SEARCH

ABC Gift Guide Untuk #PostChristmas Atau #BoxingDay 2017 Sebagai Tanda Pemberian Sempurna

ABC Gift Guide Untuk #PostChristmas Atau #BoxingDay 2017 Sebagai Tanda Pemberian Sempurna

Semangat Krismas belum padam lagi! Kami di STAIL.MY mengisih dan menyenaraikan ABC gift guide bersempena #PostChristmas atau pasca-Krismas atau Hari Boxing!

What’s good about year end? The Year-End Sales, cuti dan sudah tentulah perayaan Krismas juga menyambut tahun baru! Berbicara fasal merayakan sesuatu terutama sekali musim perayaan, sebagaimana hari-hari lain, matlamat atau tujuannya sama saja – mengikat hubungan, mendekatkan jurang dan mengecap perpaduan. Hari di mana famili, saudara-mara, teman-teman serta yang tersayang bertemu merasai nikmat keramaian dan kegembiraan bersama.

Dalam masa sama, ia pasti mengetuk pintu hati untuk mewujudkan momen memberi dan menerima yang takkan pernah terlepas menjadi sebahagian daripada kemuncak. Seraut wajah yang tersenyum itulah yang paling bernilai!

ABC Gift Guide Christmas Boxing Day

Gambar daripada Longchamp

Pabila tibanya Hari Krismas – yang baru lepas semalam – amalan memberi dan menerima hadiah itu adalah tradisi. Fakta yang semua sudah tahu, apakala tanggalnya tarikh 25 Disember. Sementelahan hujung tahun pula mendekati, menguatkan lagi tradisi tersebut. Waima harinya yang ke 25 pada bulan terhujung, namun semangat memberi masih lagi waja! Tak salah teruskan sungguhpun tamatnya Krismas, kan? Dan apa kata jangan biarkan ia berputusan? Jadikan hadiah itu sebagai hadiah pasca-Krismas atau barangkali untuk hari ini, yakni Boxing Day.

Kami tidak mahu menyirnakan kesukaan, lalu mahu melangsungkan sambutan post Christmas juga Boxing Day dan tidak menghentikan suasana pemberian hadiah sempurna buat yang tercinta! Telah kami atur juga senaraikan ‘Gift Guide’ secara asas bersandarkan susunan abjad ABC dan rujuk ia bak ‘manual’ kamu.

ABC GIFT GUIDE UNTUK POST CHRISTMAS & BOXING DAY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE