SEARCH

Astrid Dalam The Politician Adalah Watak Yang Patut Diberi Perhatian #IkonStail!

Astrid Dalam The Politician Adalah Watak Yang Patut Diberi Perhatian #IkonStail!

Watak Astrid Dalam The Politician – harus diperbincangkan! Bukan sebab wataknya yang dingin, jahat lakunya dan pandai mengakali orang, tetapi kerana gaya-gaya yang ditampilkan olehnya dalam setiap episod siri The Politician benar-benar menginspirasikan kami. Watak Astrid adalah watak stailish baharu yang perlu diberi perhatian!

The Politician ialah siri ciptaan Ryan Murphy, keluaran Netflix yang barangkali menjadi ketaasuban baharu binge-watcher sekarang. Siri yang sepertikan merujuk jalan cerita filem Election lakonan Reese Witherspoon, ada sedikit ‘aura’ Mean Girls bercampur sesuatu yang mengingatkan kita pada nada gaya Wes Anderson. Malah, oleh kerana The Politician adalah hasil ciptaan Ryan Murphy, siri ini merawat rindu kita kepada siri Glee – dari aspek lakonan, jalan cerita, runut bunyi dan ‘over-the-top’ rencana jahat pelajar-pelajar sekolah.

Bercakap mengenai jahat, watak antagonis utama dalam siri The Politician, yakni Astrid adalah our new-favourite villain. Astrid Sloan nama penuh watak tersebut dimainkan oleh pelakon Lucy Boynton (ya, teman wanita Rami Malek) pada asalnya mencerminkan karakter tipikal anak manja berambut perang dari California dan anak orang kaya. Namun dalam perkembangan siri tersebut, ia menyaksikan perubahan karakter Astrid yang mempersoalkan hak istimewa ‘orang putih’ keluarganya dan dia beraspirasi untuk berhijrah ke New York, menjadi seorang yang mampu berdikari.

Tetapi, dalam sanubari Astrid, dia masih lagi seorang yang jahat terutama sekali terhadap Payton Hobart – watak protagonis yang dilakonkan oleh Ben Platt – dan dia sanggup mengkhianati bapanya sendiri.

Sungguhpun jahat, Ryan pandai mencorakkan watak yang tidak semestinya kelihatan jahat dari segi penggayaannya. Ryan berganding bahu dengan pereka kostum Claire Parkinson, umpama menyalin gaya Cher Horowitz daripada filem Clueless bertemu arketaip Valley Girl untuk watak yang dilakonkan oleh Lucy. Sementelahan Lucy atau Astrid pula berambut perang kekuningan, kita lihat gaya-gaya rencamnya daripada seorang gadis preppy ke gaya berstokin tinggi paras lutut ke gaya kasual baju panas Fila dan Marc Jacobs sehinggalah matchy sets ala Chanel. Menurut Claire dalam temuramahnya bersama W, watak Astrid banyak dipengaruhi oleh era mod atau sedikit 60an, tetapi dalam nada moden.

In fact, bukan Astrid sahaja yang stailish. The entire The Politician series ini adalah siri yang sangat stailish. Setiap watak diberi penggayaan yang berbeza dan mencerminkan keperibadian masing-masing. Bisa dijadikan rujukan gaya! Ayuh, buat masa ini, kita fokus pada Astrid dan lihat perkembangan gaya-gayanya dalam The Politician.

astrid dalam the politician lucy boynton ryan murphy

Ala-ala gadis Palm Springs bertemu gaya preppy Blair Waldorf

Tipikal gaya perempuan stailish, dalam matchy sets ala Chanel

Babak awal episod pertama The Politician, menggambarkan Astrid dalam dress merah jambu – mencerminkan imej gadis manis, tetapi sebenarnya… jahat!

Bum bag, plaids skirt and knee-high socks. Yasss!

Gaya mod, pengaruh era 60an

Memakai baju panas berhud Fila dalam babak bersenam di atas tangga rumah

Gaya mod yang mengambarkan karakter anak orang kaya

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE