SEARCH

Cinched & Belted Waist… Still In? Musim Luruh 2017 Buktikan Trend Ini Belum Punah

Cinched & Belted Waist… Still In? Musim Luruh 2017 Buktikan Trend Ini Belum Punah
Belakang Pentas Musim Luruh Phillip Lim

Ya, kami tahu, kebanyakan perempuan mencari nod ‘keselesaan’ dalam penggayaan, cinched atau belted waist-lah dikira sebagai solusi. Berbekas dalam ingatan saya yang Nicholas Ghesquiere pernah melilit tali pinggang besar, mengetatkan badan jaket untuk dia cipta ilusi siluet Balenciaga sewaktu musim luruh 2007. Terus nampak structured.

Kemudian, jaket high belted sheer mesh dilapisi organza dan plastik daripada Rei Kawakubo pada musim bunga 2007 sehinggalah jasad eklektik 80an yang pinggang terikat tali juga tali pinggang berklip yang terlihat di pentas diffusion line Marc By Marc Jacobs musim bunga panas 2010 (just to name a few) – membuktikan stail cinched atau belted waist macam tak pernah lesu dan nampaknya, keras bertahan.

Jika sekarang, kamu tanya, “Masih ‘in’ ke trend cinched dan belted waist ini?” Percaya atau tidak, masih! Sampai ke sudah, masuk musim luruh 2017, ia tak beranjak lagi dari horizon gaya wanita!

BELTED WAIST

The thing about cinched and belted waist this time, ia membenarkan inovasi. Jika akal budi kamu umpama Michael Kors yang sangat suka membelitkan tali pinggang pada setiap look saban musim, mungkin daya pemikiran kamu sama seperti Antonio Marras yang juga suka stail yang sama – lihat pentas musim luruh-nya.

Stail yang sama juga diusulkan oleh Nicholas Ghesquiere di Louis Vuitton (ya, Nicholas lagi, barangkali dia juga suka gaya belted waist) dan Miu Miu yang menyimpul tali pinggang sebegini untuk menegaskan siluet.

Sementara Versace dan Dior lebih menjurus kepada sekadar accessorising – tali pinggang sebagai ‘imbuhan’ yang menyempurnakan rupa. Gucci, Fendi dan Bottega Veneta pula memilih stail tradisional, untuk membangkitkan focal point di mana peranan tali pinggang adalah sebahagian daripada perincian.

Pendek kata, fungsinya adalah pelengkap gaya! Rujuk gaya-gaya cinched atau belted waist di bawah yang dikutip daripada pentas musim luruh 2017, dan yang mana satukah jadi ikutan kamu?

belted waist

Antonio Marras yang ada cara tersendiri menyimpul tali pinggang lebar – gaya simpulan ini seringkali terlihat di pentas Michael Kors. And… the trend’s back!

belted waist

Versace mungkin hanya mahu jadikan cinched waist itu sebagai ‘perhiasan’ tambahan pada look. Its optional. Ada atau tidak ada, bukan satu masalah. Seperti yang kami katakan tadi, tujuannya adalah accessorising. 

belted waist

Nicholas Ghesquiere seperti masih obses dengan digniti gaya belted out yang mencerminkan siluet baru. Namun apa yang terlihat di pentas Louis Vuitton musim luruh 2017 ini tidaklah se-optimum apa yang pernah dia tunjukkan di Balenciaga musim luruh 2007. Kali ini, ia lebih subtle. 

belted waist

Miu Miu juga percaya dengan gaya bertali pinggang untuk menghidupkan siluet. Jaket berpad, ditambah lagi bahu bersulamkan perincian bulu lebat, terus menjelmakan sesuatu yang nampak bold.

belted waist

Gucci seakan-akan memulangkan kembali stail vintaj, lebih-lebih lagi tali pinggang sebegitu dipakai dengan blaus yang nampak memang diilhamkan melalui khayalan Alessandro Michele yang ketaasuban terhadap gaya-gaya 60an dan 70an.

belted waist

Bottega Veneta pula menyemarakkan semula konsep structured pada siluet. Tali pinggang dicantumkan pada ceraian blazer, walaupun sudah pernah digayakan sebelum-sebelumnya dan kalau ia terus kelihatan di atas pentas masa kini, bermakna gaya sebegini is here to stay. Kekal relevan.

belted waist

In a way, Karl Lagerfeld di Fendi pula seperti mahu mengkonsepsikan perempuan konformis. Dress lembut, dimadukan dengan tali pinggang bergancu kuntuman bunga, membawa kita ke alam femininity. 

belted waist

Dior walaupun bertunjangkan siluet yang terletak cantik pada tubuh, namun tali pinggang kecil itu mungkin untuk mendayai gaya yang sederhana. Cukuplan sekadar aksesori tambahan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE