Posted on April 15, 2021
Penampilan BAFTA Red Carpet siapa yang berbaloi untuk dibincangkan? Meski bukan semua menghadirkan diri (kebanyakan hanya mengambil gambar dari mana mereka berada sahaja), semua masih tampil cantik berdandan dan menyarung helaian designer. Tetapi tidak semua wajar disebut.
Anugerah British Academy Film Awards (BAFTA) berlangsung dua malam berturut-turut pertama kali di Royal Albert Hall tahun ini. Malam pertama adalah bagi mengiktiraf bakat-bakat teknikal dalam bidang perfileman manakala malam kedua adalah untuk pelakon dan insan-insan di belakang tabir. BAFTA kali ini juga tidak ada penonton di auditorium. Tetapi sesetengah calon masih hadir untuk memberi sokongan.
Dari segi penampilan dan fesyen, BAFTA sememangnya terkenal sebagai lapangan aktor bergaya berani dan kreatif kerana ia berlangsung di negara yang terkenal dengan ciri quirky dan ‘out there’. Sayang sekali tahun ini, banyak yang bergaya muted dan selamat mungkin kerana semangatnya tidak cukup tinggi disebabkan pandemik. Apa pun ini lima BAFTA Red Carpet worth talking about?
Apa pandangan anda?