SEARCH

38 Selebriti Sokong Alexander Wang

38 Selebriti Sokong Alexander Wang

Pereka fesyen, Alexander Wang yang meninggalkan rumah fesyen tersohor Balenciaga tidak berhenti menempa nama apabila menyambut ulang tahun ke 10 jenamanya sendiri. Dia mengilhamkan koleksi kapsul Wang10, memaparkan 10 rekaan signaturenya sepanjang 1o tahun.

Wang yang tidak habis belajar di Parson School of Design memulakan jenamanya sendiri pada usia 21 melancarkan koleksi kapsul ini melalui reaksi peminatnya melalui media sosial Twitter dan Instagram. “Media sosial adalah cara paling tulus, pantas dan demokratik dalam berinteraksi dengan masyarakat,” kata Wang yang memiliki 1.1 juta pengikut di Instagram ini. “Saya suka sangat kerana dapat bercakap dan mendapat reaksi segera daripada pelanggan saya di seluruh dunia – item paling mereka gemar, momen paling mereka suka dan look mana yang menangkap perhatian mereka.”

Selain daripada koleksi kapsul, Wang juga bekerjasama dengan 38 nama-nama besar bagi mengumpul dana untuk organisasi DoSomething. Empat t-shirt dan sweatshirt digayakan 38 best buddies Wang akan mengumpul dana bagi menampung program-program remaja dan aktiviti sosial DoSomething di seluruh dunia. Antara yang memberi sokongan termasuklah Kanye West, Kim Kardashian, Lauren Hutton, Kate Moss dan Pamela Anderson antaranya. Sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan akan disalurkan kepada DoSomething.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE