SEARCH

#10STAILISHROOMS : Malam Gemilang Dirai Gaya-Gaya Terbaik!

#10STAILISHROOMS : Malam Gemilang Dirai Gaya-Gaya Terbaik!

Orang bilang apa yang bertugu jadi kisah semalam, biarlah jadi kisah semalam. Tetapi kami, sidang redaksi STAIL.MY, masih terkenang-kenangkan lagi acara parti signature #10STAILISHROOMS malam Jumaat lepas! Pertama-tama, the party was lit A.F. Yang keduanya, sampai ke sudah ia menjadi gamit-gamitan orang yang tidak berhenti bercakap mengenainya.

Since you insist to go on talking about it, then so will we!

Tema ‘STAILISH’ – menyaingi nama acara 10 STAILISH ROOMS, yang juga motto utama STAIL.MY – menjadi percaturan malam parti tersebut. Semua datang mempamerkan gaya-gaya terbaik masing-masing. Temanya mudah, tidak terlalu kompleks. ‘STAILISH’ can be anything. Tentang stail peribadi atau identiti kamu; atau rujukan gaya-gaya pentas peragaan mahupun memakai penampilan yang tengah trending; atau menggayakan sesuatu yang ‘ekstra’ dan di luar zon selesa kamu!

PROJEK ‘STYLING’ STAIL.MY UNTUK #10STAILISHROOMS

10stailishrooms neelofa marc jacobs

Sebermula dari masa menyusun siapa undangan-undangan yang dijemput hadir lagi, kami sudah memilih selebriti-selebriti serta influencers yang mana kami mahu stail-kan. Saat Neelofa mengesahkan kedatangannya ke parti julung kami ini sebagai salah satu jemputan kenamaan, terus saya dan Ketua Pengarang, Azreezal Hafidz memikirkan juga mengatur penggayaan Neelofa.

Marc Jacobs (kerana kami pernah menggayakan Neelofa dalam Marc Jacobs untuk cover bulan Februari… and she looked fantastic!) menjadi pilihan utama. Kami meminta ‘look 1’ Marc Jacobs musim bunga panas 2018 – yakni sut oversized warna jingga daripada fabrik neoprene berat yang dilengkapi turban warna pastel dan beg pau besar – untuk diberi kepada Neelofa. And our wish was granted.

Kerana temanya ‘STAILISH’, jadi kami mahu menggayakan sesuatu yang unik atau luar biasa pada Neelofa. Dalam masa sama, kami mahu merealisasikan idea membawa runway to real world.

10stailishrooms tasha shilla

Selebriti lain seperti Tasha Shilla digayakan dalam dress hitam oleh pereka lokal, Ezzati Amira. Dress fabrik renda berat yang disempurnakan butiran seperti paperbag waist dan kolar tinggi terletak cantik pada tubuh Tasha. Siluet pula bersih, jadi tidak perlu terlalu banyak aksesori.

Ain Edruce pula menyarung dress broked Khoon Hooi. Persalinan dengan skirt potongan kokun bersama top atas ala vest panjang yang dililit tali pinggang berupa korset di atasnya, dan ditambah lagi kaca mata hitam kecil milik Ain, terus kelihatan cool! Kena dengan personaliti Ain!

Bercakap tentang Khoon Hooi, Eleena Sui yang mewakili H Live malam itu turut digayakan dalam rekaan pereka tersebut. Eleena Sui memilih helaian atas bawah yang sedondon – top atas dalam siluet kemeja T dan seluar labuh besar yang menudungi kakinya – menterjemahkan femininity dan kelembutan.

Tiga STAIL.MY darlings yang pernah kami sunting sebagai ‘Fresh Face’ sebelum ini yakni Niena Azman, Khainina Khalil dan Annees Sofea disempurnakan dalam helaian-helaian ready-to-wear DKNY. DKNY yang menerbitkan imej kemudaan serta kekotaan sesuai untuk ketiga-tiga gadis ini yang bisa mengolah ia bersandarkan cita rasa masing-masing. Niena menyarung dress lembut asimetri hitam putih, manakala Khainina dalam sepersalinan denim bersama kemeja T logo ‘DKNY’ dan Annees menyarung jumpsuit denim lembut.

ANTARA GAYA-GAYA TERBAIK MALAM ITU!

 

 

 

 

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE