SEARCH

Anna Wintour Menggayakan Floral, Tiba Masa Kamu Pun Pakai Floral

Anna Wintour Menggayakan Floral, Tiba Masa Kamu Pun Pakai Floral

Corak floral atau botani, rona menjerit terang dan serba-serbinya berwarna hitam. Yang mana satu stail kamu? Kami ada satu cadangan : cuba pakai corak floral. Kerana apa? Kerana gaya memakai floral memenuhi jalanan di minggu fesyen New York atau #NYFW! Anna Wintour menggayakan floral juga, sudah sampai masa kamu untuk mempertimbangkan semula opsyen, “Should I wear florals this season?” Jawapannya, ya.

Sudah tentulah, bulan September, minggu fesyen, adalah detik terbaik untuk mencari-cari inspirasi fesyen – yang selalunya dijumpai di sepanjang jalanan, wadah tumpuan yang dekat acara-acara fesyen utama. Dan gaya jalanan New York adalah rujukan terbaik. Di New York-lah akan adanya gerombolan yang bermula daripada gaya ekstrem sehinggalah yang minimum dalam penampilannya. Jadi, kalau kamu, selalunya tergolong dalam gaya yang bagaimana?

anna wintour menggayakan floral nyfw 2020

Setelah memerhatikan gaya Anna Wintour dengan bersungguh-sungguh, semua tahu, gaya dress midi penuh motif Byzantine, corak jaluran berlapis-lapis warna, tekstur tweed mahupun corak warna ala berus angin itu sinonim dengan dirinya. Ada satu gaya Anna yang membuatkan kami terfikir bahawa ia masih lagi relevan dan sememangnya takkan habis lenyap sama sekalilah! Gaya penuh motif floral atau botani.

Anna baru-baru ini, sewaktu menghadiri pertunjukan Carolina Herrera, Tory Burch dan Tom Ford di #NYFW, mengekspresikan floral menerusi penampilannya. Gaya dress sutera yang disempurnakan oleh pengulangan corak bunga juga dress penuh motif floral seakan-akan diolah dalam rupa seni lukis dengan tekstur manik-manik menjadi pilihan Anna. Ya! Dia ‘menaikkan tagan’, menggayakan floral dalam interpretasi baharu. Begitulah caranya pakai floral musim ini. Up the ante, jangan muncul dalam gaya yang terlalu biasa yada yada dan rancang sesuatu yang mempersembahkan kelainan. Misalnya, think of ceraian floral pakai dengan cerian fabrik kulit atau boiler suit yang penuh padat corak floral.

Malah, kalau berani, pakai padanan yang penuh corak floral, dalam rona bertenaga lagi dan pakai aksesori kasut yang juga bercorak floral. How’s that?! Tahniah seandainya kamu punya keberanian begitu. Barangkali, salah satu lagi cara menggayakan floral adalah sentiasa ingat bahawa corak tersebut sering dikaitkan dengan sifat kewanitaan dan semat elemen sensual seperti helaian sheer atau yang show some skin.

Sekali lagi, Anna Wintour menggayakan floral. Tiba masa kamu pula menggayakan floral! Terpulang kepada kreativiti kamu untuk mengunikkan floral. Ingat, jangan terlalu ‘selamat’ dalam menggayakan floral. Di sini, kami susun beberapa idea gaya jalanan #NYFW – gaya floral – yang bisa dijadikan ilham kamu.

 

@natasablair
@newgirlnyc
@tmbtitwi
@thassianaves
@beyondthemag

 

@leonniehanne
@katieismonster
fashionista.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE