Posted on January 5, 2021
Alexander Wang mengeluarkan kenyataan semalam. Menafikan sebulat-bulatnya dakwaan atau tuduhan bahawa Wang melakukan gangguan seksual terhadap beberapa model lelaki serta model transeksual. Dia bertegas, mengatakan tuduhan tersebut “tidak berasas, hanyalah satu rekaan dan tidak benar sama sekali.”
Hmm. Apakah ia sebenarnya adalah cancel culture, yang membabitkan nama-nama besar dan sekarang ia semakin mendahsyat?
Wang menulis kenyataan untuk membersihkan nama di dalam akaun Instagram-nya sendiri, “These baseless allegations were started on social media by sites which repeatedly disregarded the value and importance of evidence or fact checking.” Wang malah menjelaskan yang dia mahu terus telus sepanjang proses siasatan. Dia pula mendakwa semua ini umpama sebaran fitnah di atas talian dan bertindak mahu mencari siapa pelaku tersebut. “I intend to get to the bottom of this and hold accountable whoever is responsible for originating these claims and viciously spreading them online,” kata Wang, yang mengaku dirinya tidak pernah berlaku jijik, apalagi mencabul orang lain. “I never engaged in the atrocious behavior described.”
Bagaimana dakwaan serangan seksual Alexander Wang ini terjadi?
Ia bermula daripada video TikTok yang dikongsi oleh model Inggeris, Owen Mooney dan ia menjadi tular pada bulan Disember lepas. Mooney menceritakan tentang apa yang dilakukan oleh Wang terhadapnya. Mooney ‘tidak bertapis’ dalam membutirkan sebiji-sebiji ceritanya. Kata Mooney, ia berlaku pada tiga tahun yang lalu di sebuah kelab malam di New York. Mooney masih ingat lagi kelakuan ‘seseorang’ datang kepadanya dan menyentuhnya dengan sengaja.
“I was by myself at one point and this guy next to me obviously took advantage of the fact that no one could move and just started touching me up, like, fully up my leg, in my crotch.”
Ia lantas membuatkan Mooney kaku membisu dan dia tidak mampu untuk melawan kerana keadaan yang sesak di dalam kelab malam itu. Asalnya, dalam video TikTok tersebut, Mooney hanya meletakkan “a really famous fashion designer.” Namun dalam video susulannya selepas itu, Mooney melepaskan juga nama pelaku yang dikatakan “a really famous fashion designer” dan rupa-rupanya, ia ialah Alexander Wang.
Video Owen Mooney di TikTok yang mendakwa Alexander Wang mencabul dirinya (atas)
Selepas Mooney tampil mendakwa Wang mencabul dirinya, muncul pula beberapa mangsa yang senasib dengan Mooney dan semuanya membuat kenyataan yang sama mencemuh Wang. Akaun Instagram Shit Model Management (@shitmodelmgmt) menyiarkan beberapa kenyataan – kebanyakannya dakwaan daripada model-model lelaki dan transeksual – yang menjelaskan dan menceritakan pengalaman mereka dicabul oleh Wang. Ia kemudiannya reposted oleh akaun Instagram Diet Prada dan penyanyi Azealia Banks pun turut sama menyuarakan yang Wang selalu melakukan serangan seksual ke atas model-model transeksual.
Lebih buruk lagi, dalam salah satu dakwaan, Wang dikatakan memberi dadah kepada si mangsa tanpa rela sehingga menyebabkan mangsa tersebut mengalami psikosis.
Apa pandangan anda?