Posted on April 28, 2020
Mengambil sempena Earth Day atau Hari Bumi sedunia serta untuk memantapkan pemeliharaan alam sekitar, Herschel Supply Co. menunjukkan kekuatan penggabungan tenaganya bersama Starbucks dalam menghasilkan satu himpunan istimewa. Cukup istimewa dan secara eksklusif hanya boleh didapati di stor-stor Starbucks Asia sahaja!
Baik jenama fesyen, kecantikan, gastronomi mahupun industri minuman, semuanya sudah menunjukkan kekuatan sinergisme masing-masing dalam menjaga alam. Mementingkan sustainability sudah menjadi keutamaan atau nombor satu masa kini. Harakah ini yang sudah lama diperjuangkan, di mana ia menjadi lebih ‘galak’ sebelum menjelangnya 2020 sehinggakan tak lagi bersifat paradoks. Bila menjangkah masuk ke tahun 2020, sustainability dibingkaikan sebagai matlamat industri fesyen, kecantikan, permakanan dan minuman.
Starbucks turut melaungkan sustainability. Pada awal tahun 2020, Starbucks mewartakan usahanya dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau juga pembazirannya ke tanah timbus. Mereka juga telah menetapkan hasrat untuk menjimatkan dan memulihara penggunaan air sepanjang ia beroperasi.
Beg sandang Starbucks X Herschel Supply Co. Classic XL dalam gabungan rona hitam dan kelabu, dengan butiran zip berona jingga serta logo Starbucks dan Hershcel saling bertindih! Seperti mana beg-beg Herschel klasik yang lain, ia dilengkapi tali boleh laras dan mesh padding yang menyokong bahagian belakang
Dalam meneruskan lagi ikhtiar ini, Starbucks mengatur langkahnya, bekerjasama dengan jenama beg juga aksesori yang bukan asing lagi dalam budaya street fashion yakni Herschel Supply Co. menghasilkan rangkaian merchandise edisi terhad! Usahasama ini adalah bersempena meraikan Hari Bumi sedunia. Mengutip rekaan-rekaan yang sinonim dengan Hershcel – seperti beg sandang, beg tote dan beg carry – dihiasi oleh logo ikonik Starbucks dan yang menariknya… ditambah lagi motif tulisan tipografi ‘REUSE’ dan ‘RECYCLE’ untuk menyempurnakan rekaan.
Starbucks X Herschel Supply Co. Fifteen Hip Pack dengan motif tipografi ‘REUSED’ juga ‘RECYELE’ yang menghiasi talinya. Rekaan zip berona jingga bersaiz besar, membuatkan ia jelas terlihat
Starbucks bersama-sama Herschel tidak mengabaikan terus elemen stailish dalam rekaan-rekaannya, yang bertujuan untuk membuktikan gaya hidup sustainable juga bisa mencorakkan aspek penggayaan yang fashionable. Sudah tentu, bila menyentuh bab pembikinan pula, setiap beg ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan kitar semula – kiranya Starbucks dan Herschel memberi ‘peluang kedua’ kepada bahan-bahan kitar semula ini. Bahan-bahan kitar semula yang dimaksudkan termasuklah botol-botol plastik (PET) yang terbuang di tanah timbus dan di dasar laut.
Dicipta khusus buat si eco-conscious! Malah proses pembikinannya juga membabitkan inovasi material mesra alam dan memfokuskan kepada rekaan-rekaan klasik atau yang tak makan dek zaman, bagi menjauhi pembaziran.
Sudah mula dijual semalam (27 April), kolaborasi Starbucks bersama Herschel ini boleh didapati di designer stores Starbucks terpilih di Malaysia dan di serata Asia-Pasifik – Australia, Brunei, Kemboja, Hong Kong, India, Indonesia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.
Sudah tentu, tak lengkap jika tidak ada kole kopi klasik Starbucks! Turut tersedia adalah Starbucks X Hershcel Supply Co. Double Wall Mug (12oz) dalam rona gabungan hitam dan kelabu. Kole ini berasaskan rekaan mobility, di mana ia bisa dibawa ke mana-mana, ke tempat kerja mahupun ketika travel
The infamous tumbler! Starbucks X Herschel Supply Co. Double Wall Tumbler (16oz) yang juga dalam rona sama seperti yang lain, dilengkapi penutup berona jingga bagi menampakkan kontras dari aspek rekaan
Apa pandangan anda?