SEARCH

Bag Charms Untuk Seberhana Gaya, Melengkapkan Akhir Tahun 2017

Bag Charms Untuk Seberhana Gaya, Melengkapkan Akhir Tahun 2017

Aksesori atau pelengkap gaya bagi menyudahkan tabir 2017 menurut pilihan kami kali ini adalah bag charms! Tak terkandung dalam ingatan kami untuk meletakkan bag charms sebagai fokus utama – barangkali terlepas, terlalu menaruh perhatian terhadap beg – jadi sekarang, ayuh, mari berbicara fasal bag charms.

Bag Charms Gigi Hadid Fendi

Ada sesuatu fasal bag charms yang membuatkan ia tergolong dalam aksesori harus dimiliki tahun ini. Kami suka dengan idea bahawa bag charms mempersonifikasikan personalization atau signature dan mungkin juga bagaimana ia mengubah stail beg itu daripada boring to interesting. Jenama Fendi (secara peribadi) antara yang menyegarkan semula perspektif mengenai bag charms sebelum-sebelum ini. Memunculkan rekaan-rekaan beg yang keanak-anakan dan terpaut sekali bag charms yang mempunyai karakter comel, menerbitkan satu kegilaan tentang menjadikan bag charms trending masa itu.

Ia memberi satu kelangsungan buat pereka-pereka atau jenama-jenama lain turut sama mereka bag charms yang kelihatan fun, playful dan lucu sebagai aksesori utama buat perempuan.   

Bag Charms Gucci

Fendi sudah tentulah tidak menghentikan kesemarakan bag charms sebagai aksesori perempuan mesti ada. Kemudiannya, Coach juga ada menampilkan bag charms dengan estetika yang mengiringi temanya saban musim – musim dingin ini menampilkan rekaan reptilia pupus seperti Rexy dan juga sifat dongeng unicorn. Malah Prada pun menterjemahkan rekaan ‘aneh’ seperti robot dan furry icons pada bag charms, mencipta karakter yang tersendiri.  

Ditambah lagi dengan faktor rekaan beg tangan sekarang semakin quirky, nakal malah flamboyant, membenarkan aturan gaya yang mencabar daya kreativiti. Terkadang beg tangan serba ringkas dan berupa ‘polos’, jadi sempurna gayanya jika bag charms disertakan untuk menghiasi. Ia ‘mencuri’ limelight keseluruhan look itu. Bukan penyeri semata-mata, tetapi menyuntik keunikan. Ok, we have a huge crush on bag charms!

BAG CHARMS 2017 YANG HARUS DIMILIKI!

You May Also Like

Leave a Reply