SEARCH

7 Fun Things To Check Out At The Coach Store KLCC

7 Fun Things To Check Out At The Coach Store KLCC

Coach Suria KLCC menjalani RENOVASI! Menjanjikan pengalaman yang lebih menakjubkan, suasana yang merakam pengabadian dan mencelup keseronokan di dada. Tersergam indah di tengah kota dan di balik bayang mercu tanda terkemuka, Coach Suria KLCC ini mengait identiti New York dan seakan-akan membawa kita ke tempat asalnya. Stor Coach di KLCC ini menempati dua tingkat – bahagian perempuan di aras G dan bahagian lelaki di tingkat satu – yang masing-masingnya menampilkan seksyen berbeza-beza khusus untuk pakaian sedia pakai serta aksesori.

coach store klcc

Dan yang paling menarik, adalah bar craftsmanship di salah satu sudut istimewa yang membenarkan kamu untuk merasai sendiri proses pembuatan do-it-yourself beg-beg Coach!

Jadi, bersempena merai temasya pembukaan semulanya, kami bersama-sama empat personaliti muda – model juga ratu cantik Shannen Jade Totten, pelakon Julia Farhana Marin, pelakon, penyanyi serta pengacara Afieq Shazwan dan si ekspresionis seni Aniq Durar – menyingkap tujuh perkara yang harus kamu check out sepanjang berada di butik Coach Suria KLCC!

1
seleksi kaca mata terkini

Seleksi terbaru kaca mata Coach menampilkan rekaan trend terkini. Ia juga aksesori paling mudah untuk meningkatkan stail peribadi. Antara rekaan aviator, cat’s eye atau yang klasik berbentuk wayfarer, Coach ada kesemuanya.

2
INTERIOR & FAÇADE

Tentang hiasan dalaman dan fasad Coach pula? Ilham di sebalik rekaan ini terbit daripada idea pengarah kreatif Coach sendiri yakni Stuart Vevers dan kerjasamanya dengan William Sofield, seorang pereka juga presiden Studio Sofield. Konsepnya? Modern Luxury! Leather and natural wood menghiasi ruang dalaman dengan pengalaman sofistikated menyuasanai ia tetapi pada masa yang sama kelihatan fun. Benar-benar mencerminkan kota New York.

3
DREW SATCHEL & CANTEEN BAG

Drew Satchel menggambarkan sophistication dalam rupa yang relaks, muncul dengan rekaan slouchy, easy drape dan dilengkapi tiga kompartmen. Beg carryall yang sempurna untuk gaya harian kamu!

Inspirasinya datang daripada stail Coach era 90an. Canteen Bag menampilkan seni reka minima dan bulat yang begitu siginifikan buat rekaan original. Yang menjadikan ia ikonik.

4
SEKSYEN READY TO WEAR

Merasai pengalaman menggayakan helaian-helaian ready-to-wear daripada runway to real-life! Musim pra-bunga kali ini, Coach banyak bermain dengan aspek cool-nostalgia glamor 70an yang digabungkan dengan estetika West Coast, gaya-gaya malam dan imej punk 90an. Tak ketinggalan, rangkaian kapsul Viper Room dan Rexy.

5
coach tee & sweater

Helaian paling mudah untuk stail terkini. Untuk lelaki dan wanita, kemeja T Coach antara highlight di sini. Pilih antara cetakan Viper Room atau Rexy. Dapatkan cetakan yang paling sempurna untuk personaliti diri.

6
stor COACH MEN

Terletak di aras 1, ini adalah butik stand-alone Coach Men pertama di Kuala Lumpur. Membariskan rangakain-rangkaian seperti kasut, beg, leather goods, jam tangan, koleksi kaca mata dan outerwear. 

Kamu bisa melihat himpunan ready-to-wear daripada himpunan musim pra-bunga 2019 di sini, bersama Max crossbody, beg sandang Rivington, beg sandang Rivington dengan corak Rexy serta beg sandang Academy dalam kanvas signature. 

7
CRAFTSMANSHIP BAR & COACH CREATE

Sebagai salah satu transformasi Modern Luxury, Coach Craftsmanship direka untuk mempertingkatkan mutu pengalaman yang berkaitan dengan produk-produk serta suasana kala membeli-belah. Bar ini menampilkan seksyen yang terbuka untuk khidmat perundingan di mana pelanggan boleh meminta nasihat daripada Craftsman. 

Malah, ada pelbagai beg yang datangnya daripada rangkaian warisan Coach tersusun cantik pada rak di bahagian bar ini dan sudah tentulah, mesin monogramming, khusus untuk servis monogramming juga ada sekali!

Accessorize it, personalize it and customize it! Coach Create adalah pengalaman personalisasi ‘do-it-yourself’ yang membenarkan pelanggan-pelanggan untuk berdaya kreatif dalam mencipta corak pada beg, kasut dan aksesori-aksesori lain. It takes customization to the next level!

UNDANGAN YANG HADIR KE PEMBUKAAN SEMULA ‘NEWLY-RENOVATED’ COACH

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE