SEARCH

Yesterday Was The 17th, B Series Burberry Baru Dilepaskan

Yesterday Was The 17th, B Series Burberry Baru Dilepaskan

Datangnya ia saban bulan. Berkelantasan ia dilepaskan apabila hadirnya tarikh tanggal 17 hari bulan, setiap bulan. Apakah ketaasuban dia terhadap nombor 17… barangkali nombor bertuahnya. Bersedia, kerana sekali lagi Riccardo Tisci menampilkan ‘B Series’ Burberry pada 17 Disember (semalam), yang kali ini menyemarakkan bendera Union Jack dan motif Monogram Burberry!

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, 17 adalah nombor bertuah Riccardo Tisci. Sewaktu dia mengepalai Givenchy sebelum-sebelum ini sehinggalah mengetuai Burberry sekarang, merata rawa angka 17. Malah Instagram handle Riccardo juga tersisip angka 17 tersebut –@riccardotisci17.

b series burberry

Debut Riccardo untuk Burberry dipertontonkan pada 17 September yang lalu. Diikuti oleh pelancaran 24 jam koleksi kapsul kemeja T hitam Thomas Burberry menerusi platform media sosialnya, kemudian pelepasan B Series pertama pada 17 Oktober. Koleksi kapsul B Series yang kedua pula pada 17 November. Dan semalam, keluar B Series terbaru.

Menurut apa yang ditulis oleh Vogue.com, faktor yang mendorong Riccardo menampilkan koleksi kapsul setiap bulan ini adalah sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan komunikasi yang berterusan dengan pelanggan-pelanggannya.

Edisi pertama B Series Burberry mencorakkan rekaan-rekaan uniseks – kemeja T putih serta baju-baju panas yang menampilkan motif TB (Thomas Burberry) dalam rupa monogram merah yang diolah oleh Peter Seville. B Series edisi Disember tidak disempadani oleh jantina sekali lagi dan menggemilangkan rekaan-rekaan uniseks.

Edisi terhad yang diilhamkan oleh koleksi debut Riccardo, dengan corak atau motif bendera Union Jack pada jaket bomber dan kemeja T lengan panjang yang dilengkapi corak Monogram Thomas Burberry berona hitam penuh. Koleksi B Series bulan Disember ini boleh didapati bermula jam 12 tengah hari semalam, secara eksklusif di Instagram, LINE dan Kakao milik Burberry untuk selama 24 jam! Ia juga disediakan dan dijual menerusi platform WeChat Burberry pada jam lima petang.

b series burberry

So, you only have like what… few hours left to get these pieces! Get them now! 

SIAPA SELEBRITI-SELEBRITI YANG SUDAH MENGGAYAKAN REKAAN-REKAAN ‘B SERIES’ BURBERRY?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE