Cermin mata adalah keperluan penting di Malaysia, bukan sekadar sebagai alat bantu penglihatan, tetapi juga sebagai aksesori gaya hidup yang terkini. Dalam kehidupan yang sentiasa bergerak pantas, kaca mata bukan hanya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan bantuan penglihatan, tetapi juga semakin popular di kalangan yang tiada masalah penglihatan. Ia bukan sahaja berkaitan dengan fesyen, tetapi juga memberikan faedah praktikal yang besar – melindungi mata dari sinaran UV dan memberikan keselesaan pada mata dalam era di mana penggunaan telefon bimbit dan komputer menjadi lumrah.
Koleksi Cermin Mata terbaru dari Montblanc memberi penghormatan terhadap kemahiran dan tradisi kecemerlangan Maison ini, menjadi cerminan visi progresif yang disuntik oleh Pengarah Seni baru, Marco Tomasetta, yang memanfaatkan keseimbangan antara warisan dan inovasi. Keanggunan kontemporari mengikuti arah yang jelas terhadap kelenturan dan functionality, sementara kod signature jenama menambahkan sentuhan identity dan kecanggihan abadi.
The Nib, komponen utama alat tulis Montblanc, yang juga ditampilkan dalam elemen reka bentuk koleksi barang kulit, memberikan keistimewaannya yang ikonik kepada bingkai cermin mata dan optik dalam bahan asetat dan bahan campuran, direka dalam pelbagai warna atau melange dan ditandai dengan logo terukir dalam versi biasa atau enamel. Memberi sentuhan berani dan dinamik, motif Snowcap muncul pada bentuk asetat dengan kontur geometri yang lembut.
Motif ini dihasilkan semula pada rivet logam hadapan dan digayakan dalam rona hitam dan putih klasik pada bahagian belakang, yang menjadi puncak inspirasi dan intipati Montblanc. Rasa ringan dan mudah dilentur mentakrifkan konsep reka bentuk siluet langsing yang dibuat daripada logam dan bahan material lain. Daya tarikan vintage moden memberi penampilan motif Snowcap yang terapung dalam pelbagai palet warna termasuk Havana dan warna lutsinar.
Inspirasi Meisterstuck berkembang menjadi bingkai maskulin yang sangat halus dalam logam nipis ringan. Siluet alat tulis itu ditampilkan melalui garisan yang panjang pada tempurung mata yang dikraf dengan silinder berganda, disiapkan dengan enamel dan dimahkotai dengan butiran Snowcap.
Koleksi cermin mata ini boleh didapati di Kering Eyewear oleh MOG Prestige, di Pavilion Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Kering Eyewear di Lot 4.24.00, Aras 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Apa pandangan anda?