Posted on June 3, 2020
“Thanks, Dad”, “Dad’s An Ace”, “Because He’s as Good as Gold”… lafaz ucapan daripada Tiffany & Co. sempena Hari Bapa untuk merayakan bapa-bapa sedunia! Kata-kata itu terukir bersandarkan himpunan khusus untuk Hari Bapa, yang membariskan aksesori seperti cincin, rantai, klip wang, kafling bersama barang-barang lain seperti kompas, talam serta penggoncang koktel – yang tersedia untuk dijadikan gifting ideas buat si bapa.
Dalam pada kita berjaya melewati hari-hari berkurung bersyarat kini, sempat juga menikmati keriangan musim perayaan Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai. Sungguhpun sambutannya di luar kebiasaan. Rasanya kesekian lama lagi nak berjumpa teman-teman mahupun berkumpul seperti selalu. Namun kita tetap tebar semangat positif, buat yang terbaik untuk memaniskan hari-hari perayaan tersebut. Setelah tamatnya perintah berkurung minggu hadapan (dengan harapan ia tak dilanjutkan), satu lagi hari ‘perayaan’ yang bakal tiba. Hari untuk merai sang hero, seorang ketua dan insan yang selama ini menjadi tunjang utama dalam menyatukan keluarga. Yakni si bapa!
Hari bernama yang bakal tiba pada 21 Jun kelak, Tiffany & Co. menyimbah keseronokan Hari Bapa dengan barisan hadiah-hadiah istimewa. Terbahagi kepada beberapa idea, Tiffany & Co. menyusun produk-produknya – daripada barang kemas seperti cincin, rantai serta gelang daripada rangkaian Tiffany 1837, ke talam Diamond Point dalam rona American walnut, kepada card case Diamond Point yang diperbuat daripada material kulit lembu sehinggalah aksesori gajah kecil dalam perak sterling Tiffany Save serta jam tangan – sebagai pilihan hadiah.
Tiffany & Co. turut menghiasi kempen Hari Bapa ini dengan kata-kata pembakar semangat buat si bapa. “Thanks For Always Leading The Way”, “Because Dad Has the Better Taste”, “Thank Dad For Keeping You on Track” dan beberapa lagi kata pembakar semangat yang mengiringi setiap produknya. Kata-kata ini diolah bukan untuk si bapa sahaja, malah untuk kita agar sentiasa mengingati serta menghargai bapa.
ANTARA PILIHAN GIFTING IDEAS TIFFANY & CO.
Gelang tangan Tiffany 1837
Harmonika, cincin serta rantai Tiffany 1837 & haruman
Gelang tangan, klip wang, pen & cincin Tiffany 1837 Makers
Jam tangan Tiffany 1837 Makers
Kafling Tiffany 1837 Makers
Apa pandangan anda?