SEARCH

Pengaruh Astrologi Ilham Barang Kemas Astro Dior!

Pengaruh Astrologi Ilham Barang Kemas Astro Dior!

Di celah-celah akal Maria Grazia Chiuri, tak pernah dia menyelindung kesukaan dan sejarah Christian Dior yang sering kali menjadi ilham dalam menghasilkan himpunannya. Kecintaan Christian Dior terhadap seni taman dan menghidupkan balik jaket ‘bar’ antara yang mengacau mindanya sewaktu berkarya.

Dan sebagai legasi Dior, Victoire De Castellane seakan-akan membayangi Maria, melakukan perkara yang sama – di mana Victoire mencungkil pengaruh astrologi yang sebelum ini pernah mencorakkan nama-nama koleksi Christian Dior.

Victoire dan Dior memperkenalkan rangkaian barang kemas yang diberi julukan Astro! Astro yang diambil daripada perkataan ‘astrologi’ adalah himpunan barang kemas yang menyemat ilmu perbintangan sebagai sendi inspirasi utama. Victoire cedok simbol-simbol penting zodiak untuk mereka barang kemas Dior Astro. Antaranya seperti lambang ketam Cancer, singa yang menggambarkan Leo juga dacing yang mempersonifikasikan Libra.

An homage to Monsieur Dior’s superstitious nature, koleksi barang kemas Dior Astro menampilkan 12 simbol-simbol penting zodiak bertatahkan indung mutiara serta emas. Emas 18 karat dan disempurnakan lagi oleh berlian, Dior Astro tidak hadir dalam rekaan-rekaan yang old-fashion. Mengenali Victoire dan identiti rekaannya, dia tidak pernah gagal mengahwinkan sesuatu yang tradisional dengan yang moden. Victoire mengait aspek tersebut pada setiap koleksi barang kemas Dior dan sudah tentulah, himpunan Dior Astro ini menyaingi kemahuan juga kehendak trend semasa.

astro dior

Proses melakarkan simbol zodiak untuk dijadikan loket

astro dior

Memilih acuan – 12 simbol zodiak utama – untuk ditempa pada loket

astro dior

Warna simbol juga dalam rona emas, melengkapi penggunaan emas 18 karat Dior Astro

astro dior

Loket yang bertatahkan indung mutiara dengan simbol berwarna emas, manakala rantainya bersadur emas

astro dior

Rekaan Dior Astro sangat moden dan timeless! Ia tidak mengabaikan faktor usia si pemakai

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE