SEARCH

Tak Semua Isteri Muda Itu Jahat Dan Pentingkan Diri Sendiri

Tak Semua Isteri Muda Itu Jahat Dan Pentingkan Diri Sendiri

Tak semua isteri muda itu jahat, begitulah fikir saya saat Nisha membuka cerita tentang hal rumah tangga teman kami si Intan. Saya sedar isteri muda atau si dia yang sanggup menjadi nombor dua ini sering dilabel sebagai perampas atau perosak rumah tangga orang. Tak dapat saya nafikan, memang ada betulnya. Ada yang sanggup menggoda suami orang hanya untuk hidup senang-lenang, biarlah dilabel sebagai perempuan jalang mahupun perempuan gatal sekalipun mereka ini tidak pernah kisah asalkan kelesaan hidup mereka terjamin.

Semua kata Datin Ida dia ‘iyakan’ daripada urusan perniagaan sehinggalah hal keluarga. Seratus peratus kepercayaan dia serahkan kepada Datin Ida untuk putuskan. lagipun isterinya itu bukannya mahu dengar nasihat mahupun cadangan Datuk Azman jadi dia biarkan sahaja Datin Ida berkelakuan seperti ‘ketua keluarga’.

Ada juga yang sampai mahu isteri pertama bercerai-berai dek kerana tak mahu berkongsi kasih sayang, malah disuruhnya pula pilih sama ada isteri pertama atau dia. Sudahlah dia merampas hak orang, tak sedar diri pula mahu demand macam-macam. Tapi berbeza halnya dengan Intan, dia berkahwin dengan Datuk Azman kerana lelaki itu kurang kasih sayang dan perhatian isterinya yang sibuk mahu berseronok dan lebih mengutamakan rakan-rakannya berbanding suami sendiri. Kebajikan Datuk Azman langsung Datin Ida tidak pedulikan, baik makan atau pakai semuanya dia serahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah mereka sahaja. Fikirnya buat apa bayar orang gaji mahal-mahal kalau hal remeh begitupun perlu dia yang uruskan.

Datuk Azman, namanya sahaja Datuk tapi kebanyakan harta dan kekayaannya datang daripada hasil perniagaan Datin Ida. Semua orang sedia maklum memang Datin Ida lebih berpengalaman dan bijak dalam menguruskan hal perniagaan berbanding Datuk Azman yang boleh dikatakan seumpama pak turut sahaja. Semua kata Datin Ida dia ‘iyakan’ daripada urusan perniagaan sehinggalah hal keluarga. Seratus peratus kepercayaan dia serahkan kepada Datin Ida untuk putuskan. Lagipun isterinya itu bukannya mahu dengar nasihat mahupun cadangan Datuk Azman jadi dia biarkan sahaja Datin Ida berkelakuan seperti ‘ketua keluarga’.

Berbeza dengan Datuk-Datuk lain yang seusianya, Datuk Azman tidak pernah memasang niat mahu ‘makan luar’. Walhal kalau diikutkan usia Datuk Azman yang masih dalam lingkungan 30an memang senang benar kalau dia mahu simpan skandal di belakang Datin Ida. Kawan-kawan Datuk Azman juga ada kenalkan dia pada perempuan-perempuan untuk dia buat berseronok tapi semuanya ditolak mentah-mentah dengan alasan tidak mahu mencari masalah.

Sehinggalah dia bertemu dengan Intan yang dirasanya benar-benar ikhlas mahu bersamanya. Tak sampai sembilan bulan usia perkenalan mereka, Datuk Azman mengambil keputusan berani untuk memperisterikan Intan. Pada awalnya, dia sorokkan hal perkahwinan mereka daripada pengetahuan Datin Ida. Tapi dia lupa, mulut orang bukan boleh ditutup. Akhirnya, Datin Ida berjaya juga menghidu perbuatan berani matinya itu. Apa lagi mengamuk sakanlah isteri tuanya, sampai berbulan-bulan dia tidak benarkan Datuk Azman berjumpa dengan anak-anak mereka yang masing-masing berusia sepuluh dan lapan tahun.

“Dia benarkan Intan keluar-masuk rumahnya dan jumpa Datuk Azman tapi sekadar untuk menjaga makan pakai dan mengemas rumah itu. anak-anak dia juga Intan yang uruskan. Senang kata Intan dah ambik alih tugas bibik. Bibik pula dibayar hanya untuk memantau kerja Intan, kalau tidak betul bibiklah yang akan menegur dia,” Terang Nisha.

“Bila tak dapat jumpa anak-anak, suami Intan jadi tak keruan, asyik marah-marah sahaja. Emosi tergangggu agaknya memikirkan khabar anak-anaknya. Jadi si Intan pun cubalah pujuk Datin Ida. Merayu-rayu dia mintak maaf pada Datin Ida,” cerita Nisha ketika kami sedang makan malam bersama. “Mujur tak lama lepas itu, Datin Ida terbuka hati nak maafkan Datuk Azman, dia benarkan suaminya pulang semula ke rumah dan jumpa anak-anak mereka seperti biasa.” Sambung Nisha lagi. Baik juga Datin Ida ini ya, tak sampai hati dia membiarkan anak-anaknya dan ayah mereka berpisah terlalu lama. Bisik hati saya.

“Intan pulak macam mana? Sudah berbaik juga dengan Datin Ida?” Soal saya. Nisha menggeleng laju. “Dia buat Intan macam orang gaji.” “Huh?” Saya hairan, tak faham apa yang Nisha cuba sampaikan. “Dia benarkan Intan keluar-masuk rumahnya dan jumpa Datuk Azman tapi sekadar untuk menjaga makan, pakai dan mengemas rumah itu. Anak-anak dia juga Intan yang uruskan. Senang kata Intan dah ambik alih tugas bibik. Bibik pula dibayar hanya untuk memantau kerja Intan, kalau tidak betul bibiklah yang akan menegur dia,” terang Nisha.

Lebih dasyat lagi Intan juga tidak dibenarkan untuk hamil anak Datuk Azman, itu syarat utama yang diletakkan Datin Ida jika madunya itu mahu terus bersama Datuk Azman. Senang kata dia sebenarnya sedang menyeksa Intan dengan cara paling kejam, dia mahu Intan menyesali keputusannya untuk bersuamikan Datuk Azman. Dia akan pastikan yang tak akan ada satu hari pun Intan bahagia menjadi madunya, dia tekad walau apa pun terjadi dia tidak akan pernah mengalah pada Intan.

Sementara Intan pula redha dan terima sahaja apa yang terjadi, langsung tidak melawan atau mempertahankan diri sendiri. Pada dia mungkin inilah harga yang perlu dibayar jika mahu hidup sebagai isteri muda. “Kesian ya Intan. Tak sangka sampai begitu sekali dia diseksa,” ujar saya. Nisha mengangguk. “Aku ada cuba nasihatkan dia supaya move on dan lupakan sahaja lakinya tu, tapi entahlah. Sudah sayang benar agaknya sampai sanggup dipergunakan madu sendiri.”

Begitulah hidup ini, tidak semuanya indah-indah belaka. Lagi pula jika memilih untuk hidup berpoligami maka banyaklah pahit yang perlu ditelan. Salah satu hati pasti akan terluka, jika tidak yang tua maka yang mudalah harus mengalah. Jarang sekali kita dengar ada madu yang boleh hidup penuh harmoni dan aman damai. Kalau ada pun sedikit sangat, yang lainnya pasti akan saling membenci dan tidak menerima satu sama lain.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE