Dress, DVF
Fotografer : Edmund Lee Sitting Editor / Teks : Ardi Idewani Zaini Arahan Seni / Konsep : Ashura Hakim
Solekan : Emmy Agung Rambut : Bibian Leong Model : Shanis
Bulan ini, kami di STAIL.MY, sederap melangkah mempersiapkan diri merai kesedaran keganasan rumahtangga dalam Antidot. Mengialkan satu sandiwara yang bermula daripada episod pahit seorang perempuan, yang tidak cuak memperkasakan dirinya menyanggah si lelaki yang tidak mencintai kedamaian. Perempuan yang tidak akan membiarkan kehidupannya dijahanamkan oleh seorang lelaki!
Dia sebenarnya adalah seorang matriark. Yang seharusnya diagungkan dan menjadi puspita hati. Saat dada si lelaki membusung dengan kebuasan dan kegusaran mula membakar, lalu mencela, mencacatkan si suri rumahtangganya, wanita jangan bergeming. Keep on fighting! Dan jadilah seorang srikandi!
Dress, Tory Burch
STAIL.MY mempersembahkan… Antidot.
Di balik dinding rumah, tak siapa tahu sifat buas si lelaki. Berselaput manis, tetapi isinya bak hempedu. Cinta yang mati menghiris hati si perempuan sehingga luka. Mengganasi perempuan yang sepatutnya dihormati sebagai seorang insan. Untuk apa? Kesenangan diri? Pabila si perempuan tentang, ditunjangi sokongan moral, akhirnya perbuatan khianat lelaki ketahuan juga.
Dress, Michael Kors
Dress, Kate Spade
“You’re not in his arms, you’re in his hands.” Si perempuan beri segala-galanya. Demi mengisi kelowongan hidup si lelaki. Apabila kejahatan menyusup ke dalam telinga lelaki dan si perempuan diperlakukan sebegini rupa, ia tidak wajar. Dikasari dan dipukul itu bukan bukan sifat kelelakian!
Dress, Kate Spade
Dress, Tory Burch
Tidak lagi terkapai-kapai dalam kemelut yang merenggut nyawa dan tidak lagi terkunci. Tak usah gentar pabila keluar daripada genggamannya.
Dress, Bottega Veneta
Celup harapan ke dalam dada. Ada sinar menanti. Jangan terlalu rapuh, sebaliknya lawan. Gunakan suara sebagai senjata. Nyalakan semangat dalam jiwa, buktikan diri bukan seorang yang lemah. Jangan berdendam. Be the bigger person. Terbitkan digniti yang mampu menepis kedayusan si lelaki.
Dress, Bottega Veneta
You’re
not
alone
Dress, Calvin Klein Jeans
Pada bulan yang bernama ini, lihat representasi-representasi wanita yang tidak takut bersuara. Mereka yang tidak gentar menyimbah semangat keadilan menerusi Woman’s March mahupun Christine Blasey Ford yang berani kerana benar. Yang menggemilangkan kehebatan wanita. Inilah yang kita mahu! Dan ini adalah era wanita-wanita punya kuasa mampu menumpurkan kedurjanaan.
Leave a Reply