Posted on March 30, 2021
Lima suri teladan millennial tergabung dalam satu ikatan sempena bulan Ramadan 2021. Daiyan Trisha, Shalma Ainaa, Yaya Zahir, Asma Nasa dan Cik Manggis umpama berbimbingan tangan, berkumpul untuk berkongsi kisah persediaan mereka bila menjelang hari yang mulia nanti, menyelami hasrat hati masing-masing dan mengangkat tirai ingatan tentang memori Hari Raya.
Kisah 126 tahun yang lalu dipunggah dan dimuat ke dalam bakul-bakul kenangan. Kini, Swarovski berwajah baharu, dikepalai oleh Giovanna Engelbert, sebagai pengarah kreatif. Mengugemi prinsip yang berkaitan dengan magis, sains dan menghidupkan mimpi, bersempena Ramadan kali ini, Swarovski sekali lagi menjentik hati kita dengan mesej-mesej kepositifan. Ketika dunia dirasakan sedang berkembang subur dan kian berubah, Swarovski mahu melimpahkan kemurniaan – merayakan kemurniaan bukan Ramadan dengan menenggelamkan pecah belah, sebaliknya mengangkat nilai kesatuan.
Kerana bulan Ramadan adalah detik untuk mengait semula kemesraan, merenung kembali dan mewujudkan semangat bersatu hati. Lantas, Swarovski mengambil peluang ini untuk mencahayakan cinta dan untuk dikongsikan bersama yang lain!
Bagi menyalakan keajaiban tersebut, Swarovski memvisualkan ia menerusi mata serta pengalaman lima pempengaruh lokal – (mengulang perenggan di atas) menceritakan kisah persediaan, hasrat dan juga memori bulan Ramadan serta Hari Raya. Pemilihan lima sosok ini juga adalah bersandarkan nilai yang diterapkan oleh Swarovski, yakni bermula daripada pernyataan kendiri sehinggalah ke kecintaan kepada bidang seni, muzik dan budaya.
Lantaran itu, mereka memilih Shalma Ainaa, seorang usahawan dan YouTuber yang memperjuangkan keperkasaan wanita ; Cik Manggis, seorang penyanyi dan pelakon yang mengumpul dana untuk badan kebajikan Azmeer Yusof Islamic Centre sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 ; Asma’ Nasa, seorang pencipta kandungan digital dan bakal mengeluarkan jenamanya sendiri ; Daiyan Trisha, seorang penyanyi, pencipta lagu juga pelakon yang berjuang untuk membangkitkan hal-hal berkaitan dengan kesihatan mental ; dan juga Yaya Zahir, seorang usahawan dan pengacara TV yang turut memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.
THE SWAROVSKI SYMBOLIC COLLECTION
Bersempena Ramadan 2021, Swarovski memperkenalkan himpunan The Swarovski Symbolic – yang menampilkan rekaan-rekaan yang diilhamkan daripada cakerawala, seperti bintang, bulan dan matahari. Lambang-lambang yang terbit daripada cakerawala ini adalah umpama representasi kepada keajaiban serta misteri yang berkeliling sepanjang bulan Ramadan.
Antara himpunan The Swarovski Symbolic Collection
Himpunan jam tangan Swarovski sempena bulan Ramadan
Apa pandangan anda?