SEARCH

Tasha Shilla… Yang Seksi & Kontroversi

Tasha Shilla… Yang Seksi & Kontroversi

Teks: Zaidi Che Gambar: Chuanlooi/ Yipieyaya Solekan & Dandanan: Fendi Sani Arahan Seni: Merrissa Emilda Pakaian: Brian Khoo Sitting Editor: Azreezal Hafidz

Sedang pasukan foto bersedia memasang set dan kelekapan studio, datang tiga tamu mengetuk pintu. Tiga tamu itu terdiri dari satu laki-laki dan dua wanita. Sambil tersenyum, dia bersama adik perempuan dan seorang lagi teman senang menghulurkan tangan bagi bersalaman bersama kami, sidang redaksi yang sedang santai di kamar duduk hadapan studio.

Sungguh anggun dalam sanggul orked putih di kepala, dia melibas-libas busana serba putih rekaan Brian Khoo itu. Lampu sorot yang panas, tepat-tepat memancar pada wajahnya, langsung tidak dihiraukan. Bergaya dengan penuh dedikasi dan elegan. Sedikit pun tidak terdengar suara keluh-kesah. Sedikit pun tidak lelah.

Alunan muzik-muzik Perancis memainkan lagi atmosfera francophone yang hadir tenang dalam studio. Dia asyik menari laksana puteri kabaret di pentas Moulin Rouge. Seperti mencari-cari wajah sang kekasih di balik kilatan cahaya kamera. Wajah ayu yang sebak. Memegang dua kuntum tulip putih di kedua telapak tangan.

Penari berbunga tulip ini seorang pelakon wanita yang cukup terkenal. Saya perkenalkan Tasha Shilla sebagai bunga putih yang dipotretkan untuk muka depan STAIL.MY isu Mac 2017 ini. Kerana dia yang terlalu cantik, saya tergerak hati untuk bertanyakan soalan tentang kecantikan. Mungkin berguna buat pengetahuan sekalian pembaca STAIL.MY yang setia.

Seperti termuramah bersama Ning Baizura tempoh hari, saya mula bertanyakan soalan, ‘Apa itu sebenarnya kecantikan?’. Dia menjawab, “Cantik itu ketika kamu tidak membandingkan diri, barang dengan sesiapa. Dengan kita menjadi diri kita yang sebenarnya. CANTIK ITU YAKIN.

Bagi Tasha, cantik itu sangat meluas. Dan dengan itu, cara pemikiran kita juga perlu meluas.

KERANA KECANTIKAN ITU SUATU PERKARA YANG SUBJEKTIF. IA BERGANTUNG PADA DAYA PEMIKIRAN KITA.

Jika kita fikir dan lihat sesuatu itu cantik, maka cantik lah ia. Dan jika kita melihatnya secara negatif, dari sudut yang tidak cantik, maka ia akan berbalik pada diri kita semula. Itu yang akan menyerlahkan siapa sebenarnya diri kita. Sama ada kita mahu melihat suatu itu cantik atau sebaliknya.

AKHIRNYA, CANTIK ITU KALIMAT. IA WAHANA PERWATAkAN KITA. BUKAN HANYA DARI SEGI PENAMPILAN, CANTIK ITU MERANGKUMI SEGALANYA – TASHA SHILLA

Cara bertutur kata, budi bahasa. Itu lah yang menampilkan diri kita. Sesuatu yang sangat subjektif, kecantikan itu lebih kepada cara kamu membawa diri,” jelas dia lagi.

Tasha Shilla... Yang Seksi & Kontroversi
MASYARAKAT, KECANTIKAN DAN DAYA PEMIKIRAN SEMPURNA

Saya tertarik mendengar jawapan yang diberikan. ‘Cantik itu subjektif dan bergantung pula pada daya pemikiran’. Benar sebenarnya ia terletak pada diri kita sendiri. Pemikiran kita perlu diubah. Pemikiran kita luas, lebih luas untuk menilai sesuatu subjek itu menjadi perkara yang lebih subjektif.

”Pemikiran harus lebih terbuka. Kita sama. Semua diberi mata, diberi telinga. Semua sama sahaja. Maka jika kita berfikir secara positif, hasilnya jadi positif. Terkala orang berkata bahawa memiliki kulit yang gelap itu hodoh. Memang tak dapat disangkal yang orang Malaysia lebih menyukai kulit yang lebih cerah dan putih. Padahal kulit yang gelap itu lebih bersifat Nusantara dan eksotik. Kerana itu saya bilang cantik itu sangat subjektif.

PEMIKIRAN KITA HARUS MELUAS SEIRING DENGAN PEREDARAN ZAMAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH. AGAR PEMIKIRAN SETANDING NEGARA MAJU. SAYA SARANKAN SUPAYA KITA MELUASKAN PEMIKIRAN.- TASHA SHILLA

Mendengarkan penjelasan Tasha perihal pemikiran, membuat saya tergerak hati bertanyakan pula soal tekanan yang diterimanya sebaik bergelar figura umum. Tentang masyarakat dan idea kecantikannya. Tentang puji-pujian atau kritikan yang dia terpaksa hadam sepanjang bergelar seorang anak seni.

“Bagi Tasha, sama sahaja. Kita semua bergelut dalam kehidupan. Melalui ranjau yang mendatang. Tiap yang cantik juga dihina dan dicaci. Ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka.

Tasha Shilla... Yang Seksi & Kontroversi

SETIAP INDIVIDU DIBERI PILIHAN. ITU CARA MEREKA, LET THEM BE FREE TO EXPRESS THEIR SELF.

Cara kita memberi reaksi, mengatasi serta mengawal perasaan dan pemikiran-pemikiran yang negatif itu dengan nuetral. Harus pandai seimbangkan. Kita tak dapat lari daripada menghadapi atau berfikir perkara negatif. Oleh itu, cara kita serap dan balas itu, harus menjadi sesuatu yang cantik, sesuatu yang indah dan sesuatu yang positif,” jelas Tasha tak berhenti kalimah.

Tasha Shilla... Yang Seksi & Kontroversi

SEKUNTUM BUNGA PUTIH YANG SELALU DIULIT KONTROVERSI

“Tahun 2017 memberikan satu sinar yang baru. Sangat teruja buat Tasha membuat penampilan kembali. Lebih lagi mencari karya-karya berkualiti untuk Tasha persembahkan kepada peminat dan penonton yang tak sabar menanti.

Tasha juga baru sahaja tamat penggambaran telefilem bertajuk “Cucu Atuk”. Tahun ini juga Tasha terpilih untuk “SK-II Malaysia’s Beauty Circle 2017” bersama empat buah lagi negara Asia. Mac ini Tasha terbang ke Pulau Okinawa, Jepun sebagai jurucakap SK-II mewakili Malaysia. Ia suatu perasaan yang sangat gembira buat Tasha kongsikan pengalaman bersama SK-11 dengan peminat dan pengikut setia Tasha di Instagram.

InsyaAllah, Tasha juga dalam rencana untuk teater bertajuk “Putera La Galigo” yang berkisahkan tentang sejarah Keputeraan Sultan Selangor yang pertama. Tasha suka dan minat kisah-kisah klasik dan sejarah epik. Pada April, Tasha akan masuk pula ke bidang drama, “Sedingin Cinta Atasya”.

Bagi Tasha, industri hiburan kita harus menitikberatkan pemilihan daripada segi watak. Seperti watak-watak yang sesuai untuk sesuatu karakter (perwatakan). Kita lihat di Hollywood misalnya, mereka memilih pelakon bukan berdasarkan kecantikan hendaknya, tetapi berdasarkan karakter yang mampu dipikul oleh seseorang pelakon lelaki, mahupun pelakon wanita tersebut.

Bakat juga boleh digilap. Ia bergantung pada casting, di mana mereka akan diuji. Adakah dia layak untuk memikul watak atau peranan itu? Bukan terpilih kerana cantik semata-mata.

SEKSI BAGI TASHA JUGA SUATU YANG SUBJEKTIF. CARA KITA MELIHAT DIRI. APA YAKIN KITA SEKSI? DAN SEPERTI KECANTIKAN, SEKSI ITU JUGA KEYAKINAN DALAMAN YANG INGIN KITA TONJOLKAN.

For me, this is me, my character. Penampilan dan karakter kita menunjukkan siapa diri kita. Untuk menjadi diri sendiri, perkara yang tak perlu dipersoalkan. Saya masih lagi bertatih dalam industri. Kita diberi hak untuk memilih cara kita mengekspresikan diri.

Dan bagi Tasha, Tasha selesa untuk pakai pakaian-pakaian tersebut. Keselesan itu cara kita memberi ekspresi diri. Dengan menjadi diri kita sendiri, keselesaan itu hadir dalam diri. Dan pilihan itu jujur untuk diri kita sendiri.

Tasya menyarung pakaian untuk mood hari itu atau pakaian yang sesuai majlis pada hari itu. Esoknya, mungkin hanya kasual atau ringkas sahaja. Misalnya baju putih polos bersama jeans biru muda. Ia bergantung pada perasaan.

Bila memilih sesuatu watak, Tasha suka watak yang memainkan emosi. Untuk pemilihan karakter seksi, sebenarnya dalam watak gadis kampung pun Tasha boleh membawanya secara seksi. Tak semestinya khusus ada watak seksi. Seksi itu juga subjektif. Sama seperti kecantikan.

Tika pakai tudung bersama baju kurung sekali pun boleh nampak seksi. Kita memberi kata berahi itu dalam sesebuah watak. Pergerakan tubuh, misalnya. Jadi tiada persoalan sama ada Tasha hanya ingin mengambil watak seksi atau pun tidak.

Tasha Shilla... Yang Seksi & Kontroversi

JADI, ITULAH BAGI TASHA, CARA TASHA MENGEKSPRESIKAN DIRI. ITU ADALAH HAK INDIVIDU DAN ITU ADALAH HAK TASHA.

Ya, memang ada suara-suara yang berkata dalam industri hiburan Malaysia ini harus ada sekatan. Contohnya, tiada aksi yang berpegangan tangan. Sepatutnya dalam prospek seni, tiada asas untuk perkara ini dibangkitkan.

Aksi berpegangan tangan adalah cara bagi seorang pelakon itu menterjemahkan hubungan suami isteri dalam bidang lakonan. Kerana itu saya rasa, semuanya berbalik pada cara pemikiran.

NAMUN, SAYA AKUR KITA JUGA TIDAK BOLEH MENOLAK TEPI SISI BUDAYA DAN AGAMA.

Lalu berbalik pula lagi, ia sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Adakah kita sanggup mengambil risiko itu? Dan pokok pangkalnya, kalau kita tahu siapa diri kita, kenal siapa diri kita yang sebenarnya, kita berhak menentukan untuk diri sendiri.

Akhirnya, ia bergantung pada keadaan dan situasi. Selagi kamu tahu apa yang kamu lakukan, selagi kamu kenal batasan, kamu baik-baik sahaja.

BANYAKKAN MEMBACA UNTUK KITA LEBIH BERFIKIRAN TERBUKA. TANPA TIDAK MEMANDANG SERONG PADA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM INDUSTRI SENI MALAYSIA.” – TASHA SHILLA

SARANAN DAN REJIM CANTIK TASHA SHILLA

“Tekanan kecantikan pada lelaki dan wanita sekarang sama. Tasya melihat suatu perkembangan yang positif pada golongan lelaki. Kini Tasya nampak mereka (lelaki) lebih prihatin soal kebersihan, penjagaan dan perapian. Ia perkembangan yang sangat positif. Lelaki atau perempuan, bagi Tasha sama sahaja. Kita harus bersama-sama menjaga keterampilan diri.

KECANTIKAN SEMPURNA ITU TIADA CELA. AMALKAN CUCI MUKA, FACIAL AS A TREATMENT, SETIAP HARI.

Bukan itu sahaja, pengambilan ubat-ubatan sampingan juga menekan biaya. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, badan yang cantik, ia memerlukan kos yang besar dan usaha yang lebih untuk kita tampil cantik.

Konsep kecantikan dahulu dan sekarang juga berbeza. Kalau dahulu, terdapat banyak petua dan amalan-amalan cantik nenek moyang kita perihal kecantikan. Sekarang pula lebih bersifat saintifik seperti penjagaan luaran dan dalaman. Antaranya, pengambilan vitamin C, ubat-ubatan sampingan atau sebagainya.

Namun, masih lagi merujuk petua orang lama, di samping mengamalkannya seimbang dengan peredaran semasa. Pada hemat Tasya, terdapat beberapa petua itu yang sesuai diambil semula.

Dan pabila bercakap soal cantik, bukan setakat cantik yang di luar. Cantik itu juga cara kita melepaskan diri ke arah yang lebih positif, ke arah yang lebih menawan hati. Pada akhirnya, ia berbalik pada individu. Pilihan atas tangan, kita berhak memilih apa yang kita inginkan dan yang terbaik buat diri sendiri.”

Tasha Shilla... Yang Seksi & Kontroversi

MEMANDANG MAKNA SEBENAR CANTIK DALAM KEHIDUPAN

Terpilih selaku salah seorang “SK-II Malaysia Beauty Circle 2017” satu penghormatan buat Tasha sebagai seorang wanita. Bukan mudah bagi seseorang itu menampilkan dan menonjolkan diri mereka yang sebenar. Saban kontroversi yang melanda pelakon wanita ini tidak langsung mempengaruhi keputusan jenama penjagaan kulit terkenal dari negara matahari terbit itu memilihnya sebagai jurucakap rasmi.

Lalu membuatkan saya terfikir sejenak. Apa yang membuatkan seorang Tasha Shilla ini begitu istimewa? Apakah kerana personalitinya? Atau ciri-ciri tersendiri cantik dia yang dicari-cari?

Tasha tersenyum bersahaja sambil menjawab, “Visi dan pandangan Tasha sebagai jurucakap bagi SK-II mewakili negara kita bukan setakat dalam bidang kecantikan sahaja. Ia merangkumi semua. Dalam karier atau bidang seni.

Langkah pertama kamu harus tahu tentang kecantikan ialah mencintai diri sendiri. Tasha sangat menyayangi diri Tasha. Kita kena sayang diri kita, fokus pada sasaran dan impian. Kedua, buat sehabis baik untuk karier. Seterusnya, perkara-perara tersebut akan muncul seiring dan sejalan dengan usaha Tasha membawa SK-II bersama perkembangan seni dan kerjaya Tasha,” terang Tasha dengan mata yang galak.

“Cantik itu juga lebih kepada kesihatan. Kita sihat, kita bebas daripada sakit, daripada kulit yang bermasalah. Keseimbangan. Tidak boleh berkata yang cantik itu sempurna sangat, tidak juga, ada sahaja sisi jahat (negatif) dalam kecantikan. Cara kita seimbangkan. Cara kita neutralkan. Itulah kecantikan,” jelas dia lagi.

Satu perkara yang saya dapat pelajari sejak awal menemuramah gadis berulit sawo matang ini ialah istilah tiada batasan untuk menjadi diri sendiri. Tasha sendiri banyak melalui liku-liku yang ada di dalam industri seni Malaysia ini. Liku-liku untuk dia menjadi diri sendiri. Saya melihat dia seorang yang kental dari luaran, namun punya hati yang lembut di dalam.

Kita perlu hormat pada semua orang, barulah orang beri hormat semula kepada kita. Ia bermula dengan diri kita sendiri. Kita tidak boleh mengharapkannya datang dari masyarakat. Apa yang ingin kita sampaikan pada umum? Kalau berbuat baik, baik lah datang. Kalau berbuat jahat, maka jahat lah yang datang.

BAGI TASHA, CANTIK DAN SEKSI ITU KEPERIBADIAN SESEORANG.

Tidak perlu pengharapan. Apa yang diakukan selama ini, tak pernah mahukan balasan. Bukan tanggungjawab Tasha untuk memikirkan perspektif atau pandangan orang-orang terhadap Tasha.

Untuk kita hidup lebih ceria dan gembira, kita harus membahagiakan diri kita sendiri terlebih dahulu. Harus yakin dan jangan sesekali membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain,” jelas Tasha penuh falsafah.

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK. HOW YOU INTERACT WITH PEOPLE, IS HOW YOUR MANNER IS ABOVE EVERYTHING. SURVIVE AND STRUGGLE. DAN BILA KITA BERJAYA ATASI SEMUA ITU, BARULAH ORANG NAMPAK THE REAL YOU.” – TASHA SHILLA

Benar sungguh kata-kata wanita berupa paras nuansa Melayu asli yang cantik sekali ini. Apabila kamu bahagia dan gembira dengan diri kamu, kamu sama sekali tidak akan merasakan yang kehidupan itu membebankan. Buat kamu senang meneruskan kehidupan untuk hari-hari mendatang.

KEHIDUPAN ITU CANTIK

Life is always beautiful and I’m happy now. Tasha gembira dengan kehidupan Tasha. Gembira dengan diri Tasha. Apa sahaja yang Tasha berikan pada masyarakat, seni apa yang Tasha persembahkan, ini lah saya. TASHA SHILLA,” akhiri dia dalam gemersik seksi.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE