SEARCH

The Danish Girl, Tanpa Prejudis & Tiada Diskriminasi

The Danish Girl, Tanpa Prejudis & Tiada Diskriminasi
BAJU DAN SELUAR LONGGAR PENUH PERINCIAN LISU, MEMBERI ILUSI ‘GENDERLESS’. BAJU & SELUAR DARIPADA PLEATS PLEASE BY ISSEY MIYAKE, SKARF KEPALA DARIPADA DIOR DAN KASUT DARIPADA PRADA

Sitting Editor : Ardi Idewani  Arahan Seni : Ashura Hakim  Pembantu Penyelaras : Zaidi Che Solekan : Emmy Agung  Rambut : Juno Ko Gambar : Chee Wei  Model : Bryan Ho (Art Of Pout)

 

the danish girl

FLORAL MELEMBUTKAN PENAMPILAN, MANAKALA POLO T MENJELMAKAN SESUATU YANG BERSIFAT MASKULIN JUGA LASAK. KOMBINASI SEMPURNA! POLO T & DRESS DARIPADA GUCCI. KASUT DARIPADA LONGCHAMP

STAIL.MY meligatkan badani dan difusi rohani Lili Elbe dalam karya The Danish Girl. Mengorak segalanya untuk menumbangkan diskriminasi, memecah prejudis dan membangkitkan perihal neuter, dalam pesona helaian-helaian himpunan musim luruh dingin 2017

the danish girl

TERLIHAT JELAS GABUNGAN ILHAM YANG DICEDOK DARI BERMACAM-MACAM ERA PADA GAYA MIU MIU UNTUK MUSIM LURUH DINGIN KALI INI. KARDIGAN & SKIRT DARIPADA MIU MIU DAN COKER DARIPADA DIOR

 

the danish girl

MEMENCARKAN GAYA FEARLESS UNTUK MUNCUL DALAM PENAMPILAN UNDERSTATED ELEGANCE. DRESS & BLAZER DARIPADA EMPORIO ARMANI DAN KASUT DARIPADA DIOR

Kerana Gerda Wegener menaruh rasa sayang yang tulus terhadap Einar Wegener, dia menyokong apa sahaja keputusannnya. Ia tidak langsung menjahanamkan perasaan Gerda, walaupun Einar memasang niat mahu bertukar menjadi orang lain dan mendandani diri sebagai Lili. Sampai ke hujung hayat Einar atau Lili, Gerda tak beranjak dari sisinya. Kisah ini tersemat di dada dan akal kami, lantas menjadi ilham lembaran fesyen bulan ini.

Kami mempersembahkan The Danish Girl.

the danish girl

MENYELIT PERINCIAN SENI DALAM BERPAKAIAN, DI SEBALIK SILUET YANG LADYLIKE. JAKET DAN SKIRT DARIPADA LONGCHAMP

the danish girl

A LITTLE EXTRA WON’T HARM YOU. BE BOLD! TOPI, TOP, SKIRT & KASUT DARIPADA PRADA

Tiada siapa kata tak boleh. Siapa bilang tidak? Fesyen tak seharusnya jadi perhitungan dalam menentukan apa yang perlu dan apa yang tak harus kamu pakai. Fesyen merai semua individu. Fesyen waktu ini tak menandai batas gender. Fesyen itu untuk semua!

the danish girl

MENGHIDUPKAN FANTASI FEMININITY, KARAKTER YANG POETIK. DRESS & SKARF DARIPADA DIOR

the danish girl

MENSWEAR-INSPIRED SHIRT JUGA BISA DIUBAH SIFATNYA. TAK PERLU MENGGAYAKAN IA DALAM RUPA YANG PRIM AND PROPER. KEMEJA & SELUAR DARIPADA CELINE DAN KASUT DARIPADA DIOR

Isu gender bias tak lagi menjadi punca kepada limitasi dalam butir berpakaian. Generasi-generasi baru terutamanya akan pakai apa-apa sahaja mereka mahu pakai. Tanpa mempedulikan siapa patut pakai apa. Jika mereka mahu pakai apa mereka kepingin nak pakai, biarkan saja.  Biarlah dia memakai dress, biarlah dia berskirt, tiada siapa halang dia pakai sut dan siapa cakap tak boleh dia berseluar sahaja.

the danish girl

ACU PADAN YANG MENYERATAKAN GABUNGAN DUA DIGNITI – MASKULIN DAN FEMININ. JAKET, KEMEJA & SELUAR DARIPADA BALLY DAN TOPI BERET & KASUT DARIPADA DIOR

Ia mendayai kami untuk mengungkai gaya yang bebas untuk semua. Menggayakan helaian-helaian womenswear musim luruh dingin 2017 dalam cara unik dan ada nilai ketersendirian. Ini adalah era merayakan kepelbagaian. Era di mana taboo dalam fesyen sudah diperhalusi.

the danish girl

CORAK FLORAL ATAU BOTANI YANG SEMEMANGNYA ‘KUASA’ HORIZON GAYA KEWANITAAN. USAH TAKUT DENGAN MOTIF SEBEGINI. KEMEJA & DRESS DARIPADA TORY BURCH DAN TOPI BERET & KASUT DARIPADA DIOR

the danish girl

WILD AND FREE! BERKOT BULU UNTUK TAMPIL BERANI DAN ADA KELAINAN. KOT BULU DARIPADA BOTTEGA VENETA

Di sebalik tabir pembikinan lembaran fesyen Oktober ‘The Danish Girl’. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE