SEARCH

#Cannes2019 : Rahsia Kulit & Solekan Memukau Selena Gomez

#Cannes2019 : Rahsia Kulit & Solekan Memukau Selena Gomez

Pada 14 Mei yang lalu, Selena Gomez membuat penampilan pertamanya berjalan di karpet merah Festival Filem Cannes 2019 untuk menonton premiere The Dead Don’t Die. Tampil berimejkan glamor Old-Hollywood menyarung busana Louis Vuitton dan dilakar pula solekan klasik inspirasi vintaj ilham jurusolek Hung Vanggo. Mata tertumpu pada Selena, dan sudah pasti solekan bibir merahnya adalah antara highlight kepada keseluruhan penampilannya pada hari itu.

TIRU SOLEKAN KLASIK SELENA GOMEZ INI

Selena Gomez

Mulusnya solekan Selena ini adalah kerana rutin prep kulit yang baik serta haruslah juga menggunakan produk penjagaan kulit terbaik. Dan untungnya Selena kali ini adalah kerana dia berpeluang menyarung rangkaian penjagaan wajah pertama daripada Marc Jacobs Beauty buat kulit wajahnya itu. Hung Vanggo menggunakan krim wajah Youthqyake Hydra-Full Retexturizing Gel Crème (RM215) kerana fungsi krim ini bukan sahaja membantu melembapkan malah mengembalikan tekstur kulit yang lebih rata dan sekata. Dengan adanya enzim buah nenas dan serta sodium hyaluronate ini, rutin prep wajah akan menjadi lebih sempurna.

Kemudian, wajah Selena dirias pula dengan Marc Jacobs Beauty Accomplice Concealer & Touch-up Stick, rona L23 (RM125) untuk menyamar segala noda dan cela yang terlihat ketara pada wajah Selena. Selepas rutin melitup cela ini, Hung lapiskan dengan bedak padat daripada Marc Jacobs Beauty iaitu Accomplice Instant Blurring Beauty Powder dalam roda Siren 52 (RM190) untuk hasil solekan mulus dan berseri. Untuk membuatkan solekan tampak lebih ‘hidup’, layangan bronzer adalah antara teknik terbaik boleh kamu cuba. Rahsia Hung, dia mengoleskan Marc Jacobs O!Mega Bronzer Coconut Perfect Tan rona Tan-Tastic! (RM225) bersama Marc Jacobs Air Blush Soft Glow Dui rona 506 Flesh & Fantasy (RM193).

Beralih kepada solekan mata Selena. Untuk mencipta solekan klasik glamor, Hung memilih untuk mengenakan solekan mata cat liner pada Selena. Dan pada kelopak matanya pula, rona yang tidak terlalu berat dipilih. Sekadar menyarung pembayang mata rona asas putih yang memiliki sedikit sentuhan glitters untuk memberikan sedikit tekstur pada matanya.

Yang paling dinantikan sekali, pasti semua ingin tahu gincu apa yang menjadi pilihan Hung untuk solekan sempurna Selena ini. Sudah tentu gincu ini daripada koleksi Marc Jacobs’ Le Marc Lip Crème Lipstick dalam “Oh! Miley,” (RM125) ini. Yang menariknya tentang rona merah terang bak buah strawberi ini, ia bukan sahaja boleh digaya untuk solekan glamor formal seperti ini, ia juga boleh disarung buat solekan harian juga solekan malam.

Nah, kami sudah kongsikan tip eksklusif ini. Apa kata kamu cedok inspirasi solekan ini untuk Hari Raya nanti! Good luck!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE