SEARCH

SuciMurni Retreat: Yoga & Manja Diri Wanita Di Tanjong Jara Resort

SuciMurni Retreat: Yoga & Manja Diri Wanita Di Tanjong Jara Resort

Ekoran kejayaan program istirehat SuciMurni Retreat yang dijalankan sebelum ini, Tanjong Jara Resort sekali lagi memperkenalkan edisi terbaru “Sucimurni 2018” yang didedikasikan khas buat wanita bermula dari 17 sehingga 19 November 2018.

Sucimurni Retreat di Tanjong Jara Resort Oleh STAIL.MY 1Program yang menyasarkan golongan wanita dari pelbagai latar berlakang ini bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari pesertanya berkampung di sini.

Hari pertama bakal dimulakan dengan bengkel lukisan batik oleh pemilik The Batik Boutique, Amy Blair. Di sini, tetamu berkesempatan untuk belajar mengenai selok-belok proses mencanting batik serta berpeluang untuk menonjolkan bakat seni mereka melalui rekaan batik mereka sendiri. Lebih manis lagi, tetamu dibenarkan untuk membawa pulang hasil batik mereka untuk dijadikan kenang-kenangan.

Sebaik sahaja selesai dengan bengkel mencanting batik, tetamu kemudiannya bakal mengikuti satu sesi yang dikenali sebagai ‘WeBarre Stretch & Technique’ oleh Linda Tang, pengasas bersama WeBarre SIngapore. Linda yang mengasaskan WeBarre lebih dari tiga tahun bakal membimbing tetamu tentang teknik regangan yang betul, bagaimana untuk meningkatkan kadar fleksibiliti badan serta cara yang betul bagi mengurangkan risiko kecederaan ketika bersenam.

Sucimurni Retreat di Tanjong Jara Resort Oleh STAIL.MY 4

Hari kedua pula, Linda Tang bakal mengetuai ‘Sunrise WeBarre Signature’ satu sesi senaman yang diinspirasikan daripada tarian balet, yoga dan juga latihan kekuatan. Senaman ini difokuskan khas untuk “mengubah” keseluruhan bahagian badan. Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengubah’ keseluruhan bahagian badan? Nah kalau kamu mahu tahu, jadilah salah seorang dari peserta ‘Sucimurni’ sendiri.

Sucimurni Retreat di Tanjong Jara Resort Oleh STAIL.MY 3Setelah penat bersenam, tiba masanya untuk menikmati makan tengahari. Namun semestinya ini bukan makan tengah hari yang biasa kerana tetamu terlebih dahulu bakal disajikan dengan demo masakan oleh Cef Ann, Cef residen Tanjong Jara Resort melalui satu kelas masakan khas yang dinamakan sebagai ‘Secrets of Malay Kitchen’

Inilah peluang kamu untuk mempelajari sendiri resipi rahsia masakan tempatan (Terengganu) yang telah menjadi warisan turun-temurun.

Sebagai penutup hari kedua, peserta bakal mengikuti satu sesi terapi tentang teknik pernafasan yang betul untuk ketenangan dalaman menggunakan loceng yang dikenali sebagai ‘Tibetan Tingsha’ dan juga ‘Singing Bowls’. Ia mengintergrasikan teknik getaran ke dalam setiap hembusan nafas. Sesi ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang cara yang tepat untuk menangani stres dengan berkesan.

Sucimurni Retreat di Tanjong Jara Resort Oleh STAIL.MY 2

Hari ketiga sebelum istirehat panjang ini tiba ke penghujungnya, peserta terlebih dahulu akan menjalani satu lagi senaman signature dari Tanjong Jara Resort iaitu senaman ‘Sucimurni’.

Senaman yang berasaskan main animals ckakras ini dijalankan bersebelahan pantai ketika terbitnya matahari demi mengecapi ketenangan dan kenyamanan dalam diri. Ia juga dipercayai dapat membantu peserta mengenal pasti pusat aliran tenaga di dalam diri mereka.

SuciMurni Retreat edisi wanita ini ditawarkan dengan harga sekitar RM999+ bagi 1 bilik untuk 1 malam dengan kadar maksima 2 dewasa dan seorang kanak-kanak untuk setiap bilik. Pakej yang ditawarkan termasuk kemudahan pengangkutan dari Lapangan Terbang Kuantan, sesi urutan selama 50 minit untuk setiap penginapan dan juga dua kelas yoga.

Untuk maklumat lanjut lawati laman sesawang Tanjong Jara Resort.

Sucimurni Retreat di Tanjong Jara Resort Oleh STAIL.MY 5

Sucimurni Retreat di Tanjong Jara Resort Oleh STAIL.MY 6

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE