SEARCH

Baju Kahwin 2018 Yang Mempamerkan Kebaharuan, Moden & Segar

Baju Kahwin 2018 Yang Mempamerkan Kebaharuan, Moden & Segar

Rona lembut yang mewarnai baju kahwin atau nikah selalunya adalah pilihan sempurna. Memaniskan rupa, melambangkan mulus dan tanda kesucian juga menggambarkan santun pengantin. Kata orang, memakai rona lembut untuk berkahwin terutamanya untuk si pengantin perempuan itu selamat dan memang benar pun. Sesuatu sudah menjadi adat dah, memakai rona lembut di hari pernikahan.

Adakah ia satu kemestian? Sebenarnya tidak. Ia hanyalah ikutan aliran saja. Contohnya seperti rona putih. Jika diikutkan sejarah, putih untuk si pengantin perempuan adalah kemantapan idea Barat sedari era Ratu Victoria lagi. Keturunan sebelum sehinggalah ke zaman Ratu Victoria, baju kahwin putih diperkenalkan sewaktu Princess Charlotte bernikah pada 1816. Dalam sesetengah aspek, kod dress putih itu untuk tidak menimbulkan kekeliruan antara pengantin dengan tetamu-tetamu yang datang.

Malah seperti yang dinyatakan awal-awal tadi, putih mencerminkan kesucian, stabiliti dan keperawanan. Dalam agama Islam pun begitu di mana putih juga bersangkutan dengan kesucian, cahaya dan kebahagiaan.

Jadi seandainya kamu berkahwin kelak, memikirkan opsyen warna apa hendak dipakai pada hari istimewa tersebut – mahu pakai merah terang, hijau garang, ungu kundang – then, think again. Mengapa ada pereka-pereka fesyen yang menegaskan warna putih adalah pilihan terbaik untuk baju kahwin dan itulah sebabnya.

Namun itu terpulang dengan cita rasa masing-masing, jika mahu pakai warna apa di hari pernikahan. Tetapi, lebih baik stick to rona-rona lembut. Sekurang-kurangnya rona-rona seperti ivory dan champagne. Percayalah, rona-rona sebegini menyerlahkan kecantikan dan keindahan rupa.

Tetapi usah sempitkan diri apabila bercakap tentang baju kahwin. It’s 2018. Idea rekaan atau gaya baju kahwin kini seharusnya lebih meluas, bukan sekadar gaun panjang mengikut bentuk tubuh dan potongan klasik. Rekaan baju kahwin itu tidak terbatas dan bisa menghidupkan inovasi. Di sini kami kongsikan enam baju kahwin 2018 yang ultra-moden, baharu dan unik yang mungkin boleh dijadikan rujukan!

6 baju kahwin 2018 yang moden & segar!

baju kahwin moden 2018

BEE SHAFFER

Bee Shaffer menyarung gaun renda Dolce & Gabbana, leher V dan berwarna ivory. Potongan rekaan sampai ke paras buku lali, rekaan romantik dan menggambarkan ketradisionalan Itali ini sesuatu yang sangat luar biasa.

CHANEL IMAN

 Zuhair Murad menjadi pilihan Chanel Iman di majlis perkahwinannya. Chanel memakai ‘Camila’ daripada himpunan Zuhair Murah yang menampilkan bolero singkat, applique tiga dimensi dan potongan skirt labuh menudungi kaki.

CAROLINE BRASCH

 Caroline Brasch kata, majlis pernikahannya semua DIY. Malah baju kahwinnya mencerminkan imej prairie dan nampak sangat dreamy. Pereka fesyen Cecilie Bahnsen bertanggungjawab ke atas rekaan baju renda berlengan puff, ringkas dan disempurnakan dengan poket sekali.

baju kahwin moden 2018

CHIARA FERRAGNI

 Gaun Dior yang Chiara Ferragni pakai untuk perkahwinannya ini sungguhpun seperti biasa, namun rekaannya moden. Bayangkan 400 meter fabrik digunakan dan lebih kurang 1,600 hours of work dihabiskan untuk menghasilkan gaun ini. Potongan atas yang mengikut bentuk tubuh dibalas skirt kembang bawah berjaya memperlihatkan kebaharuan.

LOLITA JACOBS

 Ini adalah baju nikah yang sangat-sangat unik! Sekadar berkemeja putih paras punggung dan veil. That’s it. Lolita Jacobs memilih kemeja putih poplin daripada Azzedine Alaia dan dia padankan bersama kasut flat sahaja. Mudah. Jadi, pernah terfikir pakai kemeja putih untuk kahwin nanti?

KESHA WARD

 Jika masih mahu menggayakan sesuatu yang klasik dan dramatik dalam masa yang sama, rujuk baju nikah Kesha Ward. Cape labuh mencecah lantai yang dipakai bersama rekaan baju bustier ini menghidupkan karakter yang strong dan regal.  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE