SEARCH

Bajet 2019 : #STAILMYBundleChallenge Ke Tiga ‘Thrift Shop’ Lembah Klang!

Bajet 2019 : #STAILMYBundleChallenge Ke Tiga ‘Thrift Shop’ Lembah Klang!

Tim editorial STAIL.MY memasang niat dan menyimpan hasrat untuk menjaga bajet masing-masing masuk tahun 2019 ini. Kerana memikirkan komitmen yang bertimbun-timbun dan serasa masa hadapan juga harus terjamin. Bukan itu sahaja, malah tahun 2020 yang tak lama lagi merapat membuatkan kami mahu menyahut cabaran wawasan 2020 Tun M, biar tahun hadapan kelak akan memuncak kegembiraan!

Dalam perbincangan tentang masa hadapan dan menyusun bajet, pada masa sama, teringin juga kami untuk mencuba gaya atau stail baharu bersempena merai awal tahun 2019 ini. Sungguhpun masing-masing berkelakuan matang memikirkan rencana kehidupan, tidak mahu juga meminggirkan satu-satunya aspek yang saya kira sama pentingnya buat tim editorial STAIL.MY – that is, a new wardrobe!

Kami mengemukakan satu idea bernas – yakni ‘membeli-belah’ di kedai-kedai barang terpakai atau lebih senang kita kenal ia sebagai kedai-kedai bundle! Yang pastinya tidak akan menyesakkan kami dengan perbelanjaan tinggi. That’s for sure. Berjalan-jalan sehingga menemukan kedai bundle terbaik, memborong baju-baju, jaket-jaket atau seluar-seluar yang menepati selera dan paling penting, tidak perlu kami mengeluarkan duit lebih.

Kami yakin, item-item yang termasuk dalam wishlist kami bisa dijumpai ‘tertanam’ di balik longgokan pakaian-pakaian terpakai di kedai-kedai bundle yang umpama gedung khazanah. Di mana mesti ada yang mencapai look pilihan kami dan kalau tidak pun, yang seakan-akan menyaingi look tersebut.

Pengembaraan #STAILMYBundleChallenge mencari kedai-kedai bundle terpilih dan membeli item-item yang memimik gaya atau stail yang kami rujuk menerusi Google, Pinterest mahupun Instagram pun bermula! Untuk siri pertama ini, kami memusatkan perhatian kepada tiga gedung bundle di sekitar Lembah Klang dahulu – JBR Bundle di Sri Damansara, Baden Baden Bundle di Setapak dan Family Bundle di Ampang.

Apa yang menjadi cabaran utama kami ialah memborong pakaian-pakaian tidak boleh lebih daripada RM 50! Seandainya terlebih, bermakna dia gagal dalam pertaruhan ini. Dan dalam setiap pembelian itu, mesti ada satu ceraian atau helaian yang menjadi item utama dalam keseluruhan look tersebut.

Jadi setelah tamatnya pengembaraan #STAILMYBundleChallenge, saya menyoal tim editorial, apakah mereka berpuas hati dengan pencarian mereka?

bajet 2019 #stailmybundlechallenge tip stail

ASHURA HAKIM, Pengarah Kreatif STAIL.MY – “Saya mencari blazer oversize yang saya jadikan sebagai item utama dan mahu pakai bersama seluar slek labuh serta kemeja T putih biasa. Saya mencari stail workwear yang boleh bertukar kepada gaya parti mahupun yang kelihatan semi-kasual. Akhirnya, saya jumpa juga the entire look di JBR Bundle. Jumlah pembelian saya hanya RM 20 sahaja! Saya sangat berpuas hati. Malah, saya tidak kisah berbelanja lebih di JBR Bundle.”

RYAN MOHAMAD, Pengarang Gaya Hidup STAIL.MY – “Saya terpengaruh dengan gaya jalanan Kanye West – yakni jaket puffer yang besar, tebal dan proportion yang melebihi daripada saiz tubuh sebenar. Jadi, saya mahu mencari jaket tersebut sebagai item utama saya. Setelah discover JBR Bundle, saya dapat membeli dua jaket oversized di bawah harga RM 50 dan bagi saya, itu sudah memadai. Saya tidak sangka dapat menemukan look yang menjadi sasaran utama saya.”

ZAIDI CHE, Penulis Budaya STAIL.MY – “Gaya-gaya ke festival muzik adalah rujukan saya. Contohnya, kemeja dengan motif jaluran, kemeja T dengan corak grafik kartun bersama seluar trek sukan. Item utama saya adalah kemeja motif jaluran itu. Saya harus katakan bahawa JBR Bundle adalah yang terbaik. Seleksi di sana bermacam-macam. Harga pun berpatutan. Tidak menyesal saya berbelanja di JBR Bundle.”

 

AMIRA AZMAN, Penulis Kecantikan STAIL.MY – “Saya merujuk gaya streetwear ala-ala stail Kpop! Contohnya jaket adang angin atau jaket denim bersama kemeja T besar dan skirt denim. Item utama saya? Sama ada kemeja T atau jaket. Saya berjaya menjumpai item-item pilihan di JBR Bundle dan juga Family Bundle. Harga-harganya pula tidak melebihi RM 50, jadi kiranya untuk satu look itu saya jimat banyak. Bayangkan kalau bajet dalam lebih kurang RM 100, mesti macam-macam boleh dibeli, kan?”

SYAFIQAH ALKAF, Penyumbang STAIL.MY – “Pengaruh streetwear mengalir dalam diri saya sewaktu mendengar fasal cabaran ini. Saya terus merujuk gaya-gaya jalanan di Pinterest dan saya mahu mencari item-item seperti jaket, mom’s jeans juga topi. Item utama adalah jaket. Bagi saya, JBR Bundle dan Family Bundle adalah antara yang terbaik dalam cabaran ini. Harga murah dan banyak pilihan. Cuma kena rajin sedikit dalam mencari-cari item yang kita mahu. Sebab terlalu banyak pilihan!”

Untuk diri saya sendiri pula? Saya mahu mencari blazer bersaiz besar, ala-ala blazer 80an – kerana trend musim bunga panas 2019 memperlihatkan trend blazer besar kembali! – dan pakai bersama jean lusuh juga kemeja T ringkas. Sudah tentulah blazer bersaiz besar itu menjadi item utama saya.

PENDAPAT KAMI TENTANG TIGA GEDUNG BUNDLE INI?

JBR BUNDLE, SRI DAMANSARA

JBR Bundle di Sri Damansara adalah gedung terbaik! Ia sangat luas, besar dan tersusun rapi variasi pakaian – baik blazer, sut, seluar slek, jean, kemeja T, kemeja kerja, blaus, dress, topi, kasut dan macam-macam lagi. Membuatkan kami rambang mata! Terbahagi kepada dua seksyen yakni seksyen item-item high end di aras dua dan item-item dalam harga kedai bundle biasa di aras bawah. Pencarian #STAILMYBundleChallenge boleh dihabiskan seharian di JBR Bundle. Kerana segala item yang kami cari ada di JBR Bundle. Tambahan pula, harga-harganya murah dan berpatutan. Saya dan Ashura berjaya membeli blazer bersaiz besar yang hanya berharga lima ringgit sahaja, manakala Ryan terus menemukan jaket puffer labuh dalam harga RM 20. Oh, JBR Bundle juga ada seksyen menjual barang-barang dekorasi rumah dan alat-alat mainan.

BADEN BADEN BUNDLE, SETAPAK

Sejujrunya, kami tidak menjumpai apa-apa yang kami cari di Baden Baden Bundle di Setapak. Barangkali item-item yang menepati stail yang kami cari itu tidak ada di Baden Baden Bundle. Gedungnya juga luas, terdiri daripada dua tingkat- tingkat bawah pakaian-pakaian perempuan serta barang-barang antik untuk dekorasi rumah dan tingkat dua pula adalah pakaian-pakaian lelaki seperti kemeja, kemeja T, jean, seluar trek, topi juga kasut. Tidak banyak pilihan dari segi jaket atau blazer bersaiz besar. Malah Zaidi juga tidak menjumpai seluar trek yang dia cari dan Amira pun tidak menemukan apa-apa di sini. Harganya ada yang agak mahal, ada juga yang berpatutan. Terpulang, seandainya kamu pandai cari, mungkin tuah menyebelahi kamu.

FAMILY BUNDLE, AMPANG

Jangan keliru dengan sign board Family Mart, ya! Sign board Family Bundle di Ampang juga dalam rona hijau, biru dan putih. Lol! Hanya didirikan dalam satu tingkat sahaja dan terletak betul-betul di bahagian corner jalan simpang empat berdekatan Ampang Waterfront. Family Bundle adalah antara gedung bundle yang saya suka pergi. Variasi pakaiannya bermacam-macam juga. Family Bundle adalah gedung terbaik untuk mencari jaket adang angin ala-ala 90an, jean-jean 80an, seluar-seluar slek kerja dan kemeja-kemeja kasual. Harganya bermula daripada yang paling murah – semurah lima ringgit – sehinggalah yang harga sedikit mahal. Hmm, I would say, Family Bundle is like, in between. Ada juga pakaian-pakaian unik yang kamu bisa jumpa di sini, namun kadang-kadang, ada juga waktunya kamu tidak memperoleh apa-apa. Ikut musim juga.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE