SEARCH

Amiaya Twins, Kembar Paling Stailish Di Minggu Fesyen

Amiaya Twins, Kembar Paling Stailish Di Minggu Fesyen

Siapa ikon (or should we say, icons?) stail yang menjadi tumpuan orang masa kini? Kami memperkenalkan Amiaya Twins! Pasangan kembar juga bintang pop duo asal Jepun yang meresap tenaga minggu fesyen musim luruh dingin baru-baru ini dengan lagak, ragam serta canda gaya yang amat berani dan luar biasa.

Pasangan kembar senantiasa menjolok perasaan, menjadi sensasi apakala berlangsungnya minggu fesyen. Trend pasangan kembar masih belum sirna lagi dan mereka tidak lelah galak beraksi untuk menambat tumpuan semua orang. Pasangan kembar pasti menjadi obsesi untuk mana-mana fotografer jalanan dan juga jenama-jenama fesyen antarabangsa. Mereka akan diundang sebagai jemputan utama, datang dalam gaya yang sama atau yang hampir sama, menjadi “wajah utama” di pertunjukan fesyen tertentu. Sehingga menggempakan feed media sosial kita. Barangkali gambaran sebeginilah yang mengilustrasikan dan mewujudkan konsep twinning! Ah, got it.   

Untuk kali ini, munculnya kembar-kembar baharu yang tidak berkeputusan menyemarakkan momentum minggu fesyen musim luruh 2018!

The Olsen Twins, Mary Kate dan Ashley sudah ‘bersara’ dan tidak lagi bermaharajalela sebagai pasangan kembar paling stailish – namun terima kasihlah kepada mereka berdua, kerana berjaya memfesyenkan trend pasangan kembar.

Kehadiran pasangan kembar seperti Cipriana Quann dan T.K Quann dan baru-baru ini, Molly Blustein dengan Reese Blustein yang menjadi percakapan antara yang berjaya mengungguli pasangan kembar lain lalu memegang takhta stylish twins. Kerana kelainan dan keunikan yang ditonjolkan oleh mereka – sama-sama punya cita rasa dalam fesyen. Kita juga ada pasangan kembar stailish versi Malaysia yakni Evangeline Yan dan Cherrie Mun yang sering kelihatan di minggu fesyen ternama.

Dan… sekarang, kami begitu asyik dengan Amiaya Twins, pasangan kembar yang juga bintang pop dari Jepun! Amiaya Twins mencuri perhatian kami setelah menyaksikan kedua-duanya duduk menghiasi barisan hadapan pertunjukan Gucci minggu lepas. Ami Suzuki dan Aya Suzuki berkongsi Instagram yang sama dan biarpun jumlah pengikut masih lagi ratusan ribu (132,000 followers), mereka dijangka akan menjadi kesayangan dunia fesyen kita.

Ami dan Aya hadir dalam rupa yang eksentrik, agresif dan penuh warna. Rambut warna merah jambu yang sedondon adalah identiti mereka. Dari London, ke Milan dan terbang ke Paris, Ami dan Aya are killing it! Bukan sahaja Gucci, mereka berdua menjadi jemputan istimewa untuk pertunjukan-pertunjukan besar yang lain seperti Emilio Pucci, N21, Prada dan Dior.

Nah, usah buang masa kamu. Kita lihat gaya-gaya Amiaya Twins sepanjang bulan minggu fesyen musim luruh dingin 2018!

AMIAYA TWINS, THE STYLISH TWINS!amiaya twins stylish

Di pertunjukan Dior

amiaya twins stylish

Di pertunjukan N21

Sewaktu pertunjukan MSGM

Di pertunjukan Missoni

Di pertunjukan Emilio Pucci

Menyarung pajama daripada Emilio Pucci Pre-Fall 2018

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE