Posted on October 9, 2020
Asics merealisasikan idea-idea atau inovasi-inovasi yang tak hanya melambangkan gaya hidup, namun juga menyatukan kefungsian dan bentuk. Memperkenalkan GEL-MIQRUM baharu, yang memerangkap pemerhati dengan nada gayanya yang berani, menyatukan butiran-butiran blok rona – gabungan palet rona retro dan neutral – bagi membangkitkan dimensi!
Rasa bangga pasti mengaliri seluruh tubuh saat menyarung kasut Asics GEL-MIQRUM yang baharu ini. Membayangkan diri mengenderai mobil di tengah-tengah metropolitan, bergaya sakan memakai sniker GEL-MIQRUM yang melengkapi penampilan. Apalagi bahagian luarnya sempurna dengan sifat stailish, mengatur baik langkah dengan penuh gaya, sudah tentunya mencuri perhatian!
Seperkara tentang GEL-MIQRUM ini adalah, ia tidak meminggir identiti Asics yang sinonim dengan prestasi teknologinya. Yakni ia disertakan sekali sistem teknologi pengkusyenan GEL pada bahagian tengah kasut sehinggalah ke bahagian sisi tumit kasut bagi memastikan keselesaan berpanjangan. Inspirasi gabungan teknologi ini dikutip daripada rangkaian INFINITY yang disaingi oleh teknologi kebendaliran air.
Berpaut pada kata kunci “Enginereed For Everyday”, estetika GEL-MIQRUM mempertemukan prestasi high-end dengan nilai fesyen-sentrik. Apa yang bisa disimpulkan tentang siluet GEL-MIQRUM yang baharu ini adalah kesajakan karakter unik pada masa sama, memelihara DNA sistem pengkusyenan GEL Asics yang mengoptimumkan rasa selesa. Lantaran, ia begitu senang dipakai hari-hari, tanpa kira apa rupa gaya sekali pun.
INSPIRASI GAYA 90an & YANG KINI DENGAN ASICS GEL-MIQRUM
Menyentuh bab rekaan luar Asics GEL-MIQRUM, siluetnya memulihkan ingatan kita pada rekaan Asics lama. Hashtag… throwback! Di mana bahagian panel atas jaringan dan yang tak berjahit itu mengingatkan kita pada gaya sniker Asics pada era 90an! Lantas, ia membuahkan idea kepada kami untuk menyelongkar semula gambar-gambar gaya 90an terdahulu – inspirasi gaya artis, personaliti serta model pada era 90an – untuk dijadikan cetusan inspirasi gaya masa kini. Dan setiap stail 90an dengan masa kini itu dipadankan bersama gaya kasut Asics GEL-MIQRUM, bagi menampakkan kerelevanan gayanya yang tak dimakan usia.
DOMINAN HITAM BERSAMA GEL-MIQRUM VIBRANT YELLOW / SUNRISE RED
Inspirasi gaya penyanyi pop yang cukup ikonik 90an yakni Janet Jackson (kiri) yang terlihat menggayakan baju sendat lengan panjang berona hitam bersama mom’s jeans. Rona hitam pada gaya Janet itu yang agak dominan, mencetus ilham untuk penggayaan masa kini (kanan) yang serba hitam atas bawah dan diringkaskan, agar nampak lebih minimal. Kedua-dua penampilan ini sebenarnya sangat minimal dan oleh sebab itu, – ditambah lagi elemen rona hitam dominan – kedua-duanya cantik dilengkapi GEL-MIQRUM berona kuning serta merah terang. Untuk membangkitkan kontra.
INSPIRASI FEMININ BERSAMA WHITE / PURE SILVER
Kelembutan gaya bersifat feminin atau keperempuanan tidak semestinya diteruskan dengan aksesori kasut yang perlu sama nadanya. Kami membongkar semula gambar gaya jalanan model Cindy Crawford (kiri) yang memakai skirt midi lembut bercorak botani dan siluet tersebut disamakan dengan gaya masa kini (kanan) yang lebih cenderung kepada mainan rona-rona asas. Untuk tidak membataskan gaya, agar tidaklah terlalu satu dimensi, kami mencadangkan penggayaan feminin ini pasti lebih seronok seandainya dipadankan dengan sniker GEL-MIQRUM lelaki berona kelabu serta jingga terang. Umpama penggabungan feminin dan maskulin, ia menyempurnakan permintaan trend masa kini yang memenangkan genderless.
ROCK N ROLL BERSAMA PIEDMONT GREY / BLACK
Buat yang tak gentar tampil menggayakan fesyen signifikan era 90an… yakni grunge! Kami amat suka stail Johnny Depp (kiri) yang mengenakan baju kemeja T tanpa lengan, bersma jean koyak dan kemeja flannel dililit pada pinggang. So grunge! Untuk penggayaan ini, kemeja flannel berocrak geomteri itu menjadi elemen utama, lalu ia membuahkan inspirasi gaya yang hampir sama (kanan) dan alang-alang ia bersifat grunge, apa kata padankan ia bersama jaket kulit hitam serta jean hitam? Rona kemeja flannel yang menjadi dominan, jadi tidak salah seandainya dipadankan bersama sniker GEL-MIQRUM berona kelabu hitam. Bikin padanan tersebut nampak serba-serbi cohesive!
BERBAJU PANAS BERSAMA GRAND SHARK / FRESH ICE
Gaya Puteri Diana (kiri) memakai baju panas bersama seluar pendek sendat ini adalah gaya 90an yang sangat-sangat ikonik! Oleh itu, penggayaan Puteri Diana ini ‘mesti’ tersenarai sekali untuk digayakan bersama Asics GEL-MIQRUM. Kami mencadangkan gaya Hailey Bieber (kanan) – elemen baju panas dan seluar sendat yang hampir sama – sebagai cetusan gagasan masa kini. Gayanya yang bersifat kesukanan ini tidak mustahil untuk dimadukan bersama sniker Asics yang sudah tentulah mempamerkan sifat atau estetika yang sama. Rona penggayaannya yang didominasi rona putih itu memberi idea untuk menyuai padankan bersama sniker berona grand shark bercampur fresh ice. Kelihatan kasual, bersahaja tetapi tidak menepikan aspek stailish.
ALL PINK, CHECKERED BERSAMA BLACK / HOT PINK
Girls just wanna have fun! Inspirasi gaya 90an Naomi Campbell (kiri) yang menampilkan diri dalam serba serbi merah jambu terang mencadangkan penggayaan yang tidak mengehadkan keseronokan dalam bermain dengan rona terang. Tambahan lagi dengan padanan motif geomteri petak-petak yang membangkitkan keberanian untuk kelihatan berbeza daripada orang lain. Ia menjadi inspirasi gaya masa kini (kanan), seperti mana yang terlihat pada Yoyo Cao. Ia diubah pula kepada pemakaian sut merah jambu terang dan corak geometri terletak pada kemeja di dalamnya. Bagi meneruskan tema merah jambu tersebut, padanan GEL-MIQRUM dengan butiran merah jambu terang dan berona hitam adalah pilihan sempurna! Nampak seperti satu ‘set’!
SUT & SNIKER BERSAMA GLACIER GREY / SHOCKING ORANGE
Gaya bersut dengan sniker adalah ilham gaya jalanan ala-ala Pitti Uomo, di mana padanan kedua-dua aspek ini – sut dan sniker – umpama satu seragam. Tetapi siapakah ikon bersut pada era 90an yang membekas dalam ingatan? Sudah pasti Julia Roberts (kiri). Penampilannya bersut cukup berpengaruh, sehingga menjadi bahan bualan. Beralih ke masa kini (kanan), gaya bersut tak lagi menyempadani diri. Memakainya bersama sniker tidak lagi salah. Jika penampilan sut tersebut berona klasik seperti hitam atau kelabu, barangkali mengkontraskan ia dengan sepasang sniker GEL-MIQRUM kelabu bercampur jingga terang. Berani?
SUT TREK BERSAMA BLACK / WHITE
Bila berbicara tentang fesyen 90an, selalu sahaja terkait rapat dengan imej Fresh Prince of Bel Air, yakni sosok Will Smith (kiri). Dan bergaya sut trek atau elemen sukan agak signifikan dengan era 90an. Gaya ini sepertikan tak makan usia, kerana sehingga kini ia masih tegar digayakan (kanan). Malah juga ada yang berani memakainya untuk gaya jalanan sekitar minggu fesyen. Apalagi rona pemakaiannya yang terang, terkadang blok rona, pasti nampak sempurna jika dipadankan dengan GEL-MIQRUM berona hitam putih ringkas sahaja.
Kasut-kasut Asics GEL-MIQRUM ini boleh dibeli di atas talian di ASICS.COM
Apa pandangan anda?