SEARCH

Balenciaga Selam Rona Cinta Dalam Kempen Baharu

Balenciaga Selam Rona Cinta Dalam Kempen Baharu

Pertalian antara fesyen dengan perihal klise adalah ketaasuban masa kini. Petama-tama, Gucci memunculkan kempen fesyen baharu yang mencerekakan era pret-a-porter dan yang terbaru, Balenciaga pun ‘terjun’ ke dalam ‘kancah’ yang sama, meriwayatkan klise namun lain jalan ceritanya.

Klise yang Balenciaga singkap adalah tentang kisah cinta yang bersaksikan kota Paris. Jadi, kisah cinta yang tiada taranya dan Paris… bunyinya agak klise, kan? Tetapi Balenciaga gubah sedikit kisah klise cinta Paris ini mengikut cita rasanya sendiri. Mood yang terpacul kelihatan raw dari aspek treatment, tidak ada pencahayaan ekstravaganza dan yang penting, ia jujur. Yang sememangnya sifat lazim Balenciaga.

Semua ini adalah santapan akal Demna Gvasalia untuk kempen fesyen baharu Balenciaga musim dingin 2019 – yang mahu membariskan pasangan cinta real-life, datang daripada pelbagai rona dan tak kira apakah orientasi cinta tersebut. It’s just about celebrating love! balenciaga paris winter 2019 campaign demna gvasalia

Kempen kisah cinta musim dingin 2019 Balenciaga tidak mengeruhkan riak wajah kita yang menonton. Kempen ini mengupas kisah beberapa pasangan berbicara fasal hubungan cinta yang berkarat terdahulu serta hubungan cinta yang sekarang yang kian mekar. Balenciaga turut menyunting fotografer, Greg Finck – yang biasa mengambil gambar-gambar perkahwinan – merakam aksi romantik pasangan-pasangan bercumbu, bermesra dan bersantai sambil mengitari jalanan-jalanan Paris, sebagai imej rasmi kempen tersebut.

Antara pasangan-pasangan yang dipilih oleh Demna dan Balenciaga termasuklah pasangan model seperti Ysaunny Brito dengan Laura Soto serta Chu Wong dengan David Yang, artis Alexander Carey Morgan dengan pasanganya Matilde dan Antoine dengan David Zachar Bellini. Kesemua mereka mempersiapkan diri dalam rekaan-rekaan arketip Balenciaga musim dingin 2019 – siluet besar serta labuh, rona-rona striking juga penataan gaya yang menyaingi gaya normal – yang melambangkan kemodenan pasangan-pasangan cinta generasi sekarang.

Cereka kempen Balenciaga musim dingin 2019 pula dihasilkan oleh Ed Fornieles, menampilkan syot-syot aksi romantik pasangan-pasangan ini seolah-olah terakam oleh kamera litar seraya dilengkapi suara latar setiap individu yang terlibat, berdialog fasal cinta. Seperkara tentang Balenciaga yang gemar benar akan tone aneh, terlalu artistik dan berani dengan visi luar biasa, ia tetap tidak menyingkir estetika-estetika tersebut ke dalam cereka kempen ini. Sepertikan ada atmosfera misteri dan pada masa yang sama, menghidupkan kemesraan.

Aksi-aksi pasangan terakam di lobi hotel, pasar buah, dalam lif, tempat letak kereta basement juga di hadapan pintu yang kelihatan raw dan bukan berada di seting yang dibuat-buat menjadi lokasi utama cereka ini. And that’s very Balenciaga!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE