SEARCH

#apaorangpakai: Prada

#apaorangpakai: Prada

Mungkin pada saat Prada mempersembahkan koleksinya setiap musim, banyak yang akan terfikir-fikir apa akan ada orang yang mahu menyarung helaian-helaian yang dipertontonkan? Tetapi bagi saya itu ialah the beauty of a collection. Sering koleksi-koleksi yang tidak terbayangkan cara pemakaiannya itulah yang akan paling cantik pabila disarung. Dan Miuccia Prada antara pereka yang memiliki keistimewaan ini. Saban musim idea dan falsafahnya sering terkedepan berbanding pereka-pereka lainnya. Dia menjangka dan mencipta trend. Dia tidak sama sekali mengikut aliran trend itu. Koleksi-koleksi sebegini jugalah yang akan sering melatari jalanan minggu fesyen dan perhatian yang diraih daripadanya amat luar biasa. Saya membawa kamu melihat helaian-helaian Prada yang terlihat di jalanan minggu fesyen.

Prada3_stailMY

DRESS CETAKAN ARNAB

Tentunya pabila dipersembahkan kali pertama, banyak yang akan berkata, “I’m not so sure about the print.” Nah tapi pabila wanita ini menyarungnya dengan gaya tersendiri sebegini, bukankah ia mencipta statement? Look yang mula-mula terlihat crazy itu kini nampak biasa dan rasanya boleh pula digayakan sesiapa sahaja pun sebenarnya.

Prada2_stailMY

QUIRKY LOOK

Seluruh look ini daripada Prada. Well and it doesn’t look bad at all pabila wanita biasa dan bukan model yang memakainya. Paduan warnanya membuat penampilan wanita ini sungguh quirky. Dan ia bukti bahawa Miuccia bukanlah hanya mencipta look-look nya hanya untuk model semata-mata.

Prada1_stailMY

CETAKAN & EMBROIDERY

Cetakan ini sememangnya amat signature untuk Prada. Ia meraih perhatian daripada kelompok fesyen dunia. Memadankannya dengan skirt embroidery ini mencipta kontras yang cukup berkesan. Print x embroidery. Simply brilliant.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE