SEARCH

Cover Pertama Vogue Ariana Grande, Yay Or Nay?

Cover Pertama Vogue Ariana Grande, Yay Or Nay?

Sejujurnya, tidak pernah tercoret dalam hati saya yang Ariana Grande menghiasi cover Vogue US. Mengimbas kembali cover Vogue US sebelum-sebelumnya, banyak kali membariskan bintang-bintang seperti Lupita Nyong’O, Jennifer Lawrence, Rihanna dan The Kardashians, yang barangkali kegemaran peribadi Anna Wintour.

Pernah juga terdengar-dengar oleh kami bahawa Miley Cyrus hampir ‘duduk’ di cover Vogue US dahulu, namun she was cancelled setelah meligatkan aksi yang menjelikkan di salah satu acara anugerah dan Anna tidak menyukainya. Betul atau tidak… entahlah.

ariana grande vogue us

Ariana Grande menggayakan Khaite di studionya, salah satu gambar dalam Vogue isu Ogos

Antara bintang-bintang pop yang pernah disunting menjadi cover termasuklah Beyonce, Taylor Swift, Lady Gaga dan Katy Perry. Pabila melihat Ari terpilih untuk bulan Ogos ini, ia adalah sesuatu yang tidak dijangka. Pertama-tama kerana ia adalah hasil kerja Tonne Goodman dan mengenali Tonne, dia suka mengubah imej selebriti-selebriti yang pernah muncul dalam Vogue US. Dan Ari, jika tidak silap, pernah mencetus kontroversi sewaktu muncul menjadi covergirl untuk salah satu majalah fesyen kerana tidak membenarkan gaya rambut serta best angle wajahnya diubah. But, it’s Vogue anyway, siapa mahu katakan tidak boleh padanya, kan? Apatah lagi ditata gaya oleh legenda seperti Tonne.

Ari dipersiapkan dalam helaian dress hitam Dior bertekstur kedut-kedutan dan bertali tocang, seraya mengenakan topi lebar bulat besar, rambut pula sedikit keriting – ya tidak ada signature ponytail! – dan berlatarkan suasana pantai di belakangnya. Dia kelihatan seperti duduk bersimpuh di samping anjing kesayangannya, Toulouse.

Bersempena cover terbaru ini, Ariana Grande turut melepaskan single serta video muzik terbaru berjudul ‘In My Head’, kolaborasinya bersama Vogue

Pemilihan Ari barangkali juga kerana dia adalah wajah baharu untuk jenama Givenchy. Dengan bilangan pengikut yang sudah mencecah lebih seratus juta dan lagu-lagunya tengah hangat sekarang – lagu-lagunya banyak kali meraih tempat tiga teratas di Amerika – tambahan pula dia pernah berpacaran sekejap bersama Pete Davidson, memangkin faktor kepada kelayakan Ari sebagai covergirl Vogue US. ‘Grief and growing up’, dalam isu baru ini, Ari turut menyentuh hal yang berkaitan dengan kematian bekas teman lelakinya, Mac Miller serta kejadian bom sewaktu konsertnya di Manchester. Katanya, “I was researching healing and PTSD and talking to therapists, and everyone was like, ‘You need a routine, a schedule.’”  

Namun, tak semua gemar pada cover baharu ini. Ada yang bilang kulit Ari digelapkan sedikit dan agak sensitif. Kerana mereka mengaitkan ia dengan isu blackface atau POC (people of colour). Mengelirukan peminat-peminatnya, sehingga ada yang mempersoalkan adakah dia sudah menjadi individu berkulit gelap sekarang. Ada juga yang mengeluarkan pendapat bahawa Ari kelihatan sedikit tua, tidak menggambarkan usia mudanya langsung. Hmm, apa pula pendapat kamu tentang cover terbaru ini?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE