SEARCH

20 Pelengkap Gaya F/W 2018 Ini Akan Jadi Pembelian Kamu

20 Pelengkap Gaya F/W 2018 Ini Akan Jadi Pembelian Kamu

Minggu fesyen selesai minggu ini dan sempat kami mengimbas 20 pelengkap gaya Fall Winter 2018 yang menjadi pilihan utama STAIL.MY!  Sesudah minggu fesyen ‘tutup bab’ musim luruh 2018, masih terasa lagi nikmatnya dan memberi ruang kepada kami untuk mengisih 20 item yang kami perasan juga terlihat di atas pentas rumah-rumah fesyen terbaik – daripada kaca mata berbingkaikan corak tipografi ‘COOL’ kepada rantai kristal bertingkat sehinggalah kerongsang statement (tidak termasuk aksesori replika kepala di Milan… we’re just still figuring it out!) – yang besar kemungkinan menjadi pembelian kamu kelak.

Shoes are crazy, earrings are even crazier and headpieces are just the craziest! Rumah-rumah fesyen memberi perhatan sepenuhnya kepada pelengkap gaya atau aksesori yang menghiasi looks pentas musim luruh dingin 2018. Kerencaman bentuk kasut seperti tumit tinggi ultra-klasik di Bottega Veneta, streamlined heels oleh JW Anderson dan sneaker sukan warna neon terang Prada memvariasikan opsyen. Ragam kasut perempuan kali ini juga menafaskan pengaruh gaya maskulin seperti creeper Teddy Boy di Antonio Marras dan brog multi-rona Michael Kors.

Usah cakaplah fasal beg kerana musim yang saling bersilih ganti, tak pernah gagal menampilkan himpunan beg yang mengusik rasa. Ada saja rupa atau rekaan-rekaan yang merancakkan saban musim. Sekali lagi, musim luruh dingin kelak mencabar keberanian kamu untuk tidak terbelenggu dengan perihal klasik. Sesuatu yang mini dan ringkas barangkali adalah ‘permainan’ baru kamu. Seperti beg mini (well, ekstra mini) Jacquemus atau waist bag Tod’s yang bukan sahaja asas kepada gaya harian, malah sebahagian daripada accessorizing.

Aksesori lain seperti kaca mata hitam, anting-anting atau rantai pula menegaskan dan mencipta statement. Radikal, humorous, uber cool dan artistik bercampur, memumpun tenaga fesyen yang baharu. Oh, hiasan kepala – seperti topi, balaclava atau skaf yang diolah menjadi kelubung kepala – tidak ketinggalan tersenarai dalam ‘yang mungkin jadi item pembelian kamu’. Gucci, Dior, Marc Jacobs, Max Mara dan Calvin Klein antara yang mencadangkan headpiece is a thing now!

NAH! KAMI Senaraikan 20 PELENGKAP GAYA FALL WINTER 2018 YANG kami suka, dan MUNGKIN kamu juga akan suka – Sebagai PELABURAN ‘mesti beli’ kamu nanti. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE