Posted on January 29, 2020
Minggu fesyen menswear musim luruh dingin 2020 dan juga couture musim bunga panas 2020 mengkhabarkan satu cerita suka = yakni, kasut lelaki. Ya, kami di sini sudah bersedia untuk berbelanja lebih ke atas kasut-kasut lelaki yang kami lihat di atas pentas sepanjang minggu fesyen baru-baru ini!
Saat kasut Reebok Instapump melewati pentas Maison Margiela Artisanal musim bunga panas 2020 dan diberi treatment baharu – bertapak tebal, hi-cut, dalam simbahan tiga rona utama dan digabungkan dengan DNA Margiela yakni siluet kasut Tabi, di mana bahagian jari kakinya terpisah – kami lekas menyenaraikan ia dalam sasaran ‘mesti ada’. Terutama sekali saya penggemar kasut Reebok Instapump, pabila menyaksikan Maison Margiela mengeluarkan sniker Instapump yang telah “di-Tabi-kan” (ya, that’s not even a word), ia terus melahirkan senyuman, menjegilkan mata dan mencungkil rasa suka dalam diri.
Difahamkan kasut ini hadir dalam enam colorways, termasuklah rona gabungan hitam serta neon – rona OG Reebok Instapump. Menampilkan logo kedua-dua jenama (Reebok dan Maison Margiela), rekaan kasut ini diilhamkan daripada revolusi gaya borjuis yang diperbaharui. John Galliano mengulang semula keperibadian, kecirian serta kecitraan gaya borjuis menerusi gubahan pola, potongan, siluet, butiran dan penambahan tekstur. Makanya, John memadukan idea tersebut dengan sniker sukan… well, sekadar mahu memodenkan keseluruhan gaya.
We’re wondering how much would this sneakers go for. Sedangkan sniker Reebok Instapump Fury pun dalam lebih kurang harga RM700 ke atas manakala colorway OG hitam dengan neon pula berharga RM1,600. Terfikir-fikir juga, berapakah harga sniker Reebok Instapump X Maison Margiela Artisanal? Tetapi apa-apa pun, kami ramal sniker ini pasti menjadi ketaasuban tahun ini. Lebih-lebih lagi, si sneakerhead!
Dalam pada couture musim bunga panas 2020 dipersembahkan, menswear musim luruh dingin 2020 turut berlangsung. Dan kami tidak mengabaikan perhatian ke atas kasut-kasut di atas pentas menswear musim luruh dingin 2020. Antara yang kami suka termasuklah sniker futuristik Prada, hasilan Virgil Abloh untuk Louis Vuitton yang menyatukan kasut dress dengan straps dan but berzip inspirasi Judy Blame daripada Dior Men.
Apa pandangan anda?