Posted on June 14, 2024
16 Jun menjadi tarikh istimewa buat para bapa di seluruh dunia – mengiktiraf kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah yang telah dicurahkan sepenuh jiwa buat keluarga tersayang.
Jika hendak dibandingkan dengan material pastinya kasih sayang si ayah tiada taranya, namun besar ertinya buat mereka apabila menerima ‘penghargaan’ kecil daripada anak-anak. Tidak perlu pun hadiah mewah yang terlalu mahal, cukup sekadar sesuatu yang kena dengan gaya hidup dan sesuai dengan personaliti mereka.
Buat kamu yang sedang mencari hadiah istimewa, kami senaraikan 4 kasut Larrie pilihan di bawah RM200 yang bukan sahaja selesa buat kegunaan harian tetapi juga mengetengahkan ciri rekaan sleek, sesuai buat digayakan orang muda dan juga mereka yang sudah berusia.
LR LARRIE MEN MODERN SMOOTH WING TIP OFFICE WEAR (RM189)
Wajib untuk setiap lelaki mempunyai sepasang kasut formal, pilihan kami adalah ‘LR Larrie Modern Smooth Wing Tip Office Wear’ – sempurna untuk digayakan di acara-acara rasmi dan juga untuk kegunaan kasual. Padankan sahaja dengan suit ataupun kemeja, ia pasti menyerlahkan keseluruhan gaya si pemakai.
Bahagian dalam kasut direka dengan PU Insole yang lembut dan selesa supaya kaki tidak mudah sakit walaupun harus mengenakan kasut tersebut buat masa yang lama. Paling penting, ianya elegan, stailish dan ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.
LARRIE MEN DARK BROWN OUTDOOR PLATFORM CASUAL SNEAKERS (RM179.90)
Sneakers smart casual terbaru daripada Larrie ini menjanjikan keselesaan penuh – ia direka dengan bahan berkualiti tinggi agar si pemakai dapat melangkah dengan penuh keyakinan untuk meneruskan kegiatan harian.
Ciri rekaan moden yang diketengahkan menjadikan ia sepasang ‘aksesori’ yang mampu menyerlahkan gaya dan melengakpi kehidupan dinamik si pemakai – sesuai buat golongan yang suka mengembara tetapi tetap mahu menjaga penampilan diri pada masa yang sama.
Larrie Men Dark Briown Outdorr Platform Casual Sneakers dilengkapi dengan insole terbaik Larrie bagi menyokong kaki sekaligus membolehkan langkah yang lebih seimbang.
LARRIE MEN BLACK CLASSIC CANVAS UPPER SNEAKERS (RM179.90)
Menggabungkan kesempurnaan dan gaya, Larrie Meb Black Classic Canvas Upper Sneakers sesuai untuk aktiviti luar termasuklah melancong.
Ia hadir dengan lapisan mikrofiber breathable dan mempunyai potongan comfortable fit. Selain itu, ia dilengkapi dengan tapak luar TPR Comfy membolehkan cengkaman kuat serta menjamin keselesaan berpanjangan – menjadikan ia sepasang kasut yang ideal buat menemani si pemakai menerokai bandar baharu selama berjam-jam.
Kasut ini juga dilengkapi rebound form insole buat mengawal bau yang kurang enak dan mempunyai keupayaan shock absorbtion.
LARRIE MEN VINTAGE CLASSIC LACE UP SNEAKERS (RM179.90)
Sekiranya ayah kamu gemarkan gaya yang lebih santai dan ke arah fesyen yang lebih ‘muda’ apa kata hadiakannya dengan kasut Larrie Men Vintage Classic Lace Up Sneakers.
Sepertimana kasut Larrie lainnya, sneakers ini juga mempertaruhkan gaya dengan keselesaan sebagai ciri utama. Si pemakai bebas untuk menggayakan ia dari siang ke malam, untuk ke majlis atau aktiviti luar dengan gaya kasual ataupun sporty –versatility kasut ini bakal menjadi penyeri setiap gaya.
Larrie Tawar Promosi Terhad Sebanyak 20%
Buat kamu yang ingin mendapatkan kasut Larrie sebagai hadiah Hari Bapa, sekarang adalah masa yang paling sesuai kerana mereka menawarkan potongan sehingga 20% untuk setiap pembelian secara atas talian melalui laman web rasmi mereka di SINI.
Untuk pembelian secara terus di butik pula, kasut-kasut terpilih dijual dengan harga promosi sekitar RM109 sehingga RM159.
Sekiranya kamu memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai lokasi butik dan promosi terkini silakan untuk mengikuti laman Instagram @mylarrieshoes.
Apa pandangan anda?