Posted on December 22, 2020
Yes! Ariana Grande is engaged! Dengan teman lelakinya, Dalton Gomez. Grande mengkhabarkan dan mengesahkan pertunangan tersebut menerusi akaun Instagram-nya semalam. Dengan kapsyen “forever n then some” – yang disaingi oleh gambar-gambar ‘swipe right’ yang menunjukkan Grande bersama Gomez bermanja, bercumbuan dan tersisip sekali imej cincin pertunangannya.
Berbulan-bulan tinggal bersama, sedari awal berlakunya lockdown dan pandemik lagi. Mereka sememangnya sudah secara rasminya berpacaran dan akhirnya, selepas lama mengenali sesama sendiri, Gomez mengambil langkah besar dengan ‘melutut sebelah kaki’, melamar Grande. Lalu mengikat pertunangan!
Grande tidak menyembunyikan hubungannya bersama Gomez sepanjang pandemik COVID-19. Menerusi video muzik lagu ‘Stuck With U’ – duetnya bersama Justin Bieber – Grande menayangkan sosok Gomez, sambil berdakap-dakapan di hujung-hujung video muzik tersebut. Malah, khabar-khabarnya, album terbaru Grande yakni ‘positions’ juga berilhamkan teman lelakinya itu (yang kini tunangnya).
https://www.instagram.com/p/CJB4svPlDD_/
Menyentuh tentang pertunangan mereka, Gomez memilih cincin platinum yang bertatahkan mutiara untuk Grande. Berdasarkan temu ramah Refinery29 dengan Olivia Landau, pengasas jenama barang kemas The Clear Cut, anggaran harga cincin mutiara pemberian Gomez kepada Grande itu dalam lingkungan antara 30,000 dolar sehingga 50,000 dolar!
Ada yang meramalkan bahawa cincin mutiara akan menjadi trend aksesori terhangat untuk 2021. Sama ada sebagai cincin pertunangan mahupun pernikahan. Malah, ada juga pasangan yang menjangkaui konsep perkahwinan atau pernikahan, sebaliknya menjadikan cincin mutiara sebagai lambang komitmen hubungan percintaan mereka.
Menurut pemahaman umum, mengapa mutiara jadi pilihan adalah kerana lambang atau simbol yang tersirat. Mutiara dikenali sebagai ‘stone of sincerity’, yang membawa maksud kesetiaan, kejujuran, kepercayaan, kesucian dan kesempurnaan. Ada juga yang berpendapat bahawa mutiara mentafsirkan kemurnian hati. Maka atas sebab itulah barangkali Gomez memilih cincin mutiara untuk Grande. Bukan sahaja Grande, namun Emma Stone juga turut menyarung cincin mutiara rekaan Yoshinobu Kataoka sewaktu mengikat pertunangannya bersama Dave McCary.
Untuk merai cinta Grande dengan Gomez dan trend mutiara yang dijangka akan menjadi hangat, kami menyenaraikan beberapa barang kemas bertatahkan mutiara sebagai pilihan kamu! Barang kemas mutiara – daripada cincin, ke rantai sehinggalah gelang – untuk perempuan-perempuan moden dan pasangan-pasangan bercinta bagi menjadikan ia sebagai tanda komitmen. Mungkin juga sebagai selengkap aksesori untuk majlis kahwin? Dan yang menariknya, kesemua barang kemas bertatahkan mutiara ini berharga tidak lebih daripada RM 1,000. Good price for good investment!
Subang 925 Signature Pearl Threader di Zalora (jualan murah, RM 195.00)
Subang Wanderlust + Co Baroque Pearl Gold Sterling Silver (RM 320.03)
Gelang tangan Thomas Sabo Charm Pearl (jualan murah, RM 278.10)
Subang Swarovski Treasure Pearl (RM 349.00)
Rantai Swarovski Treasure Rearl (RM 499.00)
Cincin Pandora Bead & Freshwater Cultured Pearl (RM 272.00)
Cincin Kate Spade New York Small Pearl daripada Zalora (jualan murah, RM 272.00)
Cincin Pandora Dangling Freshwater Cultured Pearl (RM 357.00)
Apa pandangan anda?