SEARCH

80s Are Back? Ia Kuat Mempengaruhi Trend NYFW 2020!

80s Are Back? Ia Kuat Mempengaruhi Trend NYFW 2020!

80s are back? Setelah melihat semesra gaya Puteri Diana terbetik di atas pentas Tory Burch. Dia tunduk pada stail Puteri Diana yang kasual berseluar sendat dengan baju panas tebal, dress berbahu tajam serta dress berbahu kembung dan berleher ikatan dasi. Nampaknya, gega 80an meredah mengisi trend di Tory Burch ketika minggu fesyen New York musim bunga panas 2020. Persoalannya sekali lagi, estetika 80an untuk tahun 2020?

Benar, musim bunga panas 2020 di New York menjejaki gaya-gaya 80an, dihidupkan menjadi salah satu trend utama! Ada jenama-jenama atau pereka-pereka fesyen di New York barangkali memilih untuk mengangkat pendekatan yang bersifat teori dan berfikiran terbuka ke atas aspek-aspek 80an. Yuppiesm, bahu lebar, ramping kuncup di bahagian pinggang, ketat, bentuk angular, penegasan ke atas female form, futuristik, sculptured atau deconstructed ke atas fabrik, paduan gaya yang saling tak kena… semua yang kamu familiar fasal 80an, semua itu dibangkitkan semula.

Dalam pada #NYFW kini membabarkan layar, membajai isu politik dalam fesyen, ada sebilangan jenama atau pereka fesyen seolah-olah mencorakkan sejarah kostum kepada kita. Selain Tory Burch yang menunjuk ajar gaya-gaya Puteri Diana di #NYFW, Jack McCollough dan Lazaro Hernandez dari Proenza Schouler – yang sudah kembali meligatkan aksi di minggu fesyen New York kali ini – pula menyandiwarakan yuppies 80an untuk musim bunga panas 2020.

Working women sepertikan jelas terterap ke dalam minda mereka berdua, mencedok power dressing yang mencadangkan gaya-gaya perempuan ‘dalam persekitaran yang dikuasai kaum lelaki’; seperti bahu lebar, sut besar dan ada sedikit cetusan idea daya tarikan seks – aspek yang cukup dikenali pada tahun 80an. Terus terbayangkan laungan lagu Donna Summer ‘She Works Hard For The Money’.

80s are back #nyfw spring summer 2020

Malah idea penegasan female form ala-ala Azzedine Alaia pada tahun 80an pun turut mempengaruhi gaya malam jenama-jenama atau pereka-pereka fesyen di New York. That whole 80s-sweetheart-neckline, bodice panjang yang disudahi oleh rekaan skirt dramatik juga butiran ropol-ropol pada bahu, lengan dan seupamanya, menterjemahkan siluet perempuan-perempuan pada musim bunga panas 2020 nanti.

Misalnya, Oscar de la Renta yang menghidupkan jati dirinya sebagai seorang Dominican Republican menerusi idea pengarah kreatif duo Laura Kim dan Fernando Garcia, yang mengembalikan skirt seakan-akan skirt bubble 80an. Manakala Jeremy Scott muncul dengan gaya siluet bodice panjang 80an yang dilengkapi skirt beropol dalam potongan senget dan digabungkan dengan penataan gaya The Misfits daripada Jem & The Holograms.

Jadi, tiba masa untuk menggayakan semula bahu lebar, power suits, seluar slouchy, pakaian malam ketat dan ropol-ropol penuh.
80s are back! antara gaya-gaya 80an di #NYFW

 

Rodarte

Khaite

Area

Christian Cowan

Baja East

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE