SEARCH

Sementara Di London, Agyness Deyn Membuat Comeback!

Sementara Di London, Agyness Deyn Membuat Comeback!

Di pangkal minggu fesyen London yang dihimpit kontroversi krisis iklim, London tersenyum seketika semalam. Minggu fesyen yang menagih ratu-ratu OG berjalan melewati pentas, direalisasikan jua oleh Burberry dan Riccardo Tisci. Drum roll… Agyness Deyn membuat comeback! Ikon model Inggeris sejati ini mengatakan ‘ya’, memilih untuk berjalan di atas pentas Burberry!

Sungguhpun media riuh dengan kemunculan Kendall Jenner berambut perang dan rupanya hampir tak dapat dikenal di pentas Burberry musim bunga panas 2020, tetapi beralih pandangan kami pada Agyness Deyn. Kami tidak peduli pun dengan Kendall, opps! Bayangkan, Agyness yang sudah hampir empat tahun tidak memunculkan diri di persada fesyen – selepas 2015, dia sepertikan menyepi terbawa sekali oleh kabut. Jelas Agyness, dia mahu memberi sepenuh perhatian pada rumah tangganya. Malah kali terkahir Agyness aktif dalam dunia fesyen, dia menjalin kolaborasi bersama Henry Holland. Sejurus kemudian, dia membabitkan diri pula dengan dunia lakonan.

agyness deyn membuat comeback london fashion week

Orang rindu pada sosok androgini berambut perang pucat ini. Membuatkan orang tertanya-tanya, “Apa jadi dengan Agyness Deyn?” Orang mahu Agyness kembali meligatkan aksi di atas pentas, menghiasi kempen-kempen fesyen juga editorial fesyen. Pelik juga, mengapa model yang berjaya meraih gelaran androgini suatu ketika dahulu ini yang pernah berdiri sebanjar dengan Lily Donaldson, Daria Werbowy dan Chanel Iman, memutuskan untuk berhenti modeling.

Selepas Versace dua kali memahat ‘sejarah’ – menampilkan lima supermodel 90an untuk finale-nya dua tahun yang lalu juga Shalom Harlow menutup pentas musim bunga panas 2019 – dan Kim Jones mengundang Kate Moss dengan Naomi Campbell berjalan untuk Louis Vuitton menswear musim luruh dingin 2018, Burberry menyusul, menghidupkan detik terindah dalam fesyen. Riccardo bijak kerana menyenaraikan model yang cukup dikenali dalam generasi X, yakni Agyness, sebagai casting himpunan ‘Evolution’ yang berilhamkan kod akar tunjang Burberry.

Ingat lagi Agyness pernah menceritakan mengapa dia berjalan di atas Alexander Wang musim bunga panas 2011 sebelum-sebelum ini? Semuanya kerana Alexander Wang pernah membantu Agyness, membunuh lipas gergasi di rumahnya dan Agyness terhutang budi lalu dia bersetuju untuk berjalan di atas pentas Alexander. Hmm, terfikir-fikir juga. Entah apa pula yang Riccardo lakukan sampai Agyness katakan ‘ya’ kepadanya. Barangkali, Riccardo walk her dog or something.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE