SEARCH

Ada Apa Di Atelier COS? Dan Bagaimana Hendak Gayakan Sifat ‘Arsitektural’ COS?

Ada Apa Di Atelier COS? Dan Bagaimana Hendak Gayakan Sifat ‘Arsitektural’ COS?

Apa rupanya berada di dalam atelier COS agak-agaknya? Jenama yang berjaya melumpukkan penggemar-penggemar tegar, yang tahu menghargai nilai ‘arsitektural’-nya, yang tidak pernah menolak disiplin rekaan bersih minima dan yang menjelmakan seni sebagai sandaran gaya, masakan tak menjentik perasaan untuk berada di dalam bengkel tempat terhasilnya semua aspek tersebut.

COS membenarkan tempurung minda kita berimaginasi, menerobos masuk ke dalam atelier-nya yang digambarkan dibentengi dinding gelas, terletak di aras empat bangunan bersejarah di London. Inilah ruang untuk pereka-pereka in-house COS berkarya juga tempat tukang potong polanya bekerja. Umpama sama dengan mana-mana atelier, atelier COS memperlihatkan ruang kerja yang menampung proses-proses kreatif seperti seni kraf, proses menjahit, proses melakar sehinggalah penghasilan pakaian-pakaiannya.

ATELIER COS MEMENTINGKAN ‘0 WASTE’

COS seia sekata memperjuangkan aspek yang menjadi harakah hampir segenap industri fesyen yakni sustainability. Dalam menyahut seruan zero waste, COS bertindak dengan cara kerja berlandaskan usaha sama. Di atelier COS, mereka membudayakan menghasilkan prototaip terpilih sahaja dan tujuannya adalah untuk menyusutkan penggunaan material – sepanjang proses penghasilan sampel.

atelier cos

Dalam meneruskan budaya sustainable, pasukan COS mempertingkatkan cara kerja di atelier dengan menyelit sekali aspek-aspek digital. Termasuklah mewujudkan ‘konsep’ akses kamera yang merakam proses menyedang secara langsung, yang menghubungkan ia ke produksi antarabangsa (dengan negara-negara lain) dan oleh itu, ia sekali gus tidak mencipta segregrasi antara pasukan global dengan lokal.

Jati diri COS meneladani atelier-nya sendiri – bersifat kontemporari. Di mana elemen-elemen atelier yang lazim seperti pereka-pereka in-house serta tukang potong pola dipelihara, namun tidak mengabaikan kemodenan atau kekinian seperti proses-proses yang mendukung kepentingan teknologi tinggi. COS mementingkan perkembangan produk terlebih dahulu di mana ia menjadi keutamaannya. Pereka-pereka in-house juga tukang potong pola diberikan masa untuk meneliti kerja masing-masing, tidak terburu-buru dalam melaksanakan hasilan dan mereka juga tidak dipinggirkan dalam hal bereksperimen atau berinovasi dari segi menaruh idea ke atas sesuatu rekaan. Dengan cara itu, ia melancarkan perkembangan produk – aspek utama COS.

Pabila digabung padan dengan kekinian teknologi seperti teknik tiga dimensi yang memperlihatkan rupa rekaan seperti pola atau sampel, ia menghasilkan sesuatu yang memiliki nilai kualiti tinggi.

COS MUSIM LURUH DINGIN 2019

 

Sebagai tanda penghargaan buat kreativiti atelier COS, kami mengemukakan satu tip stail COS-from-head-to-toe – menggunakan ceraian-ceraian pakaian serta aksesori COS daripada himpunan musim luruh dingin 2019 – yang bersandarkan idea penggayaan ‘arsitektural’.

FEMININITY DECONSTRUCTED

 Gayanya berteraskan kewanitaan, namun dikemaskini mengikut identiti ultra-moden COS. Dress ribbed regang panjang tersarung bersama skirt lipat dua – mirip stail skirt over shirt – daripada dua rona berbeza. Kasut baji berupa sifat rekaan streamlined bersama subang yang sama nada rekaannya dengan kasut, menambahkan keunikan.

DIGITAL WORKSPACE

Inspirasi gaya kerja, tetapi dalam era digital dan teknologi tinggi. Kemeja blaus putih dipakai dengan skirt wrap fabrik wool mélange yang keras kejung sifatnya. Gabungan rona asas bagi mewujudkan konsep futuristik. Kasut brogue rata, subang abstrak serta beg cross-body berpad adalah pelengkap gaya.

BALLERINA 3.0

Mendukung idea gaya penari balet, seluar ribbed sama sendat panjang diserasikan dengan ceraian bolero cropped. Apa yang menjadikan gaya ini lebih menarik adalah padanan aksesori rantai yang unik bentuknya bagi mencipta statement.

THE MODERN SCOT

 Untuk gaya lelaki. Sebaik COS mengeluarkan ceraian apron untuk lelaki, ia terus menerbitkan satu idea gaya baharu lelaki berilhamkan gaya Scottish, tetapi moden. Apron dipakai bersama baju panas kolar tinggi ribbed, disempurnakan oleh aksesori beg geometri dan kasut but square-foot.

BLURRED LINES

Gaya maskulin lelaki tak lagi bertunjangkan kebiasaan. Jaket (dengan drawstring boleh laras) yang bersifat kelelakian dipadankan dengan seluar korduroi bersaiz besar yang hadir dalam rona berbeza. Ribbed vest dipakai di dalam bersama aksesori beg shopper bertekstur laser-cut bagi menghidupkan kontra.  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE