SEARCH

Toray: Nama di Sebalik Kehebatan Fabrik-fabrik Helaian UNIQLO

Toray: Nama di Sebalik Kehebatan Fabrik-fabrik Helaian UNIQLO

toray

Rangka gergasi tergantung helaian-helaian berteknologi UNIQLO bersama Toray Industries menyambut kehadiran tetamu di ruang pameran.

Toray, nama di sebalik kehebatan fabrik-fabrik helaian UNIQLO diperkenalkan kepada media seluruh dunia lewat penghujung tahun lalu. Ya bertempat di New York, hanya tiga orang dari Malaysia diundang menghadiri ekspo ini di sana. Saya, Brian See dan Kittie Yiyi sahaja yang bertuah berpeluang mendalami falsafah dan teknologi di sebalik fabrik-fabrik UNIQLO. Saya pasti semua sudah arif dengan terma fabrik UNIQLO seperti HEATTECH, Ultra Light Down, Airis dan Dry Ex. Ya saya juga tersangat arif dengan teknologi-teknologi ini tetapi sungguh saya tak pernah peduli dengan siapa pihak yang bertanggungjawab membangunkannya untuk UNIQLO.

Acara ini juga adalah sempena 15 tahun kerjasama UNIQLO bersama Toray berinovasi dalam dan mengharmonikan stail juga teknologi bermula dengan HEATTECH pada 2003. Media berkumpul di sebuah bangunan industrial di Tribeca untuk ekspo istimewa ini. Ruang luar bilik pembentangan penuh dengan media dari seluruh dunia. Makan pagi, hidangan kopi dan jus menemani. Ruang besar yang menempatkan pameran-pameran fabrik-fabrik berbeza ini belum dibuka lagi. Membuat media teruja dan tertunggu-tunggu. Di lobi menunggu ini juga ditempatkan manequin-manequin yang dipakaikan helaian-helaian monoton Ultra Light Down UNIQLO yang membentuk siluet seperti nukilan seni.

UNIQLO & TORAY: 15 TAHUN MENGHARMONIKAN STAIL & TEKNOLOGI 

Ekspo The Art & Science of Lifewear ini memaparkan kerjasama tak konvensional dua syarikat gergasi Jepun ini serta memberi lebih kefahaman tentang kemajuan UNIQLO Lifewear sehingga menjadi helaian paling relevan dalam hidup masyarakat hari ini. Ini juga kali pertama kedua-dua syarikat ini mendedahkan asas kepada setiap teknologi yang tercipta – teknologi yang memberi lebih keselesaan kepada penduduk dunia waima dalam cuaca sejuk mahupun panas.

Presiden Toray Industries, Akihiro Nikkaku menyebut, “Falsafah korporat kami adalah tentang menyumbang kepada masyarakat menerusi penciptaan nilai-nilai baru bersama idea inovatif, teknologi dan produk. Memandangkan kami juga syarikat intergrasi kimia, kami sangat sering membuat kajian dan pembangunan dari perspektif jangka masa panjang memikirkan yang fabrik boleh mengubah hidup kita.”

RUANG PAMERAN EKSPO ‘THE ART & SCIENCE OF LIFEWEAR’

Siri instalasi berskala besar dan pameran pengalaman sebenar di ekpo ini membuka mata pengunjung terhadap teknologi UNIQLO dan kehebatan sains di sebalik AIRism, Kando-pants dan Dry-EX. Kami juga ditunjukkan dengan deconstruction teknologi HEATTECH sehingga ke perspektif tahap molekular fabrik ini dan bahan istimewa menyimpan haba. Ada juga eksperimen yang menunjukkan volum hampir minimum yang boleh dicapai oleh Ultra Light Down.

Toray turut mengambil kesempatan ini dalam menunjukkan teknologi-teknologi mereka yang digunapakai dalam lapangan inovatif lain seperti penerbangan, kereta lumba, roket selain peluang melihat teknologi mendatang yang mungkin dibangunkan dalam rangkaian HEATTECH.

toray

AIRISM

Oleh kerana fiber dan tekstil yang digunakan, fabrik AIRism memberi kedinginan dan keselesaan dalam apa jua cuaca. Dikuasakan untuk menghalang peluh terperangkap, innerwear ini memberi keselesaan kepada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi. Fabrik ini ringan, nipis dan lembut direka supaya berasa seperti sutera pada kulit. Diilhamkan daripada mekanisme semulajadi tubuh menyejukkan diri pabila peluh mengewap sambil membawa haba, AIRism bernafas dan mengawal udara dalam baju untuk membuat kamu lebih selesa.

Ini semua terima kasih kepada bahan cepat-kering mengguna sepenuhnya fiber micro-polyester dibangunkan oleh Toray Industries. Fabrik ini melepaskan peluh daripada kulit melalui laluan terbuka dalam benang AIRism. Ia juga memiliki fungsi anti-bau.

toray

Revolusi teknologi Toray sangat penting dalam usaha UNIQLO mencipta LifeWear. Yang menjadikan kehidupan lebih baik dan selesa buat semua penduduk dunia. Pameran ini juga menunjukkan perpaduan sempurna antara fungsi, keselesaan dan contemporary styling.” TADASHI YANAI, PRESIDEN & CEO UNIQLO.

toray

DRY-EX

Menampilkan fabrik functional yang memiliki struktur melengkung bagi menyediakan fungsi pengeringan pantas berbanding material dry functional biasa. Ini mempercepatkan proses membuang lembapan agar kulit kekal selesa. Seringnya helaian-helaian Dry-Ex ini amat sesuai untuk mereka yang gemar bersukan. Dan kerana ia senang dikeringkan, ia cepat boleh dipakai semula selepas dibasuh.

toray

Lihat bagaimana helaian Ultra Light Down digulung dan dimasukkan dalam kantung fabrik ini. Senang buat si pengembara.

ULTRA LIGHT DOWN

Sesiapa yang memiliki jaket-jaket Ultra Light Down pasti tahu betapa ringannya helaian-helaian ini. Ia juga boleh dilipat-lipat atau digulung-gulung menjimatkan ruang. Maka banyaklah yang membelinya kerana ia senang dibawa kembara tetapi dalam masa sama masih boleh mengekalkan haba bagi memanaskan badan. Ultra Light Down UNIQLO dikatakan memiliki fill power sebanyak 640 di mana ia sangat bagus untuk membekalkan kehangatan yang menakjubkan berbanding dengan keringanannya. Selalunya fill power melebihi 550 akan memberi kualiti light-down yang tinggi.

Cengkerang produk-produk Ultra Light Down diperbuat daripada fabrik nilon berkepadatan tinggi yang dibangunkan oleh UNIQLO bersama Toray Industries. Fabrik ini diperbuat daripada benang nilon ultra-halus, tahan dan ringan serta lebih lembut berbanding fabrik kapas atau poliester. Ketebalan benang ini adalah 1/10 berbanding sehelai rambut manusia, kerana itulah Ultra Light Down ini sangat ringan.

toray

Keringanan helaian Ultra Light Down ini sangat hebat sehingga ia boleh terapung menggunakan belon helium besar. Dibandingkan dengan jaket Light Down biasa.

toray

Ini ruangan yang menunjukkan teknologi-teknologi lain yang dibangunkan oleh Toray Industries.

toray

Manequin-manequin di ruang lobi luar ruang pameran digayakan dengan helaian-helaian Ultra Light Down monoton.

 

toray

Helaian-helaian HEATTECH aneka warna.

toray

Ruang yang berjuntaian fabrik AIRism menjadi tempat kegemaran untuk media mengabdikan gambar kenangan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE