SEARCH

STAIL.MY Love Uniqlo Raya 2018 : Fashion Meets Architecture

STAIL.MY Love Uniqlo Raya 2018 : Fashion Meets Architecture

uniqlo raya fashion meets architecture

SITTING EDITOR : AZREEZAL HAFIDZ PENATA GAYA : ARDI IDEWANI PEMBANTU PENYELARAS : RYAN MOHAMAD & ZAIDI CHE ARAHAN SENI : MERRISSA EMILDA SOLEKAN : FENDI SANI RAMBUT : JUNO KO GAMBAR : CHEE WEI  VIDEOGRAFER : CASH STUDIO LOKASI : STADIUM SHAH ALAM

Uniqlo menjunjung kesenian, bersempena Eid atau Hari Raya tahun ini, Uniqlo melampaui masa, mengubur sesuatu yang usang dan mengagungkan kemodenan untuk merai kegemilangan Eid. Ia meligatkan ragam pada helaian-helaian bersifat kesederhanaan dengan meresapkan keunikan, lantas menerbitkan gaya-gaya luar biasa!

Uniqlo bertemu seni bina. Seni bina bukan lagi asing buat lapangan fesyen. Hubungan korelasi antara seni bina dengan fesyen yang sudah lama wujud dan masih teguh itu menjadi perhitungan Uniqlo. Menafaskan estetikanya dan membangkitkan kebaharuan.

Bersama pelakon milenial Eyka Farhana dengan Syafiq Kyle juga personaliti televisyen, Farah Hanim Razak merayakan Eid dan ‘Fashion Meets Architecture’.

Eyka tampil ringkas dalam potongan bersih. Blaus Uniqlo Hana Tajima dimadukan bersama seluar relaks dengan gaya tuck-in, untuk menyerlahkan volume. 

‘Fashion is architecture. It is a matter of proportions.’ – Coco Chanel. 

Farah hadir dalam permainan kualiti linear dan struktur. Jaluran-jaluran blaus Hana Tajima dibalas dengan kontra warna – pada tudung serta tali pinggang – memperlihatkan keberanian.

Seperti falsafah rekaan arkitek ternama Malaysia, Hijjas Kasturi yang banyak bermain dengan metafora serta symbolism untuk setiap seni binanya. Bagaimana keris, pucuk rebung dan rumah Barok mengilhami Hijjas, lalu terbinanya mercu tanda Malaysia. Atau mengutip kata Tun M dalam ucapannya yang melafazkan, “If you are not tall enough, stand on a soapbox so you are taller,” sewaktu melancarkan pembukaan Menara Berkembar Petronas, yang begitu bangga dengan seni bina pencakar langit itu. Sehingga menjadi sinonim dengan negara kita.

Tidakkah semua ini indah untuk dinikmati sebagai sendi yang menghidupkan fesyen? Bayangkan Dewan Suarah Kuching mengalun, menginspirasi reka bentuk fesyen. Mahupun Menara Yayasan Sabah membaluti nada fesyen moden dan bangunan Sultan Abdul Samad menyapu imbasan klasik pada rekaan fesyen.

Proportions yang berbeza disatukan, melangsungkan idea pada reka bentuk. Farah memakai blaus Hana Tajima yang dilapis atas jubah panjang Hana Tajima, menyingkap perspektif baharu.

Prinsip fesyen dan seni bina sama sahaja. Serentak dan tidak berselisih. Kedua-duanya bermula daripada pangkal yang sama yakni untuk jasad manusia. Kedua-dua fesyen dan seni bina fungsinya adalah melindungi atau sebagai naungan dan dalam masa yang sama menyemat ekspresi identiti.

Eksploitasi dan eksperimentasi, mencorakkan sesuatu yang kontemporari. Eyka mengubah blaus padat jaluran-jaluran Hana Tajima ini dengan penggayaan cinched waist dan knee-high socks, kononnya menghidupkan decorative features. 

Fesyen dan seni bina juga mengekspresikan idea ruang, volume serta gerakan, yang ditafsirkan daripada dua dimensi ke bentuk tiga dimensi. Mencabangkan inovasi dari aspek penstrukturan konstruksi. Iya, seperti itu jugalah rekaan fesyen yang saling tak tumpah. Malah seni bina tidak ubah seperti pakaian, di mana ia turut mampu menyatakan jangka waktu atau usia tertentu yang dirangkai-rangkaikan dengan status sosial. Kedua-duanya (fesyen dan seni bina) berubah mengikut teknologi, memadankan diri dengan teknik dan material baharu.

Syafiq bersiap dalam kemeja kurta Oxford bersama jean berserta sampin. Ia mencipta volume malah seolah-olah praktis terhadap pengamatan garis selari yang rata kepada bentuk tiga dimensi – terutama sekali pada simpulan sampin.

Ceraian Batik Uniqlo dikahwinkan dengan parka dan seluar relaks, umpama menyanggah aspek-aspek konvensional. Syafiq memanifestasikan pertembungan yang lama dengan yang baharu, lahirnya kemodenan.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE