SEARCH

Tengku Bayar RM15K Untuk Seks, Tapi Hanya Dapat Peluk & Cium Sahaja

Tengku Bayar RM15K Untuk Seks, Tapi Hanya Dapat Peluk & Cium Sahaja

Tengku Suhaila baik orangnya. Dia lurus dan ikhlas dalam berkawan serta dia juga anak yang baik. Dia ada sekumpulan teman-teman baik yang sering bersama dengannya sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka inilah yang tahu luar dalam diri Tengku Suhaila itu. Kelurusan, keikhlasan dan kemahuannya dalam hidup. Mereka individu-individu yang paling rapat dengan Tengku Suhaila. Kerana dia terlalu baik orangnya, banyaklah orang yang mengambil kesempatan terhadapnya. Begitulah hidup, yang baik-baik itulah yang akan sering teraniaya dan dipergunakan. Manakala yang jahat dan banyak muslihat akan sering terlepas dan berjaya dalam hidup.

Kisah Tengku Suhaila diceritakan kepada Norma oleh salah seorang teman-teman rapatnya sendiri. Norma yang mendengar pun sampai dah tak terkata apa lagi. Nak kata tak percaya, dah pun terjadi. Nak menjerit pun, tiada gunanya lagi. Norma hanya boleh menerima dan berkongsi pula dengan orang lain agar kita tidak terkena nasib seperti Tengku Suhaila. Nak dikesiankan pun, nasi sudah menjadi bubur. Tengku Suhaila sudah 10 tahun bersama dengan teman lelakinya. Memang mereka nampak seperti bercinta sakan. Terlalu sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mereka hidup berpacar seperti pasangan lainnya. Tengku Suhaila pula tidak pernahlah memburukkan kekasihnya itu atau bercerita tentang perangai kekasihnya sehingga mengundang ragu di kalangan teman-temannya.

Teman-temannya juga arif sangat bahawa Tengku Suhaila dah namanya datang dari keluarga diRaja lebih berwang berbanding kekasihnya. Yalah kekasihnya, Zack datang dari keluarga biasa-biasa. Jadi pada kebanyakan masa memang semua tahu bahawa Tengku Suhaila lah yang selalu menanggung Zack. Tengku Suhaila pula sejak dari bangku sekolah lagi terkenal pemurah dan suka belanja teman-teman. Kadang-kadang, suka-suka dia akan memberi sahaja wang belanja kepada mana-mana temannya. “Nah Nina, ambillah 10 ringgit ni. Buat belanja.” Nanti Nina akan menjawab, “Eh tak payahlah. Aku ada duit.” Tengku Suhaila nanti akan menggesa juga, “Tak apa lah Nina. Ambil sahaja. Aku memang nak bagi.”

Begitulah sememangnya sikap semulajadi Tengku Suhaila yang baik hati dan pemurah. Maka sepanjang dia bersama dengan Zack, beruntung sangat lah si Zack kerana dihadiahkan kereta sebiji, Mercedes Benz Cabriolet pula. Rumah juga dibelikan Tengku Suhaila untuk Zack. Bukan calang-calang rumah pula tu, sebiji kondo mewah di kawasan elit Kuala Lumpur. Kedua-dua kereta dan kondo ini di bawah nama Zack. Opppsss… dan kedua-duanya sudah habis berbayar. Untunglah si Zack ini kalau nak dikirakan sebenarnya. Tapi iyalah, tak mengapa pun sebenarnya. Jika benar mereka saling mencintai, tak salah pun Tengku Suhaila mahu memanjakan Zack. Bagus juga memikirkan lagi setelah mereka berkahwin kelak, senang semua sudah tersedia.

Teman-temannya juga arif sangat bahawa Tengku Suhaila dah namanya datang dari keluarga diRaja lebih berwang berbanding kekasihnya. Yalah kekasihnya, Zack datang dari keluarga biasa-biasa.

Tengku Suhaila juga menanggung kakak iparnya Mona, janda abangnya Tengku Zahir. Setelah bercerai dengan Mona, Tengku Zahir langsung tidak mempedulikan janda dan anak-anaknya yang dua orang itu. Dia tidak langsung memberi nafkah apalagi menjenguk mereka. Sememangnya perangai terkutuk sesetengah lelaki seperti Tengku Zahir ini adalah sesuatu yang biasa kita dengari. Tapi Tengku Suhaila yang tidak sanggup melihat kesusahan yang disebabkan oleh abangnya ini, berkorban menanggung kakak iparnya si Mona. Setiap bulan diberinya wang belanja untuk dia dan anak-anak. Agar sejahtera lah hidup mereka anak-beranak. Dan tidak lah Tengku Suhaila merasa bersalah akan sikap abangnya yang tak berguna dan tak endah itu.

Bagaimana lah sesiapa pun tidak beranggapan bahawa Tengku Suhaila ini seperti malaikat. Yang kerjanya sedia membantu dan berkorban demi kesejahteraan orang lain. “Mengapalah baik sangat Tengku Suhaila ini? Apalah yang dia dapat dengan berbuat baik sampai begitu sekali?” tanya Norma pada temannya si Tengku Suhaila. “Entahlah kak Norma. Dah memang orang nya begitu. Ada juga kami nasihatkan dia supaya janganlah terlalu baik dengan orang, takut kelak memakan diri. Ada antara kami yang sekali dua nasihat tak juga didengar membiarkan sahaja dia asal saja jangan memusnah diri. Tapi saya ini kak, memang selalu mendengar sahaja luahan hati dia,” cerita teman Tengku Suhaila, Yana.

Nak dijadikan cerita, Zack satu hari memberitahu Tengku Suhaila bahawa dia tidak mahu lagi bersama. Apa sebabnya pun tidak diberitahu secara terperinci. Cuma Zack mengatakan tiada lagi keserasian antara mereka. Setelah dibelikan rumah dan kereta dan ditanggung pula kehidupannya, sanggup pula Zack mengujarkan kata-kata sebegitu? Beginilah kalau dah dinamakan lelaki. Lalu berdukalah Tengku Suhaila. Pun begitu kerana kebaikannya, dia tidaklah pula meroyan dan menyakiti Zack walaupun sebenarnya dia ada kemampuan untuk berbuat demikian. Kalau pun bukan dia yang membuat sendiri, dia boleh sahaja mengupah orang membuatnya.

Tapi Tengku Suhaila meneruskan sahaja kehidupannya seperti biasa. Malah bertemu pula dengan seorang jejaka baru, Arman yang dirasakan sesuai dengan dirinya. Setelah sebulan keluar dating dan mengenali hati budi masing-masing, Tengku Suhaila merasakan mungkin ada baiknya juga dia Arman bercuti untuk lari seketika daripada realiti yang mencengkam dan lebih mengenali isi hati masing-masing. Tengku Suhaila pun membuat persiapan. Mahu ke Gold Coat bersama Arman. Keseluruhan pakej percutian memakan belanja RM15K. Dibayarnya semua oleh Tengku Suhaila. Teman-temannya menggeleng kepala. Kerana mereka seakan dapat menebak bahawa Arman hanya mahu mengambil kesempatan percutian percuma dan akan meninggalkan Tengku Suhaila.

Walaupun sebenarnya dalam hati Yana berkata, “Haihlah Su… dah kau habiskan duit kau sampai RM15K, peluk cium saja yang kau dapat? Mahal betul harga peluk cium Arman tu… Sampai ke Gold Coast kau pergi.

Percutian berlangsung 10 hari. Tengku Suhaila diam sepanjang percutian. Tiada whatsapp atau berita daripadanya. Sekembalinya daripada bercuti dia menghubungi Yana. “Seronok bercuti Su?” tanya Yana. Tengku Suhaila diam lama sebelum menjawab, “Arman tak mahu berjumpa lagi dengan aku.” Yana tak menjawab terus. Seperti yang disangkalah, memang benar telahan mereka. “Sabarlah Su. Bukan kah aku dah kata?” Yana bertutur lembut agar Tengku Suhaila faham maksudnya. “Apa terjadi Su di sana?” tanya Yana pula.

“Tak ada apa yang berlaku. Semua biasa sahaja. Kami menikmati keindahan Gold Coast. Makan, pergi kafe dan enjoy each other’s company.” “Dah tu mengapa pula tak mahu berjumpa lagi selepas pulang ke Malaysia?” tanya Yana lagi sebelum menyambung, “Kau dah tidur dengan dia?” Tengku Suhaila diam lagi… “Tak Yana. Kami tak tidur sama. Adalah dia cium pipi aku dan peluk aku. Tapi hanya setakat itu sahaja. Dia tidak mahu go to phase 2.” Dalam hati, Yana sebenarnya mahu gelak sepuas-puasnya. Tapi ditahan bimbang melukakan hati Tengku Suhaila. Memanglah tak dinafikan, tujuannya ke sana mahu melihat sama ada benar-benar wujud keserasian atau tidak antara mereka. Ada juga harapan dalam diri Tengku Suhaila bahawa mungkin Arman akan tidur dengannya. Dapat juga dia melupakan Zack.

Tapi ya lah melalui pengalaman, Tengku Suhaila arif sangat kalau lelaki itu tidak bernafsu dengan date nya, maksudnya memang dia tak mahu dengan perempuan itu. Yana tak tahu juga nak menjawab apa. Yang mampu diutarakannya ialah, “Sabarlah Su. Lelaki bukan satu dalam dunia.” Walaupun sebenarnya dalam hati Yana berkata, “Haihlah Su… dah kau habiskan duit kau sampai RM15K, peluk cium saja yang kau dapat? Mahal betul harga peluk cium Arman tu… Sampai ke Gold Coast kau pergi.” Seminggu selepas itu, dia mengajak Yana keluar coffee. Yana tak pasti apa pula yang terjadi kali ini. Tapi dia tahu memang Tengku Suhaila mahu memberitahu sesuatu.

Setelah duduk di Serai, Jaya Shopping Centre, Tengku Suhaila tunduk dan menangis. “Eh mengapa pula ni Su?” tanya Yana. Dia mengeluarkan tisu dari dalam tas tangannya dan menghulurkan pada Tengku Suhaila. Dia teresak beberapa ketika sebelum menjawab, “Aku baru dapat tahu… Zack nak menikah dengan Mona.” Hati Yana jadi sebu tiba-tiba. “Apalah nasib kawan aku yang satu ni?” kata Yana dalam hati. Sudah jatuh ditimpa tangga. Rupa-rupanya Zack dan Mona memang sudah lama menjalinkan hubungan. Hampir setahun setengah. Kedua-dua keparat itu membiarkan sahaja Tengku Suhaila dalam limbo. Mereka merahsiakan hubungan mereka.

Kau harus ingat Su, bukan semua orang dalam dunia ini berhati mulia seperti kau. Aku tak sempurna, kau juga. Mungkin kita jenis yang tiada agenda. Tapi banyak pula yang berlapis-lapis agendanya.

Kerana apa? Mona masih mahu menerima wang belanja setiap bulan daripada Tengku Suhaila. Dan daripada wang bulanan itulah dia menyimpan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Sama halnya dengan Zack. Hasil kutipannya daripada Tengku Suhaila selama 10 tahun, dia bakal menggunakannya untuk menikahi Mona. Kedua-dua mereka mengambil kesempatan dan menggunakan Tengku Suhaila untuk kepentingan diri sendiri. Tentulah sesiapa pun takkan percaya dan tiada kata nak diujarkan saat diberitahu cerita ini. Teman-teman Tengku Suhaila yang lainnya ada yang memaki dan ada yang terdiam sahaja waktu Yana memberitahu mereka.

Dalam ketenangan di Serai, Yana menasihatkan Tengku Suhaila. Nasib waktu itu waktu bekerja, tak ramai orang. “Su… itulah kami semua bukan tak setuju kau baik sangat dengan orang. Tapi ya lah seperti pernah aku katakan dulu, biarlah berpada-pada. Kau harus ingat Su, bukan semua orang dalam dunia ini berhati mulia seperti kau. Aku tak sempurna, kau juga. Mungkin kita jenis yang tiada agenda. Tapi banyak pula yang berlapis-lapis agendanya. Ada perasaan iri, dengki, tak puas hati, mahu mendapat lebih, tamak, benci dan macam-macam lagi perasaan yang kita tak nampak dalam diri mereka. Jadi selepas ini Su, aku harap kau belajar daripada kesilapan ini. Kau harus lebih hati-hati. Apa yang terjadi dan telah kau belanjakan ini, kau halalkan sahaja. Biar Tuhan yang menentukan jalan hidup dan nasib Zack dan Mona. Apa yang penting buat kau sekarang, kau hanya pandang terus ke depan dan teruskan kehidupan. Semoga kau tak buat kesilapan yang sama lagi.” Tengku Suhaila diam sahaja sambil air mata bercurah-curah mengalir di pipi.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE