ke kampung untuk berpuasa dan beraya bersama sanak saudara. Inilah satu-satunya pun masa pembantu rumah mereka boleh bercuti dalam masa setahun. “You tahu Nia kan pulang ke Semarang,” Datin S memulakan cerita.

“Ya, I tahu. You ada bagi tahu I hari tu.” “Jadi sekarang you tahulah I yang kena buat kerja-kerja rumah. I tak kisah sebab bukan selalu. Setahun sekali sahaja. Bukanlah I langsung tak tahu buat. Tapi kadang-kadang tu I geram sangat dengan Azrul (suami Datin S).” “Kenapa pula S? Apa yang you geram sangat dengan dia?”

Anak-anak Datin S dan Datuk Azrul lelaki semuanya. Ada tiga setakat ini. Itu pun tak nampak tanda-tanda mereka mahu berhenti beranak. Jadi Norma tahu kadang-kadang rumah Datin S boleh jadi berantakan kerana tiga anak lelaki Datin S buas-buas semuanya. Mereka boleh bermain sepanjang hari tanpa henti. Buat yang tak kuat mental dan mindanya boleh jadi gila dibuatnya.

“Semalam you tahu Azrul pulang dari kerja dan terus baring sahaja di sofa. Tak kisahlah kalau dia tak mahu menolong I di dapur. Tapi anak-anak tu tolonglah tengok-tengokkan. Boleh dia berdiam diri sahaja di sofa. Tahu-tahu nak komplen, membebel tak henti-henti. Cakap I tak pandai jaga anak lah. Tak tahu nak plan time I lah. Sepatutnya I dah masak awallah apalah. Ya Allah Norma I geram sangat.”

“Sabarlah S. You tahu kan lelaki memang macam tu. Apa lagi lelaki Melayu. Memang banyak yang tak boleh diharap. Maaf I cakap macam ni tapi you tahu ini memang kenyataan kan?” Norma menjawab selamba dalam nada menasihati. Cerita Datin S tak habis di situ.

Kata Datin S, Azrul terus-terusan membebel dan menyalahkan dia sampai dia tak tahan lagi. Waktu itu mereka di ruang tamu. Sup tengah mendidih. Ikan belum digoreng lagi. Suara Azrul berdengung-dengung di telinga Datin S. Itu tak termasuk lagi suara anak-anak mereka yang bergurau senda bermain-main buas dalam rumah. Dengan tak semena-mena Datin S mencapai sebatang pensel di atas meja makan dan merodok leher Azrul.

“I tak tahulah Norma what got into me? I tak dapat mengawal lagi perasaan I. It was spontaneous. I sampai tak sedar sama sekali. I tried to stab his neck with the pencil Norma.” Mendengarnya Norma cemas. “Gosh S. Is he okay?” “Dia sempat menangkap tangan I Norma. Kalau tak memang dah terpacak pensel tu di leher dia.” Walaupun Norma sama sekali tak menyangka perkara sebegini boleh terjadi tapi itulah yang terjadi pada Datin S. Dan Norma faham sangat dengan perasaan Datin S itu. Apabila geram menguasai dan pihak satu lagi pula tidak memahami dan terus-terusan being pushy. Memang perkara-perkara di luar batas kesedaran boleh terjadi. Kerana itulah terjadinya kes-kes suami mengelar isteri. Anak menikam bapa sendiri. Kadang-kadang kita tidak tahu di bawah pengaruh apa mereka sampai bertindak sedemikian.

Ini bukanlah kali pertama Datin S mengadu tentang Azrul. Sudah beberapa kali Datin S terpaksa berdepan dan menerima perangai Azrul yang memang langsung tidak memahami, tidak menyayangi dan suka menuduh membuta tuli. Datin S sebenarnya dah lama makan hati. Tapi tidak pernah pula sampai dia mahu menikam suaminya sendiri. “You dah tak sayang lagi pada Azrul. Atau dah kurang rasa sayang tu?” “Tapi anak sampai tiga juga,” fikir Norma dalam hati. Sebelum dia menyambung lagi. “Do you still have sex with him?”

Datin S diam seketika. “S, you there?” Tanya Norma. Manalah tahu kalau-kalau Datin S sensitif dengan kata-katanya itu. “For me Norma, I’m doing more for the pleasure saja. Sex is just plain sex. Tak lebih daripada itu. Sayang tu macam you cakaplah memang dah kurang.”

Norma memang masak sangat dengan situasi Datin S ini. Dan bukanlah Datin S seorang antara teman-temannya yang rasa begitu. Norma malah boleh menamakan beberapa. “Tak mengapalah S. You just hang in there selama you mampu. Lagipun you yang melaluinya bukan orang lain. I understand and I’m always here for you,” begitu sahajalah yang Norma boleh katakan. Suara bayi menangis kedengaran di hujung talian. “Okaylah Norma, Kalif terjaga pula nak susu. I’ll call you again tomorrow?” kata Datin S. Kalif anak Datin S paling kecil baru berusia tak sampai dua tahun. “You take care S. Try not to think too much about it.”

Azrul tak apa-apa walaupun hampir dirodok Datin S. Malah tahu sahajalah lelaki Melayu, pandai pula dia menyuruh Datin S setelah menahan tikaman pensel, “You ni dah kenapa. Cuba pergi ambil wuduk.” Oh tahu pula menyuruh isteri mengambil wuduk dan ingat Tuhan. Sedangkan caranya melayan Datin S dan keluarga itu apakah berpaksikan tuntutan agama atau tidak, Norma pasti Azrul sendiri tak tahu sebenarnya. Agama menuntut suami isteri bekerjasama dalam melayari rumah tangga. Bukan hanya meletakkan semua beban di bahu isteri. Benar isteri kamu tidak bekerja tetapi menjaga anak seharian itu bukan bekerja? Memasak dan menyediakan makan pakai kamu itu bukan kerja? Bukankah lebih ringan jika tanggungjawab rumah tangga itu dipikul bersama. Elok juga sebenarnya bantu-membantu. Janganlah sampai insiden cubaan menikam terjadi lagi.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE