SEARCH

Pengaruh AHS 1984 – Inspirasi Gaya Summer Camp Slasher

Pengaruh AHS 1984 – Inspirasi Gaya Summer Camp Slasher

Gembira kami pabila mendapat tahu tinggal lebih kurang sebulan lagi, musim baharu American Horror Story atau AHS bakal muncul. Selepas Apocalypse, siri antologi ini yang sudah masuk musim kesembilan mengutip tema genre slasher teen 80an dan memberi gelar atau judulnya – AHS 1984. Bertambah naik semangat kami sebaik sahaja menonton trailer AHS 1984 yang pertama pada hari Isnin lalu. Excited!

Selaku pencipta American Horror Story, Ryan Murphy cukup bijak kerana AHS 1984 mempopularkan semula estetika filem-filem slasher remaja 80an yang berlatarkan kem musim panas – genre yang sangat dekat dengan masyarakat Amerika pada sekitar 70an dan 80an. Bayangkan Friday The 13th, The Burning, Sleepaway Camp, Madman juga Summer Camp Nightmare yang kendatipun dianggap cheesy atau kadang-kadang sedikit tacky, namun berjaya meraih cult following tersendiri.

Bila pasukan produksi American Horror Story melepaskan banyak iklan acah AHS 1984, ia menerbitkan keterujaan kami. Satu-persatu iklan acah dilepaskan, termasuklah sweepstakes AHS 1984 yang memerihalkan babak-babak serta watak-watak stereotaip yang sering terlihat dalam ‘summer camp slashers’ – seperti babak dream girl dihendap lalu dibunuh sewaktu tengah mandi, si jock diserang apabila sedang seronok bersanggama dan si stoner dengan si prankster pula mendepani penyangak ketika sesi campfire.

Dan sebelum iklan acah sweepstakes ini, Ryan ada melepaskan iklan acah yang menampilkan gerombolan pelakon utama AHS 1984 dalam gaya-gaya basic 80an, seperti pakaian aerobik dan persalinan kem musim panas. Peneraju-peneraju utama seperti Emma Roberts, Billie Lourd, Cody Fern, Leslie Grossman bersama wajah-wajah baharu seperti Deron Horton, Angelica Ross serta bintang Olimpik, Gus Kenworthy didandani gaya-gaya 80an – bukan sahaja dari aspek pemakaian, malah rambut dan solekan juga! Apa yang menariknya, pasukan produksi American Horror Story tahu bagaimana hendak menghidupkan karakter masing-masing. Menerusi penggayaan tersebut, kita boleh ‘hidu’ watak-watak mereka. Emma Roberts memainkan watak arketaip gadis dara yang baik, yang akhirnya menjadi final girl, manakala gus Kenworthy sebagai jock, Cody Fern adalah watak lelaki tipikal the sceptic dan Leslie Grossman sebagai ketua kem yang kelihatan dingin orangnya. Namun, mengenali Ryan, entah-entah dia mengubah jalan ceritanya dan ada twist.

INSPIRASI SUMMER CAMP SLASHER 80an!

Sementara menunggu AHS 1984 September nanti, cadangan kami adalah tonton semula filem-filem summer camp slashers yang popular dulu-dulu dan… rujuk gaya-gaya watak dalam filem-filem tersebut sebagai inspirasi kamu. Di sini, kami kongsi gaya-gaya berilhamkan babak-babak filem summer camp slashers – daripada babak campfire tales sehinggalah babak final girl.
THE SUMMER CAMP ‘BASIC’ LOOK

ahs 1984 summer camp slasher fashion inspiration 80s

Dari kiri : baju Monki, stokin Monki, sniker Bata, seluar pendek Superdry & jaket trek Zara

 Dalam filem genre summer camp slasher, sudah tentulah ada babak sekumpulan remaja yang baru sampai ke kem musim panas atau memperlihatkan mereka menerokai kem tersebut. Gaya-gayanya mesti seluar pendek trek 80an, baju ribbed ketat bersama jaket trek dan disempurnakan oleh stokin tinggi dengan kasut sniker. Mencerminkan watak yang sporty, agresif atau ‘she-knows-what-she’s-doing’.

THE TYPICAL ‘SEX-PLOITATION’ SCENE

Dari kiri : kemeja T Armani Exchange, topi bucket Uniqlo, baju mandi Topshop, sandal Zara & anting-anting Wanderlust+co

Filem seram 80an takkan terlepas daripada daripada babak seksi mahupun sexploitation, terutama sekali tubuh watak perempuan. Entahlah mengapa. Adakah peminat-peminat horror gilakan seks? Ataupun sebagai tarikan utama filem tersebut? Walau apa pun, babak ini menginspirasikan satu gaya, tetapi kami tidak mahu mengeksploitasi perempuan. Sebaliknya, mengolah ia dalam cara stailish dan ada kelas! Bayangkan baju renang satu sut, dilapis kemeja T bercorak bersama sandal Birkenstock-look-alike.

THE ‘CAMPFIRE TALES-NIGHT’ LOOK

Dari kiri : kardigan Marks & Spencer, dress denim Miss Selfridge, kasut but Uniqlo, klip rambut Accessorize & tali pinggang Uniqlo

Babak watak-watak mengelilingi unggun api dalam filem horror 80an (salah satu lagi babak tipikal) membuahkan satu ilham kepada kami juga. Babak ini selalunya akan mempamerkan watak-wataknya bersiap dalam persalinan yang lengkap – jaket, baju panas, seluar jean dengan aksesori tambahan. Terus kami memikirkan kardigan labuh daripada fabrik kait yang dipakai bersama dress denim pinafor, belted waist dan kasut but paras buku lali.

THE ‘FINAL GIRL’ SCENE

Dari kiri : baju panas Dorothy Perkins, skaf Marks & Spencer, anting-anting Pull & Bear, jean Toshop & kasut but Bershka

The badass character! Watak final girl adalah watak yang bukan sahaja signifikan, namun paling memorable. Bayangkan Alice dalam Friday The 13th, Susie dalam Sleepaway Camp atau Sally dalam Texas Chainsaw Massacre. Dia mesti dalam gaya-gaya yang kelihatan sederhana, tidak terlalu terdedah dan mahu menggambarkan karakternya yang berhati mulia. Gaya terbaik? Baju panas berkolar, seluar jean ringkas, kasut but dan skaf kepala (untuk memaniskan rupa).

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE