SEARCH

Antara Nicole Kidman, Omega & Beijing

Antara Nicole Kidman, Omega & Beijing

Nicole Kidman menyarung dress Schiaparelli, sepatu LK Bennett dan di tangannya jam tangan Constellation Petite Seconde OMEGA

20160928_-qin-lin_-nicole-kidman_-ra_yun-lin_
Qin Lin, Nicole Kidman, Raynald Aeschlimann dan Yun Lin

 

Selama lebih 100 tahun, OMEGA menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghasilkan jam tangan wanita bukan sahaja cantik luaran tetapi hingga ke dalam. Dedikasi jenama ini memadukan elegan dan ketepatan menjadi tema keraian siang dan malam pembuatan jam tangan wanita di Beijing. Keraian ini sungguh istimewa kerana ia disertai aktres tekermuka dunia yang juga duta OMEGA, Nicole Kidman.

Pada siangnya Kidman melawat butik OMEGA di Plaza Oriental yang bukan sahaja stor flagship China dan yang terbesar di Asia tetapi juga salah satu butik jam terbesar di dunia. Di situ juga dia bertemu Presiden dan CEO Raynald Aeschlimann yang memperkenalkan jam-jam tangan terbaru wanita termasuklah Master Chronometer yang dibuat khusus untuk wanita, Constellation Petite Seconde. Jam tangan halus buatan dengan dial mother-of-pearl Petite Seconde memaparkan subdial ‘small seconds’ bersama empat penunjuk berlian pada jam sembilan.

omega_beijing-boutique_-nk_ra_01
Nicole Kidman bersama Raynald Aeschlimann di butik Omega di Plaza Oriental

 

Kidman menjadi duta OMEGA sejak 2005 bercakap tetang hubungannya dengan jenama Swiss ikonik ini, “Hubungan saya dengan jenama ini sungguh indah. Saya benar-benar percaya dengan OMEGA.” Pada malamnya Kidman menyertai keraian istimewa OMEGA di ‘jantung’ Beijing. Dia menghadiri majlis dalam persalinan Schiaparelli dan sepatu LK Bennett pada tangannya tersarung Constellation Petite Seconde.

Melawat Beijing hampir 20 kali, Kidman masih teruja mendatangi kota ini. “Saya berasa kota ini bagai rumah kedua saya.” Jam-jam tangan wanita dari pelbagai era dipertontonkan kepada tetamu malam itu termasuklah Ladymatic, pilihan Kidman untuk melewati permaidani merah setiap masa.

20160928_-nicole-in-beijing_06
Nicole Kidman dikerumuni jurugambar dan paparazi di majlis keraian malam

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE