SEARCH

Anugerah Skrin 2017 ‘Diselamatkan’ Oleh Nabila Huda, Nad Zainal Antara Yang Kaut Best Look Malam Itu

Anugerah Skrin 2017 ‘Diselamatkan’ Oleh Nabila Huda, Nad Zainal Antara Yang Kaut Best Look Malam Itu

Jujur saya tidak menonton Anugerah Skrin 2017 malam minggu lepas. Mungkin sebab saya tidak terhidu bila tarikh acara itu dan seumpamanya. Mujur rakan sekerja saya, Zaidi Che membuat coverage tentang Anugerah Skrin malam itu dan dalam masa coverage itu dilakukan, sempat dia memuat naik gambar aksi si ‘kupu-kupu’, Nabila Huda di atas karpet merah dalam Instagram.

Nabila Huda muncul dalam sut warna kuning mustard keperangan besar longgar dan tersarung kaca mata bentuk bingkai cat eye. I was like… “that’s ultra cool!” Saya puji look Nabila malam tersebut kerana sangat lain dan tidak menjenuhkan. Saya fikir, itulah caranya kalau membuat kemunculan di atas karpet merah. Tampil dalam gaya yang bisa menggoncangkan sanubari!

Malam Sabtu kelmarin, memperlihatkan satu lagi acara terpenting buat industri hiburan tanah air kita. Anugerah Skrin 2017 yang berlangsung di Putra World Trade Centre, menyuasanai keriuhan yang mempertaruhkan kemenangan nama-nama besar dalam dunia seni lakon, drama televisyen juga filem.

Selebriti di Karpet Merah

Sudah tentu bila ada saja malam anugerah, detik karpet merah dan bagaimana gaya selebriti-selebriti atau pelakon-pelakon kita ke temasya yang dilabel bermartabat sebegini-lah yang menjadi titik tumpuan utama. Setelah melihat satu-persatu gaya mereka, jika saya play safe, saya akan bilang semuanya cantik-cantik, masing-masing hadir dalam gaya tersendiri. Namun, jika saya no filter, saya berani katakan rata-ratanya menimbulkan persoalan “what were they thinking?” menghampakan dan kurang memberangsangkan.

Tak pernah rasa muak ke dengan imej ropol-ropol yang serba tak kena atau helaian berkerawang, pola yang merapu meraban dan rupa dress yang sama sahaja? Usah cakaplah fasal gaya lelaki pula dengan sut potongan ill fitting, penggunaan fabrik yang tak masuk akal juga kononnya cuba mengubah siluet sut lelaki tetapi tidak berjaya. Sekurang-kurangnya, adalah juga Zul Ariffin yang berkeras dengan imej klasik, menyelamatkan prestasi gaya selebriti-selebriti lelaki tempatan.

Berbicara fasal menyelamatkan, menyentuh gaya-gaya hadirin selebriti perempuan ke Anugerah Skrin 2017, beberapa selebriti perempuan ini (termasuk Nabila Huda) adalah savior atau penyelamat malam itu! Nasib mereka ini ada, mengubah malam itu menjadi lebih menarik dengan kehadiran gaya-gaya yang dibanjiri keunikan, berani dan lain daripada yang lain. Siapa mereka? Ini adalah pilihan kami!

ANUGERAH SKRIN 2017 BEST LOOK : JANNA NICKAnugerah Skrin 2017 Janna Nick dalam dress Fatimah Mohsin

Daripada Instagram @fatimahmohsin

Janna Nick memilih gaun kembang daripada pereka Singapura, Fatimah Mohsin. Kami suka dengan penampilan Janna kerana dia ‘menyimbah’ dirinya dalam motif floral bertekstur pada fabrik organza, kelihatan sangat lembut dan poetic. Menurut Fatimah, permintaan hanya dibuat dalam masa dua minggu dan tidak ada proses menyedang yang proper, namun it fits Janna perfectly. Siluet ringkas dan romantik, itulah formula Fatimah untuk dress Janna.

ANUGERAH SKRIN 2017 BEST LOOK : NAD ZAINALAnugerah Skrin 2017 Nad Zainal dalam rekaan Seth And Luna Studio

Daripada Instagram @sethandluna_studio

Kami suka pabila selebriti-selebriti kita mula menghargai penggayaan pantsuit ke acara formal. Camelia in white suit circa 2001, much?  Dan Nad Zainal antara yang tak terlepas daripada menyarung sut putih dan dibalas kemeja emas metalik. Dia nampak cantik, sleek and sharp dan sempurna dari atas ke bawah. Semuanya kelihatan seperti right amount dengan potongan sut dan seluar pun cantik. Kudos buat Nad, kerana memberi kelainan!

ANUGERAH SKRIN 2017 BEST LOOK : NABILA HUDA

Anugerah Skrin 2017 Nabila Huda dalam sut Zakwan Anuar

Daripada Instagram @kupu_kupu

Sekali lagi kami ‘mengungkit’ gaya Nabila Huda di Anugerah Skrin 2017 malam itu. Come on, the oversized suit, the cat eye glasses, the hair, the ‘b***h, I don’t give a damn’ attitude… Nabila slayed it! Nabila menyarung sut daripada Zakwan Anuar dan gayanya ini diatur oleh penata gaya Tym Fatimah. Nabila, kut. Jarang sekali dia menghampakan acapkali ke acara anugerah. Gayanya pasti menawan hati. Inilah ikon fesyen sebenar.

ANUGERAH SKRIN 2017 BEST LOOK : IZREEN AZMINDAAnugerah Skrin 2017 Izreen Azminda dalam dress couture Rizalman

Daripada Instagram @izreen.azminda

Izreen Aminda terlintas di akal kami kali ini. Kerana dia memilih dress couture Rizalman Ibrahim yang membuatkan keseluruhan penampilan nampak classy. Serba hitam, dengan perincian ropol-ropol yang menyerupai bentuk bunga pada badan baju hadapan dan dimadukan bersama siluet dress ringkas. Pandai Izreen memilih sesuatu yang bisa membuatkan mata berhala terus kepadanya, kerana berani mempersembahkan sesuatu yang unik.

 

ANUGERAH SKRIN 2017 BEST LOOK : SHARIFAH AMANIAnugerah Skrin 2017 Sharifah Amani dalam dress Fizi Woo SS 2018

Daripada Instagram @sharifah_amani

Jika mahu menggayakan helaian sarat corak berwarna, rujuk saja cara penggayaan Sharifah Amani! Amani digayakan oleh Min Luna, memakai helaian musim bunga panas 2018 daripada Fizi Woo yang sarat corak Tibet. Dress ini juga lengkap dengan perincian cut-out pada bahu dan skirt layered pleats, tambah-tambah lagi kasut but yang meliputi kaki malah beg lilit pada pinggang menjadikan imej Amani ultra-moden. Pada hemat kami, ia nampak segar.

ANUGERAH SKRIN 2017 BEST LOOK : RAJA ILYAAnugerah Skrin 2017 Raja Ilya dalam dress Raffiey Nasir

Daripada Instagram @rajailya

Ada ketikanya, dalam mereka dress tak perlu terlalu fokus pada bahagian hadapan sahaja. Manik atau sulaman yang sarat pada bahagian badan depan baju atau skirt dan seumpamanya. Lakukan sesuatu yang ada kelainan dan boleh membuat orang berfikir-fikir. Itulah yang dicapai oleh pereka Raffiey Nasir untuk Raja Ilya. Raja Ilya memilih dress merah menyala daripada Raffiey Nasir yang mempunyai surprise element di badan belakang baju, yakni ‘sculpture’ bunga besar yang seketul sahaja namun berjaya memusatkan perhatian. Raja Ilya menyerlahkan sophistication di fasa yang berbeza!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE