Posted on June 16, 2021
KEMEJA DARIPADA MOSCHINO
FOTOGRAFER : AZIM MAHAYUDIN (AM STUDIO) SITTING & PENATA GAYA : ARDI IDEWANI ZAINI
SOLEKAN & RAMBUT : FENDI SANI MODEL : JASMIN SANGAWE (DARIPADA NUROBIN MODELS)
KARDIGAN, TALI PINGGANG & KLIP RAMBUT DARIPADA GUCCI
“balance”
JAKET DARIPADA COACH
It is all about balance. Saban waktu kita melayani hati dan fikiran. Segalanya bertitik tolak daripada ‘hal’ yang membuatkan sedunia melarat sampai kini, dan sejelas mungkin ia telah mengusik diri. Sesungguhnya, ‘sakit’ itu mencorakkan kita – sebagai makhluk yang mempunyai akal budi – untuk memilih. Dalam sanubari, tercungkil pilihan hidup. “Yang mana satu kamu?” Antara menjadi girang atau pilu, antara tertib atau rakus, antara keterbukaan atau parokial, antara waras atau gila… bermula daripada kepincangan lalu bertukar menjadi keseimbangan.
DRESS DARIPADA BOTTEGA VENETA
Bersama wajah baharu, JASMIN SANGAWE, membingkaikan ideogram dan memerihalkan makna keseimbangan dalam lembaran fesyen bulan ini!
DRESS DARIPADA MSGM & GELANG TANGAN (SEBAGAI AKSESORI RAMBUT) DARIPADA GUCCI
DRESS & TALI PINGGANG DARIPADA FENDI
Antara dua sahaja.
“WORK – LIFE
FIZIKAL – MENTAL
WANG – KUASA
OPTIMIS – PESIMIS
OBEY – DEFY”
TALI PINGGANG (SEBAGAI AKSESORI RAMBUT) DARIPADA GUCCI
JAKET DARIPADA MSGM, BEG TANGAN DARIPADA FENDI & GUCCI
Keadaan yang memburu kita, lalu menunaskan dilema moral. Ia terarah kepada penilaian diri. How do you find balance in life, after the pandemic? Apakah kamu akan terkadang patuh, terkadang akan langgar sahaja demi kepentingan diri? Kebaikan yang tersisip sekali dengan sifat haloba dan apati, kerana menurut gambaran kamu… itulah keseimbangan untuk meneruskan kehidupan? Baik dan jahat itu perlu ada?
Atau mungkin kamu mendewasa dengan marcapada, yang membikin rasa untuk menyentosakan diri tanpa ada apa-apa bebanan? Menemukan sesuatu yang kamu suka dan menyerderhanakan hidup? Biar tenang. Jadi insan yang positif, tidak pernah berhenti meleretkan senyuman dan biar bercinta tanpa membenci. Kerana menurut pengertianmu, keperluan lahiriah dan batiniah inilah yang menyempurnakan keseimbangan. Menjadi teladan atau ilham kepada yang lain.
Jadi, di mana kedudukan kamu?
BLAZER & KEMEJA DARIPADA MSGM
Apa yang terjadi kini bukan lagi satu khayalan kosong. Tetapi pasti. Ia membentuk jiwa kita. Siapa kita sebenarnya.
SUT JERSI DARIPADA BOSS & KEMEJA DARIPADA MSGM
Apa pandangan anda?