SEARCH

Musim Cereka Fesyen & 5 ‘Ad Campaign’ Yang Baru Juga Segar Menjadi Pilihan Terbaik

Musim Cereka Fesyen & 5 ‘Ad Campaign’ Yang Baru Juga Segar Menjadi Pilihan Terbaik

Bersilih musim, bermakna tiba masa untuk ‘memanahkan’ mata pada cereka-cereka atau kempen-kempen fesyen terbaru! Kali ini, jenama-jenama fesyen terkemuka merencanakan cereka fesyen atau kempen dalam cara tersendiri – daripada rakaman kisah ragam kawanan empat wanita dalam petak kecil hotel dengan treatment seakan-akan video lama sehinggalah kelompok model-model wanita yang dipotretkan ala kebangkitan reformis aliran moden.

Saksikan tema-tema yang diangkat oleh jenama-jenama ini yang berpangsikan kreativiti oleh mata-mata fesyen tersohor dan bagaimana mereka meriwayatkan alam gaya musim luruh bersandarkan satu cerita yang masing-masingnya diolah dalam konteks visual yang cukup unik.

1 DOLCE & GABBANA FALL/WINTER 2018 AD CAMPAIGN

Luca dan Alessandro Morelli bergabung tenaga membariskan sekumpulan milenial untuk kempen musim luruh Dolce & Gabbana! Berlatarkan Itali selatan yakni di Palermo – menggambarkan esen jenama ini – dengan lakonan aksi model-model milenial seperti Lori Harvey, Rafferty Law, Cameron Dallas, Natasha Lau dan Chiara Scelsi, yang mendukung matlamat #DGMillenials oleh Dolce & Gabbana. Sudah tentu kesemua model didandani dalam helaian-helaian musim luruh dingin Dolce & Gabbana yang kelihatan mewah dan menagada-ngada, mempamerkan kenakalan mereka bercengkerama dan bergurau senda dengan masyarakat setempat di Palermo.

2 DIOR AUTUMN WINTER 2017 CAMPAIGN

Seperti menyaksikan a troupe of modern feminists! Adwoa Aboah, Ruth Bell dan Fernanda Ly antara yang disunting oleh Maria Grazia Chiuri dan Maria beralasan pemilihan model-model ini (ada sembilan model) adalah berdasarkan cetusan attitude penuh yakin yang mereka tunjukkan sewaktu di persembahan Dior musim luruh 2017.  Fotografer Perancis, Brigitte Lacombe berjaya menangkap persona yang menegaskan stail masing-masing. Untaian mood malah karakter kesembilan-sembilan mereka mencorakkan kekuatan sifat dan keberanian wanita Dior yang bukan calang-calang.

3 PRADA ‘365’ FALL WINTER 2017 CAMPAIGN

Willy Vanderperre epitomized bab terakhir kempen 365 Prada ketika di pertunjukan Prada musim luruh 2017. Untuk cereka fesyen ini, Willy mencolek persona subjek utamanya, aktres Jessica Chastain dalam siri imej yang bergerak dan yang tak bergerak. City Of Women oleh Prada menggambarkan wanita kontemporari dalam kepelbagaian fasad. Mood, naratif dan emosi berbeza-beza ditangkap oleh Willy yang membataskan fantasi dan realiti. Cereka diolah dalam palet monokrom dan pemilihan Jessica adalah sebab dia menyifatkan atma wanita Prada.

4 BLUGIRL FALL WINTER 2017/2018 ADVERTISING CAMPAIGN

Rumah pereka dan pengasas, Anna Molinari yang terletak di Capri dipilih sebagai lokasi kempen fesyen Blugirl, manakala model Robin Van Halteren sebagai teraju utama. Michaelangelo Di Battista pula bertanggungjawab merealisasikan ia. Al kisahnya menceritakan gadis Blugirl yang mendewasa menjadi wanita matang, yang punya azam dan tidak lagi mentah. Dalam masa sama ia masih tidak menyisih kelembutan juga memerikan identiti Blugirl. Kesemua elemen yang menyatukan makna di sebalik kempen ini terlihat menerusi syot-syot perincian seperti dekorasi, pakaian yang dipakai malah gerak isyarat Robin.

5 MIU MIU FALL WINTER 2017 AD CAMPAIGN

VHS treatment seolah-olah dibiaskan oleh Alasdair Mclellan untuk cereka fesyen Miu Miu musim luruh. Jaime King sebagai peranan utama di samping model-model Samantha Archibald, Iesha Hodges dan Lily Nova. Cerita kempen ‘Room 303’ ini mengambil tempat di hotel London, mentakrifkan satu keadaan di mana keempat-empat wanita Miu Miu ini bersahaja di dalam bilik hotel, melepak di tab mandi dan bercanda di dinding dalam mood acuh tak acuh. Imej-imej yang dihasilkan oleh Alasdair ini adalah percubaan dia memerihalkan kelompok wanita yang tidak menyesali masa mudanya. Jaime dan ketiga-tiga model itu kelihatan sedang berseronok dalam helaian serta aksesori Miu Miu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE