SEARCH

Mac, Bulan Untuk ‘Look Forward’ Aksesori Ini… Let’s March!

Mac, Bulan Untuk ‘Look Forward’ Aksesori Ini… Let’s March!

Bulan cinta dan temasya Tahun Anjing sudah berlalu, kini tiba waktu untuk bulan fesyen pula. Bulan Mac datang menyusul bermakna fokusnya adalah fesyen, fesyen dan fesyen! Apakah istimewanya bulan Mac? Ayuh, kita berbicara fasal aksesori yang mengindahkan Mac – daripada customized bags, ke barang kemas emas dan hiasan mata.

MAC INI, ‘CUSTOMIZE’ BEG COACH stail.my mac coach

Coach bermain dengan imaginasi dan akal kreatif kamu! Coach mengajak kamu menjadi ‘pereka aksesori’, merasai pengalaman customization dan membawa ia ke fasa yang berbeza. Just like how Tyra said, “Next level fierce!” 

Coach Create mewujudkan konsep D.I.Y – ‘Do It Yourself’ yang berpegang pada jati diri Coach yakni Leather, Creativity dan Craftsmanship. Coach Create membenarkan si penggemar atau pemakai Coach customize, menyesuaikan rupa beg bersandarkan personaliti kamu. Sebagai lambang unik untuk menunjukkan itu beg, dompet juga wristlet itu milik kamu! Dengan menambah applique kuntuman bunga ros, rivet, pin dan macam-macam lagi.

Seandainya kamu mahu menjadi sebahagian daripada pengalaman Coach Create ini, ingat tiga kata kuncinya : Accessorize It, Personalize It dan Customize It. Accessorize It memperkenalkan tali beg yang bisa ditukar ganti yang direka dengan teknik berbeza-beza juga dilengkapi sulaman dan skaf sebagai tambahan. Personalize It memfokuskan pada monogramming ikon serta initials yang mengiringi identiti kamu. Akhirnya, Customize It adalah bespoke service yang tersedia di Coach Craftsmanship Bars.

ARCHI DIOR MENCANTIKKAN BULAN MAC

stail.my mac dior

Untungnya jika mampu memiliki perhiasan mewah yang dihasilkan oleh maestro barang kemas Perancis, Victoire De Castellane! Ya, Dior yang menyunting Victoire untuk mereka himpunan barang kemas istimewa yang diberi nama Archi Dior, memunculkan rangkaian anting-anting Milieu Du Siecle.

Rekaan-rekaan Christian Dior yang mengilhami Victoire untuk mereka barang kemas Archi Dior, kali ini melihat koleksi Dior tahun 1949 terutama sekali dress Junon – dress Dior yang diterjemahkan kepada bentuk permata dan logam berharga. Milieu Du Siecle dipergul dengan emas ros dan dua berlian. Corak bentuk scallop dan jemeki menjadikan ia lebih sempurna.

MILIEU DU SIECLE

D’ARTISTE BY GIORGIO ARMANI MELENGKAPKAN MACstail.my mac giorgio armani

Sesuatu yang punya kelainan dan ketersendirian. Semuanya berpunca daripada semangat yang kuat dan menyemarakkan kesenian pada masa yang sama. Di pentas fesyen musim bunga panas lepas, terlihat model-model mendandani diri dalam kaca mata hitam D’Artiste – rangkaian kaca mata hitam daripada Giorgio Armani yang hadir dalam bentuk feminin, mempersembahkan elegan, ultra-moden dan inovasi.

Bingkai yang amat ringan adalah antara feature utama kaca mata ini, diiringi bentuk lensa mata yang bulat dan rekaan geomteri. Bahagian lensa D’Artiste yang besar itu disimbah motif flora untuk menegaskan kontra dan ia membuatkan ia nampak menarik jika dibandingkan dengan kaca mata yang biasa kamu lihat. Tiba masa untuk tampil berani dalam penggayaan untuk musim bunga panas ini!

3 WARNA D’ARTISTE GIORGIO ARMANI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE