Posted on August 19, 2020
Apa yang terkandung dalam berita fesyen kali ini? Sebelum masuknya bulan fesyen yakni bulan September? Well, Marc Jacobs menghidupkan semula gaya klasik, Fendi memunculkan Peekaboo dalam versi baharu, COS menghubungkan alam dengan manusia dan… Axel Arigato ada di Malaysia!
THE MARC JACOBS MENGINTEPRETASIKAN SEMULA YANG LAMA!
Pabila terma “icing on the cake” betul-betul merujuk kepada… kek! Menginspirasikan kek serta gambaran cupcake yang disempurnakan dengan buah ceri di atas – imej-imej vintaj kek – menjadi motif utama pada rangkaian beg. Kali ini, untuk musim Pre-Fall 2020, The Marc Jacobs mengunjungi semula aspek gaya klasik, memulihkan ia kepada kebaharuan. Namun, pada masa sama, tidak mengabaikan estetika yang mencerminkan identiti The Marc Jacobs. Yakni merai individuality dan sifat distingtif.
The Marc Jacobs musim Pre-Fall 2020 memfokus sepenuhnya pada penggunaan rona-rona terang dan pastel pudar (selain motif-motif nakal seperti corak kek, Snoopy dan playful bunny), bagi menterjemahkan pengertiannya terhadap konsep vintaj klasik.
Antara yang menjadi tumpuan adalah beg Snapshot Sugar yang dilengkapi tali beg dihiasi aising “Marc Jacobs”, traveler tote bag yang sarat motif gambar kek dan beg tote bersaiz kecil yang tersedia dalam rona hitam, krim serta merah jambu terang!
FENDI MEMUNCULKAN KEMBALI PEEKABOO, TETAPI DALAM VERSI BAHARU
Okay, secara peribadinya, saya memiliki beg Fendi Peekaboo yang lama. Sudah tentulah rekaannya sama, satu pemegang, dilengkapi lock pada kedua-dua belah kompartmen dan ada side panel yang menunjukkan bahagian dalaman beg. Mana-mana beg Fendi Peekaboo ‘normal’ pun sebegitu rupa.
Tetapi Peekaboo yang baharu ini? Okay, ia diubah untuk kelihatan lain sedikit daripada yang sebelum-sebelumnya. Fendi memperkenalkan Peekaboo ISeeU yang menampilkan bentuk rekaan accordion-frame yang baharu, bahagian side panel pabila dibuka memperlihatkan poket-poket di dalam beg dan poket-poket tersebut boleh ditukar ganti – customazibale and changeable pouch! Hmm, adakah tiba masa untuk tukar ke beg Peekaboo IseeU ini?!
Sedari diperkenalkan pada tahun 2009, Silvia Venturini Fendi menyatukan idea kreatifnya yang tak berhujung dengan keterampilan luar biasa maison Fendi, lantas ia terus menghasilkan Peekaboo dalam versi yang berbeza-beza saban musim. Setiap satu versi itu mencemerlangkan kualiti distingtif, kesitimewaan serta ciri tersendiri. Tambahan pula, Silvia tidak pernah gagal dalam menghasilkan beg-beg Peekaboo ini dalam material berkualiti tinggi juga butiran-butiran luar biasa, sekaligus menjadikan beg Peekaboo ini tak makan dek zaman.
Beg Peekaboo ISeeU ini bakal dipasarkan pada hujung Ogos ini!
COS A/W 2020 – MENGHUBUNGKAN MANUSIA & ALAM
Sepanjang presentasi COS musim luruh dingin 2020, dengan sejelas-jelasnya terlihat bahawa COS kali ini memusatkan perhatiannya pada elemen tekstur, ease tailoring dan seperti lazim, banyak bereksperimen dengan fabrik-fabrik unik. Ia masih lagi memenangkan aspek-aspek tailoring, siluet bersifat architectural juga memanipulasi pola rekaan. Hasilnya? Berdasarkan pandangan kami, adalah sebuah himpunan ultra-moden untuk musim luruh dingin.
Menurut nota rujukan musim luruh dinginnya, COS “menerokai persekitaran, mengamati hubungan alam semula jadi dan buatan manusia. Pada masa sama, ia mendalami sekali teknologi untuk membangkitkan kesedaran tentang masa” – falsafah yang tak mungkin segenap manusia bisa mengerti, namun apa yang bisa difahami adalah COS menerokai teknik tradisional dan menggabungkan ia bersama inovasi yang sudah sinonim dengannya. Ia mencorakkan satu himpunan yang kiranya memperbaharui klasik dan menjadikannya abadi atau tak makan dek zaman.
COS kali ini menggemilangkan sustainability. Di mana ia mengutamakan reusing, repurposing dan recycling. Botol plastik yang sudah terbuang diberi peluang kedua, manakala jaring untuk menangkap ikan diubah kepada smooth yarn dan disatukan dengan linen juga fiber organik. Lantas, ia menguji COS dalam mengukur sejauh mana keberaniannya untuk keluar daripada batasan. Terutama sekali, dari aspek penggunaan material yang diubah kepada fabrik musim ini.
Menyentuh bab rona pula, COS mempersembahkan barisan rona-rona muted dan semula jadi. Seperti rona krim, kuning air dan kelabu. Ia juga mempertemukan rona-rona ini bersama rona kontra, untuk membangkitkan satu tenaga baharu. Contohnya, rona biru elektrik, jingga panas dan hijau.
AXEL ARIGATO DATANG KE MALAYSIA!
Sudah lama memerhati jenama asal Sweden, Axel Arigato ini menerusi media sosial. Sehinggakan bikin rasa seperti mahu saja memiliki rangkaian kasutnya.
And guess what? Axel Arigato is coming to Malaysia!
FJ Benjamin Malaysia telah menyenaraikan jenama Axel Arigato sebagai portfolio terbarunya. Jenama yang boleh dikatakan ‘new age’ ini – yang diasaskan oleh duo Albin Johansson dan Max Svardh – mula diperkenalkan pada 2014 dan semenjak itu, tak berhenti-henti ia meraih permintaan tinggi di kalangan pencinta sniker dan juga selebriti! Termasuklah Bella Hadid, Justin Bieber, Margot Robbie dan ramai lagi. Axel Arigato juga merangkul bilangan pengikut yang semakin menggunung dan pasarannya kian meluas ke hampir serata dunia.
Kini, ia datang ke Malaysia pula. Bernaung di bawah FJ Benjamin, Axel Arigato sudah mula dijual secara atas talian atau eComm. Ia membariskan himpunan untuk lelaki dan perempuan – daripada sniker, ke pakaian sedia pakai juga aksesori-aksesori – serta tak lupa juga himpunan untuk kanak-kanak.
Apa pandangan anda?