SEARCH

Suami Pedofilia, Simpan Gambar Dan Video Pornografi Kanak-kanak

Suami Pedofilia, Simpan Gambar Dan Video Pornografi Kanak-kanak

Masuk minggu kedua Syawal saya berkesempatan mengadakan rumah terbuka. Minggu sebelumnya saya sibuk memenuhi undangan rumah terbuka orang lain sahaja tapi kali ini sampai giliran saya pula untuk meraikan sedara-mara serta teman dan taulan. Semua persiapan untuk rumah terbuka saya rancang dengan penuh teliti dari menu sehinggalah ke senarai jemputan. Hal jemputan memang saya ambil berat, risau kalau ada rakan-rakan atau keluarga terdekat yang saya terlepas pandang, nanti ada pula yang berkecil hati. Niat utama saya mahu mengadakan rumah terbuka adalah untuk mengeratkan sillahturahin, tak mahulah saya hanya disebabkan ada yang lupa dijemput ke rumah terbuka sudah jadi bermusuhan pula nanti.

Bercerita tentang hal takut terasa hati kalau tidak diundang ini, fikiran saya langsung teringatkan Dina. Si mulut becok yang saya temui ketika membeli minuman di Starbucks beberapa minggu lepas (ditulis dalam Kisah Dalam Kelambu sebelum ini) pernah sakan merajuk hanya kerana saya lupa untuk undang dia ke kenduri di rumah saya dua tahun lalu. Jadi sebelum saya terlupa lagi, laju tangan saya terus mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Dina. “Hello? Kau ni macam tau-tau sahaja aku ada gosip baru!” Sambut Dina penuh girang di hujung talian. Bila sahajalah kau ini tak ada gosip baru Dina, bisik hati kecil saya. “Aku call ni nak jemput kau datang open house aku hujung minggu nanti, datang ya?” Pelawa saya, hal gossip Dina tadi saya diamkan sahaja, malas rasanya hendak bercerita hal orang sekarang ini. “Ya… ya… Aku datang, tapi kau tak mahu tahu ke perkembangan terbaru kawan kita si Instafamous itu? Suara Dina sepertinya sudah tidak sabar-sabar sangat mahu bercerita, Bila Dina sebut ‘Instafamous’ wajah Ju teman sekelas saya di kolej dulu terus muncul di fikiran.

Ju mengambil bidang pengajian sama dengan saya, jadi kami banyak menghabiskan masa mengulang kaji pelajaran bersama tak lama dahulu. Ketika itu lagi, Ju memang sudah terkenal di kalangan pengguna media sosial. Dia ada ratusan ribu pengikut yang setia mengambil tahu perkembangan hariannya saban hari. Ketika berada di tahun kedua pengajian Ju memilih untuk berhenti belajar. Katanya dia mahu fokus untuk menjadi Instafamous sahaja. Upah hasil paid reviewnya sudah cukup bagi menanggung hidup Ju jadi untuk apa lagi dia membuang masa belajar? Dia yakin benar dia sudah tidak perlu bekerja lagi selepas ini, dia pasti dia boleh hidup selesa dengan hanya berbekalkan duit hasil servis paid review.

“Ayah mentua Ju desak mereka berkahwin sebab dia tahu anaknya ada tabiat suka menyimpan gambar dan video pornografi kanak-kanak, dia pernah ditahan di luar negara beberapa tahun lepas. Tapi sebab ayahnya ‘somebody’ so somehow dia terlepas dari hukuman. Jadi ayah mentua dia rasa mungkin dengan berkahwin anaknya boleh kembali jadi normal.”

Sebaik sahaja dia menamatkan pelajaran, Ju semakin bergiat aktif di media sosial. Daripada Instafamous dia sudah mula diangkat sebagai influencer. Daripada sekadar dibayar seratus ke dua ratus ringgit untuk mempromosikan barang kini dia sudah dibayar sehingga ribuan ringgit hanya untuk mengiklankan barangan tertentu di platform sosial medianya. Kami juga sudah tidak lagi berhubungan semenjak dia berhenti belajar, hanya sekali sekala saya ada terlihat postingnya di Instagram “Kenapa dengan Ju? Dia baru berkahwin kan bulan lepas kalau tidak silap aku?” Majlis perkahwinan Ju memang menjadi buah mulut ramai. Mana tidaknya, majlis perkahwinan yang berlangsung penuh gilang-gemilang itu khabarnya mencecah ratusan ribu ringgit. Lebih untung lagi semuanya ditanggung bapa mentua Ju, seorang ahli perniagaan terkemuka.

“Iya dia baru berkahwin bulan lepas tapi sudah bercerai…” Jawab Dina. Hairan, tidak sampai beberapa bulan berkahwin sudah bercerai? Lagi pula Ju dan pasangannya kelihatan seperti pasangan romantis sebelum ini. Hampir setiap hari ada sahaja gambar mereka berpasangan dimuat naik ke Instagram. Tak nampak pula ada tanda-tanda hubungan mereka seperti sedang bermasalah. “Kenapa mereka bercerai Dina? Aku benar-benar sangka mereka bahagia selama ni?” Soal saya.

Cerita Dina, Ju dan suaminya berkahwin bukanlah atas dasar cinta. Tapi lebih kepada mahu memenuhi permintaan bapa mentuanya yang beriya-iya hendak menjodohkan mereka berdua. “Anak orang kaya kan, siapa tak nak. Lagi pula aku dengar ayah mentuanya siap belikan kereta mewah untuk ambil hati Ju supaya berkahwin dengan anaknya” Wah untunglah Ju, ada bapa mentua yang bersungguh-sunggu mahu bermenantukan dia ya. Duga saya, “Kenapa bapa mentua dia beriya benar Dina? Anak teruna dia tak laku ke?” “Bukan tak laku, tapi anaknya itu ada nafsu pelik,” jawab Dina seakan-akan berbisik. Entah kenapa dia seolah-olah takut ada orang lain terdengar bualan kami.

“Dia mati-mati ingatkan keluarga mentuanya ikhlas mahu dia jadi menantu sampai sanggup berikan dia macam-macam tapi sebenarnya mereka hanya nak gunakan dia untuk cover kegiatan buruk anak mereka.”

“Ayah mentua Ju desak mereka berkahwin sebab dia tahu anaknya ada tabiat suka menyimpan gambar dan video pornografi kanak-kanak, dia pernah ditahan di luar negara beberapa tahun lepas. Tapi sebab ayahnya ‘somebody’ so somehow dia terlepas dari hukuman. Jadi ayah mentua dia rasa mungkin dengan berkahwin anaknya boleh kembali jadi normal.” Cerita Dina panjang lebar. Saya yang mendengar sudah tidak terkata apa lagi, jenayah pedofilia ini bukanlah satu hal yang ringan. “Ju sudah tahu ke dari mula yang dia bakal bersuamikan lelaki pedofilia?” Tanya saya serius.

“Mestilah dia tak tahu, dia mati-mati ingatkan keluarga mentuanya ikhlas mahu dia jadi menantu sampai sanggup berikan dia macam-macam tapi sebenarnya mereka hanya nak gunakan dia untuk cover kegiatan buruk anak mereka.” Kalau saya pun sudah terkejut bukan kepalang, bagaimanalah agaknya perasaan Ju saat dia tahu perkara yang sebenar?. “Ju hanya tahu selepas mereka selamat malangsungkang perkahwinan, itupun sebab bibik di rumah keluarga suaminya terlepas cakap. Apa lagi, mengamuk sakanlah dia.” Sambung Dina.

Menurut cerita Dina lagi, walaupun Ju dirundung rasa marah yang amat sangat namun dia tetap cuba untuk selamatkan keadaan dan rumah tangga mereka. Dia sendiri tanyakan kepada suaminya kalau perkara itu benar. Jauh di suduh hati dia berharap suamiya akan menafikan perkara tersebut. Biarlah kalau ia satu pembohongan sekali pun. Tapi kalau suaminya nafikan perbuatan itu maka Ju bertekad untuk lupakannya dan teruskan sahaja kehidupan mereka seolah-olah dia tidak pernah tahu perkara tersebut. Bagaimanapun, suami Ju atau boleh saya sebut sekarang sebagai bekas suami, sedikit pun tidak menafikan kesahihan berita itu. Malah dia mengakui dengan penuh bangga perbuatannya.

“Nasib baik juga Ju tu tak bodoh, tak lama lepas itu terus dia tuntut cerai.” Saya juga entah kenapa seolah-olah lega Ju tidak jadi pak turut sahaja mahu terus bersuamikan lelaki pedofilia. Mujur sahaja harta benda tidak mempengaruhi akal dan fikirannya daripada membuat keputusan yang tepat. Malah berbekalkan bukti yang Ju ada, akhirnya dia sendiri mengambil keputusan untuk membuat laporan polis tentang perkara tersebut. “Sekarang bekas suaminya sedang disoal siasat pihak berkuasa, harap-jarap kali ini dia tidak terlepaslah.” Kata Dina. “Harapnya begitulah Dina…” Ujar saya sebelum sekali lagi mengingatkan Dina tentang rumah terbuka saya di hujung minggu nanti lalu saya terus menamatkan panggilan. Haih apalah mahu jadi dengan orang-orang sekarang ini? Semuanya semakin berperangai pelik dan tidak berperikemanusiaan. Semoga sahaja kita semua terlindung daripada perkara-perkara tak elok seperti ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE