Koleksi spring/summer 2023 Geox menghidupkan semula tenaga suasana musim panas yang meriah dengan meningkatkan keselesaan dan kemampanan dalam ciri inovatif terbaharu rangkain Spherica. Pengubahsuaian penting terhadap keselesaan ini diterapkan dalam reka bentuk Geox spring/summer 2023 yang melangkaui signature terkenal jenama ini iaitu breathability, kalis air dan thermos-regulation ke tahap baharu yang lebih tinggi. Kejayaan ini adalah seiring dengan usaha Geox untuk mencapai rasa kesejahteraan yang menyeluruh bagi pemakai Geox yang bergema melalui pelbagai keadaan persekitaran.
Koleksi lelaki
Spherica mengukuhkan lagi kedudukannya dengan inovasi baharu yang mempertingkatkan kesan penampan dan kelenturan di dalam ruang tapak kasut. Spherica Actif menampilkan bahagian atas yang ditenun dalam palet warna monokrom dan dua tona warna bold seperti putih, hitam, biru, merah dan kuning pasir. Bagi mereka yang menggemari versi rajutan klasik, anda akan gembira mengetahui bahawa ia kembali dengan palet baharu versi tunggal atau tonal yang berbeza dengan tapak putih.
Untuk peminat kasut kulit yang selesa atau mereka yang suka berjalan kaki untuk menjaga kesihatan boleh memilih sneakers suede atau calfskin dimana tapak kasutnya lebih fleksibel dan ringan. Bagi pengembara yang suka kekal aktif pula mungkin lebih sesuai memilih sneakers dengan tapak +Grip kerana ia memberi daya cengkaman dan keselesaan yang baik apabila membuat aktiviti yang sedikit lasak. Pelbagai rekaan kasut boleh didapati dalam potongan klasik yang elegan seperti kasut brog hitam atau coklat gelap dari calfskin atau suede yang halus.
Koleksi Wanita
Koleksi Spring/Summer Geox untuk wanita memancarkan aura semangat dan kecergasan gaya wanita Italia positif, aktif dan cerdas. Estetika bertenaga ini datang dalam gaya formal dan rekaan kasual yang sporty. Musim ini, Spherica hadir dengan pelbagai kasut yang didatangi bersama tapak kasut berteknologi tinggi. Berinspirasikan trend era 90-an, rekaan kasut sandal, ballet flats, court shoes dan loafers boleh didapati dalam palet neutral nude dan warna pastel dengan sentuhan emas dan hitam untuk gaya malam yang elegan untuk setiap acara. Loafers dan sandal baru diperbuat dari suede monokrom dalam palet neutral yang dilengkapi dengan system penampan yang meluas di seluruh tapak kasut.
Tambahan terbaru kepada arus perdana Spherica ialah Spherica Actif. Model yang bergaya dilengkapi dengan penemuan inovatif terkini tapak kasut kalis air dan deria lantunan superlatif yang luar biasa. Rajutan berteknologi tinggi dan perincian kulit yang halus berserta pilihan palet warna bold seperti putih, hitam, merah atau oren apricot menampilkan rekaan garisan yand bersih dan kemas. Driver-style loafer yang mempunyai teknologi tapak kasut yang breathable dan kalis air +Grip pula memberikan tahap keselesaan, cengkaman yang luar biasa dan pijakan yang mantap dia atas tanah basah.
Penggunaan bahan kitar semula
Barisan product Geox yang mementingkan alam sekitar terdiri daripada koleksi Spherica. Ia mengekalkan bahan rajutan berteknologi tinggi kitar semula dan econyl, alternatif pada nylon yang dijana semula dan boleh dijana semula, diperolehi daripada sisa industri dan bahan buangan plastik. Selain itu sneakers yang datang dalam VEGEA, yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan kitar semula. Manakala koleksi kapsul ACBC X Geox pula memberi gaya tennis-court vintaj yang sihasilkan sepenuhnya menggunakan bahan bebas haiwan, kitar semula atau organik.
Harga kasut Geox bermula dari RM799.90 hingga RM1599.90. Dapatkan koleksi baru ini di semua kedai Geox di Malaysia dan juga di atas talian Geox di Shopee, Lazada dan Zalora.
Apa pandangan anda?